KOTAK putih yang tercatuk di atas kusyen rabak motosikal kapcai itu kelihatan berat. Sebaik penutupnya dibuka terpacullah kepala keli, haruan dan patin. Semuanya gemuk, melingkar berhimpit-himpit dalam kotak berbau hanyir.
“Inilah rezeki saya untuk hari ini,” kata Idrus Kasim, 49, penuh ceria. Dalam kepalanya sudah terbayang not-not ringgit yang bakal bertukar tangan di Pasar Malam Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur .
Dalam pada mahu bergegas balik, dia masih sudi melayan pertanyaan penulis. Kata Idrus yang berhijrah dari Negeri Sembilan ke ibu kota sejak 1969, sudah lebih 10 tahun dia meraih pendapatan menyara hidup di ibu kota dengan memancing dan menjala ikan untuk jualan pasar malam.
Bermula dengan memancing, kini Idrus lebih suka menjala agar tangkapan lebih lumayan. Dia tidak mahu membuang masa menunggu joran disentap seperti sesetengah pemancing yang melepak di bawah jambatan semata-mata melepaskan gian memancing. Ikan dalam Sungai Klang, Selangor yang mengalir pekat di bawah jambatan itu perlu ditangkap untuk mengisi poket, bukan demi hobi.
“Selain Sungai Klang saya selalu menjala di sungai lain sekitar Segambut, Setapak dan Gombak. Saya akan keluar menjala dari jam 7 pagi sampai 4 petang.
“Lepas itu saya terus balik dan bersiap untuk berniaga,” kata Idrus yang berniaga di pasar malam Pantai Dalam, pasar malam Kerinchi dan di Abdullah Hukum.
Antara ikan tangkapan Idrus adalah haruan, keli, patin, tilapia, puyu dan belida.
Mengikut pasaran semasa, haruan paling mahal kerana harganya lebih RM20 sekilogram manakala tilapia, patin dan keli sekitar RM4 hingga RM6 sekilogram.
Ikan paling berat pernah diperoleh oleh nya adalah keli, patin dan toman seberat lebih 10 kilogram.
Selain itu, dia pernah mendapat tangkapan paling tidak disangka-sangka iaitu kelisa emas. Sayang sekali, ikan tersebut yang dibelanya sudah mati beberapa tahun lalu.
“Bukan kelisa saja yang memeranjatkan, saya juga pernah menaikkan mayat bayi dan sudah banyak kali terlihat mayat manusia dihanyutkan arus ketika menjala.
“Macam hari ini, bukan ikan saja saya bawa balik tapi ini juga,” ujar Idrus sambil membuka beg yang disandangnya lalu menunjukkan burung tekukur yang sedang diam di dalam beg tersebut.

sinar harian
eeee..gelinya, mesti ikan2 tu gemuk makan daging manusia..
ReplyDeletex boleh nak imagine bila tgk sungai klang yang sangat la kotor...muntah ijo
ReplyDeleteeeee.... gelinya sungai ada mayat... maksudnya insang ikan tu duk sedut air yang ber'ulam'kan mayat la kan???? EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.... GOLI EDEN..... (kan dah terkeluar loghat nogoghi eden)
ReplyDelete