Beberapa kawasan di Selangor rasai gegaran gempa bumi

BANGUNAN SUK di Shah Alam turut mengalami gegaran akibat gempa bumi lemah di Sumatera Utara, Indonesia semalam.

SHAH ALAM - Gegaran akibat satu gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter yang melanda Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 3.16 petang semalam turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor.

Ekoran kejadian itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerusi bilik gerakannya menerima dua laporan berhubung kejadian di negeri itu bermula pukul 3.30 petang.

Penolong Pengarah Operasinya, Mohd. Sani Harul berkata, dua aduan tersebut memaklumkan gegaran berlaku di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini dan bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Petaling Jaya dekat sini.

"Pasukan kami telah dihantar ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut ke atas struktur bangunan namun tiada sebarang kerosakan dikesan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

kosmo

6 comments: