
Hoia Baciu adalah sebuah hutan belantara seluas 250 hektar berhampiran bandar Cluj - Napoca , Romania . Hutan ini juga dikenali sebagai Bermuda Romania kerana banyak perkara misteri yang berlaku di hutan ini bermula dari paranormal hingga UFO , termasuk juga bentuk - bentuk tumbuhan dan pokok-pokok yang aneh , kerana itulah banyak pihak yang berminat untuk datang dan menyiasat hutan misteri ini mulai dari para psikolog , UFOlogis , ahli biologi , ahli kimia dan banyak individu atau kumpulan dari pelbagai bidang .
Nama dari hutan ini diambil dari seorang penggembala yang hilang di dalam hutan ini bersama dengan 200 ekor biri-biri . Ramai penduduk sekitar yang takut untuk memasuki kawasan hutan ini kerana cerita dan legendanya , mereka percaya bahawa sesiapa yang masuk hutan ini boleh saja tidak pernah akan kembali , beberapa orang yang pernah masuk hutan ini mengatakan bahawa mereka merasakan dan mengalami kejadian seperti linglung , mual , migrain , mengalami beberapa calar dan luka fizikal.
Kisah seorang anak kecil yang hilang dan kembali
Salah satu kes aneh yang terjadi pernah dialami oleh salah satu penduduk tempatan , di siang hari yang cerah seorang kanak-kanak perempuan bermain sendirian kedalam hutan ketika neneknya sedang menjemur pakaian , sejak saat itu gadis kecil tersebut hilang.
Keluarganya melakukan pencarian selama beberapa tahun hingga akhirnya mereka menyerah untuk mencari . 5 tahun kemudian gadis kecil ini kembali dengan keadaan yang psikologi yang berbeza tetapi dengan keadaan fizikal dan umur yang sama seperti saat dia hilang .
Ramai orang menyaksikan cahaya merah
Penduduk tempatan di
sekitar hutan Hoia Baciu mengaku mereka sering melihat cahaya berwarna
merah melayang di sekitar hutan dan kadang-kadang melayang dekat di atas
mereka . Sebuah pasukan dari saluran televisyen Travel Channel , Ghost
Adventures berjaya menangkap fenomena cahaya merah ini melalui lensa
kamera . Dalam kamera mereka kelihatan bahawa cahaya ini berwarna putih
cerah di tengah dan dikelilingi " glow " berwarna merah terang .
Menurut
beberapa orang yang pernah menjelajah dan menyiasat hutan ini ,
fenomena cahaya ini adalah yang paling sering kelihatan , dan biasanya
selepas kemunculan cahaya ini saksi akan merasa sakit ( contohnya
selesema ) .
Cahaya merah yang rakam oleh GAC, Travel Channel
Lingkaran misteri di tengah hutan
hutan Hoia Baciu
mempunyai pola melingkar unik di tengahnya dimana hanya di kawasan
sekeliling ini pokok tidak tumbuh , seakan - akan mereka menolak untuk
tumbuh di dalam kawasan ini kecuali rumput dan sedikit semak - semak .
Menurut
UFOlog lingkaran ini adalah sebuah tempat di mana UFO pernah mendarat
atau merupakan ' landing pad ' bagi UFO untuk mendarat di kawasan ini ,
sehingga dibersihkan daripada pokok-pokok . Sedangkan menurut paranormal
penyiasat , tepat di lingkaran itu terdapat sebuah portal menuju
dimensi lain sehingga aktiviti dari portal tersebut menyebabkan
pokok-pokok sukar untuk berkembang .
Pasukan paranormal penyiasat
dari Travel Channel pernah cuba memasuki kawasan ini dan menggunakan
trifield meter mereka cuba untuk mengesan apakan ada gelombang
elektromagnet di sekitar kawasan itu , di mana kehadiran gelombang
elektromognetik ini merupakan tanda kewujudan hantu , syaitan atau
makhluk seumpamanya di mana tenaga yang mereka miliki untuk menjelma
akan memancarkan gelombang elektromagnet yang kemudian ditangkap oleh
pelbagai alat EMF pengesan .
Pada suatu titik , si penyiasat
berhenti kemudian tampak di kamera seakan - akan dia mengalami '
paralysis ' dimana dia terdiam dan tidak bergerak sama sekali , saat itu
juga trifield meter yang dia bawa berbunyi dan menunjukkan adanya
gelombang elektromagnetik yang sangat besar , dan tenaga itu muncul
hanya pada saat si investogator mengalami paralysis , ketika dia sudah
boleh bergerak , tenaga itu hilang begitu saja dan si penyiasat tiba -
tiba mengalami ketakutan yang sangat hebat sambil menceritakan apa yang
baru saja dia alami di depan kamera .
Beberapa orang juga mengabadikan sebuah objek tidak dikenali melayang di sekitar bulatan ini yang diyakini adalah UFO .

Pola melingkar misteri di tengah hutan Hoia Baciu / foto dari Google Map
Pokok - pokok berbentuk aneh
Dalam hutan ini juga terdapat
pokok-pokok yang berbentuk aneh , beberapa pokok - pokok di dalam hutan
itu kelihatan seperti dibengkokkan tanpa sebab yang jelas . Beberapa
orang percaya bahawa pokok ini bengkok disebabkan oleh aktiviti ghaib
yang terjadi di dalam hutan tersebut , sementara yang lain berpendapat
hal ini disebabkan kerana kerosakan genetik yang dialami oleh pokok saat
ia tumbuh kerana terdedah kepada radiasi UFO .
Hoia Baciu adalah hutan yang penuh dengan misteri , kisah dan legenda ,
kerana hal ini lah Hoia Baciu menjadi daya tarikan baik bagi para
saintis , penyiasat termasuk juga pelancong dari seluruh dunia yang
ingin rasa suatu hal - hal yang berbau misteri , beberapa majalah dan
stesen televisyen mengkategorikan hutan ini sebagai salah satu tempat
paling menarik dan paling berhantu di planet ini .
Salah seorang
pelakon , Nicholas Cage secara khusus datang ke Cluj hanya untuk
melihat hutan misteri ini ketika shooting filemnya di Sibiu .