Kepala lelaki ini tersepit di mesin kapas

Seorang pekerja kilang tekstil tersepit kepalanya di dalam mesin di China. Dailymail.co.uk

Wenzhou - Seorang pekerja kilang kapas jatuh pengsan sambil berdiri setelah kepalanya tersepit di sebuah mesin. Insiden ini memeranjatkan rakan kerjanya dan membuat aktiviti kilang dihentikan sejenak.

Dilaporkan laman Daily Mail, Selasa, 22 Oktober 2013, kejadian ini menimpa seorang pekerja yang tidak disebutkan namanya di sebuah kilang di Wenzhou, Wilayah Zhejiang , China bahagian timur. Tidak ada yang mengetahui bagaimana kepala lelaki separuh umur ini boleh tersangkut di dalam mesin.

Kerana tidak boleh mengeluarkan sendiri , rakan-rakan kerja lelaki itu kemudian menelefon pasukan bomba untuk menyelamatkannya. Ketika pasukan penyelamat datang , mereka mendapati lelaki itu sudah tidak sedarkan diri. Namun , badannya tetap berdiri tegak lantaran tertahan mesin.

Dengan alat pengembangan, pekerja ini akhirnya boleh dibebaskan. Dia langsung dibawa ke hospital. Belum ada maklumat jelas mengenai keadaannya. Namun, lelaki itu sudah sedar dan mengatakan dia tidak ingat sama sekali bagaimana ia boleh terjebak di mesin itu.

tempo


No comments:

Post a Comment