Keputusan undian UEFA Champions League pusingan kalah mati 2012/13


    Galatasaray vs Schalke 04

    Celtic vs Juventus

    Arsenal vs Bayern Munich

    Shakhtar Donetsk vs Borussia Dortmund

    AC Milan vs Barcelona

    Real Madrid vs Manchester United

    Valencia vs Paris Saint Germain

    FC Porto vs Malaga


Perlawanan yang akan menjadi tumpuan adalah antara Real Madrid menentang Manchester United serta Barcelona menentang AC Milan.


sumber: uefa.com


Kanser payu dara lelaki

"Cara pengesanan, diagnosis serta rawatannya memang sama dengan kanser payudara wanita. Di Malaysia, kes kanser payu dara lelaki memang tidak begitu tinggi berbanding wanita dengan satu peratus saja kes dicatatkan.

"Namun begitu tidak bermakna lelaki harus mengabaikan segala perubahan yang terjadi di bahagian payu dara mereka kerana sikap tersebut boleh menyebabkan mereka yang sendiri menanggung penderitaannya," ujar pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. John Low.

Walaupun peratusan kes kanser payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi menurut Dr. John, jumlah penghidapnya meningkat dari tahun ke tahun.

"Kalau wanita kanser payu dara menjadi pembunuh nombor satu tetapi bagi lelaki tahapnya belum sampai begitu jadi kesedaran di kalangan mereka amat rendah.

"Lelaki selalunya kalau ada bengkak atau kelainan pada payu dara memang tidak akan terfikir tentang kanser. Tapi mereka tidak tahu jika kelainan tersebut tidak dikesan lebih awal maka ia boleh merebak dengan lebih cepat.

"Kerap berlaku apabila kanser dikesan ia sudah berada di tahap yang agak lewat dan sukar untuk dirawat menyebabkan peratus untuk sembuh menurun," katanya.

Menurut Dr. Low, penyakit ini juga ada kaitan dengan gen atau keturunan iaitu jika lelaki tersebut mempunyai ibu atau saudara mara wanita yang menghidap kanser payu dara maka risiko untuk dia menghidap kanser yang sama tetap ada.

"Ia juga berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai sindrom Klinfelter yang mana lelaki normal mempunyai kromosom XY tapi bagi lelaki yang mempunyai sindrom ini mereka mempunyai kromosom XXY dan mendedahkan mereka dengan penyakit kanser payu dara.

"Salah satu ciri yang ada pada penghidap sindrom ini adalah testisnya kecil dan banyak hormon wanita di dalam tubuhnya.

"Namun perlu saya ingat di sini bahawa kes sebegini sangat jarang berlaku," katanya.

Tambah Dr. Low, lelaki yang mengalami sirosis hati juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser payu dara.

Dalam pada itu, kanser payu dara lelaki ini boleh merebak ke organ-organ lain seperti ke kelenjar limfa, ketiak atau sehingga ke paru-paru dan tulang.

Dr. John berkata antara faktor risiko lain ialah pengambilan makanan yang berlemak tinggi, kerap makan daging merah dan makanan segera serta berminyak.

Dari segi prosedur diagnosis dan rawatan pula, ia tidak jauh berbeza dengan kanser payu dara wanita.

"Lelaki yang ada bengkak di payu dara juga akan dikehendaki menjalani ujian mamogram, ultra bunyi dan biopsi.

"Prosedur tersebut bagi mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mungkin juga kelainan yang dilihat pada payu dara tersebut disebabkan jangkitan kuman dan tidak semestinya kanser.

"Bagaimanapun bagi kes di mana kanser payu dara telah merebak ke limfa dan paru-paru, pembedahan segera perlu dijalankan.

"Pembedahan tersebut dinamakan mastektomi dan kami akan mengeluarkan nodus (nodes) limfa untuk mengetahui peringkatnya dan kemudian menentukan rawatan yang perlu diambil," katanya.

Menurut Dr. Low, ia akan diikuti dengan pengambilan ubat-ubatan hormon untuk mengurangkan hormon wanita yang ada dalam tubuh lelaki tersebut.

Bagi rawatan kimoterapi dan radioterapi pula bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut.

"Biasanya untuk lelaki, kami sarankan radioterapi supaya penyakit tersebut tidak berulang lagi.

"Penyakit ini kalau dikesan lebih awal memang boleh diubati malah pesakit mungkin tidak perlu melalui porses kimoterapi sebaliknya hanya ambil pil hormon selama lima tahun.

"Kesemua data yang digunakan untuk merawat kanser payu dara lelaki kami ambil daripada data kanser payu dara wanita.

"Cara rawatan kedua-duanya memang sangat serupa. Nasihat saya, lelaki patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli keluarga mereka ada yang menghidap kanser payu dara, jadi jika perlu pergilah menjalani ujian secara berkala," ujarnya mengakhiri bicara.

