Gempar! Saintis Australia temui daun pokok hasilkan emas


Pasukan saintis di Perth , Australia Barat , telah menemui zarah emas pada daun, ranting dan kulit pokok eucalyptus yang mereka dakwa bakal memberi kesan besar terhadap perlombongan emas.

Pasukan penyelidik CSIRO (Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation) menduga, pokok-pokok itu tumbuh diatas tanah yang mengandungi emas jauh dibawah tanah , menyerap emas ketika mencari kelembapan semasa musim kering.

Dr Melvyn Lintern , geochemist dari pasukan penyelidikan CSIRO dan penulis utama kajian itu , berkata , pokok-pokok itu seolah memberitahu kepada pasukan saintis apa yang ada dibawah permukaan bumi.

" Pokok-pokok ini nampaknya menghisap emas dari kedalaman 30 meter , yang bermaksud sama dengan bangunan 10 tingkat . "

Zarah emas itu kira - kira satu perlima daripada diameter rambut manusia dan 500 pokok hanya mampu menghasilkan emas untuk sebentuk cincin kahwin


Pasukan penyelidik berkata, mereka juga mendapati emas di daun pohon -pohon yang lain, seperti akasia dan mulga .

Penemuan tersebut, yakni yang pertama di dunia dan pertama kalinya zarah emas dijumpai di benda hidup, jelas memancing minat besar di kalangan perlombongan emas dan sektor eksplorasi.

Bekas geochemist dari Newmont Mining, Nigel Radford , berkata , implikasinya terhadap eksplorasi emas sangat besar.

Menurutnya , eksplorasi emas kemungkinan akan menjadi jauh lebih cepat dan lebih murah.


tribunnews.com


No comments:

Post a Comment