Fosil dinosaur syaitan ditemui

JIKA dilihat daripada saiz dan  rangka, ia dipercayai hidup pada 76 juta tahun lalu dan mati pada usia muda.

Menurut laporan MailOnline, Nasutuceratops titusi atau dinosaur syaitan, ditemui tertanam di tengah kawasan padang pasir Utah, Amerika Syarikat (AS).

"Kami menggelarnya dinosaur syaitan kerana saiz tanduknya yang melengkung," kata wakil saintis dari Universiti Utah dan Denver, AS.

Dinosaur ini dipercayai mempunyai pertalian darah dengan Triceratops iaitu spesies reptilia bermuncung di pangkal kepalanya.

Ia berhabitat di wilayah Laramidia, iaitu sebuah kawasan Amerika Utara yang  ditenggelami air laut lebih sejuta tahun lalu.

Spesies ini juga berkemungkinan hidup berkumpulan pada zaman T Rex dan pupus ketika bumi dihentam asteroid kira-kira 65 juta tahun lalu. - MailOnline




Daily Mail

No comments:

Post a Comment