- NOOR FAZRINA KAMAL

utusan malaysia


Berubah jadi wanita setelah mengambil ubat botak


Seorang jurutera perisian komputer dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat (AS), William McKee, 38, mendakwa dia mengalami perubahan fizikal yang mendadak selepas sembilan bulan mengambil pil Propecia bagi merawat kepala botak.

Menurut McKee, antara perubahan fizikal itu termasuklah penambahan ukur lilit pinggul serta dada.

“Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku pada diri saya sejak mengambil preskripsi itu. Walaupun saya telah berhenti mengambilnya, kesan pil itu masih ada sehingga ke hari ini.

“Menurut doktor, pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelakian saya hilang sedikit demi sedikit,” kata McKee dalam satu temu bual.

McKee yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya menjelaskan, dia berazam untuk meneruskan proses transisi itu dan seterusnya berubah menjadi wanita sepenuhnya.

kini McKee dikenali sebagai Mandi...........


dailymail.co.uk


RM1.547 bilion nilai Messi di pasaran dunia


Mana-mana kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat penyerang terbaik dunia, Lionel Messi kini perlu memperuntukkan bajet minimum mencecah 312 juta pound (RM1.547 bilion).

Ini disebabkan Messi baru sahaja memperbaharui kontraknya selama enam tahun untuk kekal bersama Barcelona dengan anggaran gaji tahunan sebanyak 17 juta pound (RM84.3 juta) sehingga 2018.

Itu menjadikan jumlah keseluruhan gaji yang dinikmati bintang Argentina itu mulai sekarang sehingga penghujung kontrak, 102 juta pound (RM505.8 juta).

Ditambah pula Barca mengenakan klausa pelepasan bernilai 210 juta pound (RM1.041 bilion) dalam kandungan kontrak baru itu, maka 312 juta pound adalah pakej keseluruhannya jika kelab kaya-raya seperti Manchester City atau Chelsea bercita-cita memiliki khidmat Messi.

Namun angka tidak masuk akal itu hanyalah minima melainkan pemain yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman itu bersetuju berhijrah tanpa kenaikan gaji pada masa depan.

Secara realistiknya, peluang Messi, 25, untuk berhijrah ke destinasi lain termasuk Liga Perdana Inggeris boleh dikatakan sifar.

Dalam kontrak terdahulu, Messi meraih hanya 10 juta pound setahun, tidak termasuk tambahan 30 peratus yang datangnya daripada bonus berkaitan prestasi.

Barca terpaksa menanggung kos yang jauh lebih tinggi kali ini berikutan undang-undang cukai baharu di Sepanyol.

Berbanding 24 peratus cukai sebelum ini, gergasi Catalan itu kini menanggung hampir 52 peratus cukai gaji Messi untuk memastikan ayam tambatannya itu merasai kenaikan gaji dalam perjanjian baharunya.

Namun, Barca pasti tidak keberatan untuk membiayai gaji lumayan seorang penyerang yang telah meledak 90 gol untuk kelab dan pasukan kebangsaan pada 2012.

Dalam pada itu, tonggak perancang tengah, Xavi, 32 dan ketua pasukan berpengaruh, Carles Puyol, 34, juga melanjutkan kontrak masing-masing di Nou Camp. - AGENSI

utusan malaysia


Ditembak di kepala ketika sedang minum teh tarik

PUCHONG – Belum sempat menghabiskan teh tarik yang dipesannya, seorang tukang tarik kenderaan cedera ditembak dengan jarak dekat di bahagian belakang kepala di sebuah restoran di Persiaran Puchong Permai 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai M Subramaniam, 29, dikatakan duduk minum dengan bapa saudara dan  abang iparnya di sebuah meja dalam restoran berkenaan.

Tidak sampai beberapa minit selepas mangsa duduk di kedai yang sering dikunjunginya itu, seorang lelaki kemudian dikatakan terus meluru ke arahnya  mengacu pistol dan terus melepaskan satu das tembakan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tembakan mengenai belakang bahagian kepala mangsa menyebabkannya terus terjatuh ke permukaan lantai.

 Melihat keadaan mencemaskan itu, beliau berkata, orang ramai yang kebetulan berada di dalam restoran menghubungi ambulans dan polis untuk memaklumkan kejadian.

“Selepas menembak mangsa, suspek berbadan gempal yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu terus melarikan diri dengan sebuah motosikal dipercayai ditungggangi rakannya.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menjumpai kelongsong peluru, anak peluru dan senjata yang digunakan suspek. Semakan juga mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di restoran berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa masih tidak sedarkan diri dan masih dirawat di Wad Kritikal Jabatan Kecemasan Hospital Serdang.

Beliau berkata, semakan dibuat mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah.

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian berlaku serta mengesan suspek yang terlibat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 03-56332222," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian yang berniaga kurang 100 meter dari lokasi itu berkata, dia dikejutkan dengan bunyi letupan seperti mercun di dalam restoran terbabit.

