Presiden pertama di dunia guna telefon 136 tahun yang lalu


Tahukah kamu presiden mana yang pertama kali menggunakan telefon di Dunia ini?

Pada 136 tahun yang lalu, Rutherford B. Hayes menjadi presiden pertama di Amerika Syarikat (AS)-bahkan di dunia-yang mempunyai telefon di rumah merangkap pejabatnya di Rumah Putih, Washington DC. Pada ketika itu, telefon masih merupakan teknologi yang sangat baru, yang diciptakan dan dipatenkan oleh Alexander Graham Bell pada 1876.

Laman The History Channel mendedahkan bahawa peranti telefon itu dipasang di ruang telegram di Rumah Putih. Namun, pada saat itu, Hayes jarang sekali menerima telefon. Maklum, selain di Rumah Putih, teknologi yang masih sangat muda tersebut juga baru dipasang di pejabat Jabatan Kewangan. Jadi, komunikasi telefon hanya boleh dilakukan antara Rumah Putih dan Jabatan Kewangan.

Nombor telefon Rumah Putih ketika itu hanya angka "1".

Setahun kemudian, 1878, sambungan telefon mula dipasang secara besar-besaran di negeri bahagian Connecticut. Walaupun sebagai presiden pertama yang pejabatnya dipasangi telefon, Haye tidak boleh bertelefon di ruang kerjanya, melainkan harus ke ruang telegram.

Kira-kira 50 tahun kemudian, Herbet Hoover dikenali sebagai presiden AS pertama yang mempunyai telefon di meja kerjanya.

palingseru.com

2 comments: