SEBUAH kereta Pagani Huayra berharga RM5 juta dan sebuah Lamborghini oren
SUDAH menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun lalu beberapa minggu sebelum dan selepas Ramadan, beribu-ribu golongan muda dan kaya Arab berebut-rebut ke London, mungkin untuk mengelak cuaca panas, undang-undang konservatif dan amalan puasa (mungkin) di negara masing-masing.
Tetapi, tidak seperti orang biasa yang bercuti, golongan kaya itu tidak datang dengan setakat membawa beberapa beg pakaian.
Sebaliknya, mereka tiba dengan jet kargo yang disewa khas, membawa bersama koleksi kereta mewah masing-masing.

BUGATTI Bugatti Veron berharga RM10 juta yang tiba di London beberapa hari lalu.
Sejak hujung minggu lalu, jalan raya di sekitar hotel mewah di Park Lane dan pusat beli belah yang terkenal dengan barang berjenama di Knighstbridge mula sesak dengan Lamborghini, Bugatti, dan McLarren di samping kereta berjenama yang jarang didengar seperti Koenigsegg, Pagani dan Saleen
Anda boleh mengenali mereka menerusi nombor plat luar negara, biasanya dalam bahasa Arab. Kebanyakan mereka datang dari Qatar, Arab Saudi dan Kuwait dan akan berada hanya beberapa minggu.
Kehadiran mereka turut menarik peminat kereta mewah dari seluruh Britain dan Eropah, bersama-sama dengan jurugambar dan jurukamera yang dikenali sebagai ‘Carparrazzi.’

KERETA Bugatti Veyron Grand Sport turut kelihatan di London
Antara kereta luar biasa yang menarik perhatian Carparrazzi tahun ini ialah Bugatti Veyron tempahan khas dari Arab Saudi yang berharga kira-kira RM8 juta dan diberi nama L’Or Blanc atau Emas Putih.
Kereta itu berada di London sepanjang Ramadan tahun lalu.
Turut menarik perhatian ialah Pagani Huarya yang dipercayai dimiliki oleh seorang anggota keluarga al-Thani yang memerintah Qatar berusia 20-an tahun. Kereta itu yang berharga kira-kira RM4.4 juta adalah satu daripada beberapa kereta mewah yang dibawa oleh keluarga itu tahun ini, tidak serik dengan peristiwa tiga tahun lalu apabila sebuah Lamborghini dan Koenigsegg milik mereka dikunci di luar Harrods.

KERETA Mercedes McLaren SLR ‘Mansory Renovation’ berharga RM2.5 juta dengan nombor pendaftaran Dubai.
Bagaimanapun, kehadiran hartawan Arab itu bukan berita baik untuk semua. Kedatangan mereka setiap kali Ramadan turut mencetuskan ketegangan dengan penduduk tempatan.
Masalahnya ialah bunyi. Hartawan Arab itu tidak mempedulikan ketenteraman penduduk, kadangkala membunyikan kereta mereka sekuat yang mungkin, tidak kira siang atau malam, seolah-olah London juga ditadbir oleh keluarga mereka.

BUGATTI Veyron dengan plat pendaftaran Dubai, kereta paling pantas dan paling mahal di dunia.
Tahun lalu, penduduk London mengadu, polis tidak bertindak secukupnya
untuk bertindak ke atas cara pemanduan buruk pemandu dari negara Teluk.
Tabiat itu termasuk sengaja memecut walaupun di selekoh sempit hingga membahayakan pemandu lain.
“Mereka berlumba. Sudah banyak aduan dibuat. Penduduk tempatan tidak boleh tidur kerana kehadiran keluarga kaya Arab itu,” kata penduduk London, Panda Morgan-Thomas.
MyMetro

No comments:
Post a Comment