Sebungkus kokain sebesar buah timun disembunyi dalam anu


Georgetown: Polis mengambil tempoh hampir tiga hari bagi mengeluarkan 80 kapsul berisi kokain sebesar ibu jari yang dikesan ditelan seorang wanita yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Rabu minggu lalu.

Difahamkan, wanita lingkungan 20-an dan dari Thailand yang berbadan agak besar sanggup membahayakan nyawanya dengan turut menyembunyikan sebungkus kokain sebesar buah timun dalam kemaluannya.

Menurut sumber, polis menahan wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang selepas mendapat maklumat dan suspek dikatakan mengambil penerbangan dari Brazil dan turun ke LTAPP.

“Selepas ditahan, wanita itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan polis terpaksa menunggu hampir tiga hari untuk mengeluarkan 80 kapsul yang ditelannya.


“Kita percaya wanita ini mungkin menerima upah lumayan daripada sindiket pengedaran dadah hingga sanggup membahayakan nyawanya dengan menelan semua kapsul terbabit,” katanya. - Harian Metro


2 comments:

  1. Yerke dia perempuan? Laratke letak timun dekat situ. Sakit kot. Hahahah Ntah...ntah-ntah plastic surgery laki jadi pompuan...

    p/s: tergelak kekekeke

    ReplyDelete