Katanya, apabila menoleh ke arah restoran, dia mendapati seorang lelaki yang sebelum itu duduk di atas kerusi tumbang ke lantai dengan keadaan kepala berlumuran darah.

“Individu yang menembaknya kemudian berjalan dengan selamba ke  arah sebuah motosikal dan terus melarikan diri,” katanya.

sinar harian


Terjun sungai tanda protes

Seorang wanita di China, Lia Sun terjun ke sungai dari jambatan setinggi 50 kaki kerana memprotes tindakan kerajaan membeli tanahnya dengan harga yang didakwa lebih rendah dari nilai sebenar.

Lia Sun berpaut selama dua jam di atas jambatan di sungai Zhujiang wilayah Guandong China sebelum melepaskan tangannya dan terus terjunam ke dalam sungai. Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh polis.






[dailymail.co.uk]


Adik comel ini antara mangsa yang ditembak di sekolah

 Emilie Alice antara mangsa tragedi ditembak mati. - www.adelaidenow.com.au

 Ayah mangsa 'maaf' keluarga lelaki tembak mati 27 

Robbie Parker menceritakan pengalaman dilalui beliau dan keluarganya
NEWTOWN - Robbie Parker mempunyai mesej untuk keluarga lelaki yang menembak mati anak perempuannya berusia 6 tahun dan 19 rakan satu sekolahnya, Jumaat lalu.

“Saya tidak boleh bayangkan betapa sukarnya kami mahu menghadapi pengalaman ini dan saya mahu anda juga tahu yang kasih sayang dan ingin melahirkan sokongan keluarga kami kepada anda,” kata Parker yang kehilangan anak perempuan sulungnya, Emilie Alice.

Alice maut di tangan lelaki yang bersenjata dan melepaskan tembakan di sekolah rendah di Newtown, Connecticut -  insiden paling buruk membabitkan sekolah di Amerika Syarikat (AS).

Serangan itu membunuh 20 kanak-kanak berumur antara enam dan tujuh tahun dan enam ahli keluarga yang lain di Sekolah Elementary Sandy Hook sebelum suspek bertindak membunuh diri.

Sebelum melepaskan tembakan di sekolah, suspek dipercayai turut membunuh ibunya dan membawa jumlah 27 nyawa maut di tangannya.

Parker menambah, “kejadian ini memberi kita inspirasi untuk berubah menjadi yang lebih baik dan menjadi orang yang mempunyai lebih belas kasihan."

Parker berkongsi luahan hatinya bersama penduduk di selatan New England itu, yang ketika ini sedang berkabung akibat sedih dengan kematian kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

Ramai ibu bapa meminta privasi dan tidak diganggu oleh media.

Bagaimanapun Parker muncul dan berkongsi ceritanya tentang Alice.

Parker berpindah dari Utah ke Connecticut lapan bulan lalu selepas menerima tawaran bekerja sebagai pembantu doktor di Hospital Danbury.

“Saya tidak menjangkakan tragedi besar ini menimpa kami sekeluarga kerana saya jangka laporan pertama itu biasa-biasa saja,” katanya.

Apabila menerima berita sebenar, beliau terus berkejar ke Firehouse bersama ibu bapa yang lain menunggu berita anak masing-masing.

“Anak saya Alice antara orang yang pertama memberi kasih sayang dan sokongan kepada mangsa yang lain, saya yakin kerana Alice memang bersifat sebegitu,” katanya.

“Dia juga seorang pelukis yang luar biasa kerana ke mana saja anak saya pergi, dia tidak pernah lupa untuk melukis gambar atau membuat kad kepada seseorang,” kata Parker lagi.

Parker turut bercerita yang Alice juga ada membuat kad semasa pengebumian datuknya yang meninggal dunia Oktober lalu akibat kemalangan.

Alice anak sulung daripada tiga beradik perempuan dan sering membantu adik-adiknya membaca dan membantu adik bongsunya membuat permainan.

“Anak saya merupakan kakak yang paling baik,” katanya.

Beribu-ribu orang di seluruh dunia terharu dan sedih dengan keluarga mangsa yang terlibat.

Rakan-rakan keluarga Parker turut mewujudkan dana bagi mengumpulkan wang agar Alice boleh disemadikan di Utah.

“Kepada keluarga Parker, terima kasih atas kasih sayang yang anda sekeluarga tunjukkan dan maaf yang diberi,” kata seseorang menerusi Facebook.

“Saya tidak tahu bagaimana kami sekeluarga mahu  meneruskan kehidupan di masa akan datang. Saya dan isteri saya sedang cuba menerima hakikat ini,” kata Parker.

Pada hari terakhir Alice, dia ada bersembang dengan bapanya dalam bahasa Portugis dan memberikannya ciuman dan memberitahu anak sulungnya yang beliau sayangkan Alice dan itulah pertemuan terakhir mereka sebelum masing-masing keluar dari rumah.


[sinar harian]