Batman dirakam CCTV ketika memecah bangunan dan mencuri


COLORADO - Seorang remaja berusia 16 tahun dengan mengenakan baju superhero Batman menyerahkan diri ke pihak polis Colorado, Amerika Syarikat (AS), setelah dirinya terakam kamera CCTV ketika memecah bangunan pameran di Colorado State Fair, AS.

Remaja yang tidak didedah identitinya itu adalah salah satu dari tiga orang yang dituduh memecah bangunan VIP Fair pada 4 Julai. Ketiga pelaku tersebut mengambil televisyen, komputer riba, dan beberapa wang di juruwang.

Aksi ketiga pencuri ini terakam oleh kamera CCTV dan ditayangkan di TV tempatan di KRDO-TV. Dalam video ini memperlihatkan salah satu dari suspek memakai pakaian superhero Batman.

Selepas video tersebut ditayangkan, salah seorang remaja dalam video itu menyerahkan diri kepada polis.

Seperti diberitakan New York Daily News, Selasa (9/7/2013), pihak polis Colorado masih mencari dua suspek lain.

okezone

No comments:

Post a Comment