Kukus grill panggang

"ayam pula dimasak dengan kombinasi teknik...
 kukus grill panggang..kukus grill panggang...kukus"

hidup che lah kekeke




Final Piala Malaysia 2012: Pasukan pilihan ahli parlimen

Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan ATM mendapat perhatian beberapa ahli parlimen. mari kita lihat pasukan pilihan mereka.


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - Kelantan menang
"Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dan kehebatan mereka sama, namun kelebihan berpihak pada Kelantan kerana pernah beraksi dalam perlawanan akhir"


Datuk Ibrahim Ali - Kelantan Menang
"Sebagai anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan," katanya


Datuk Mahfuz Omar - Kelantan menang
"Corak permainan Kelantan yang cantik dan berada di tahap yang tinggi, ditambah pula dengan keupayaan kepimpinan memudahkan laluan Kelantan untuk menjadi juara"


S. Manikavasagam - Kelantan menang
 "Pasukan kegemaran saya adalah Selangor dan Kelantan, tapi saya yakin Kelantan akan menang 3-0.
"Dengan adanya barisan pemain, penjaga gol, penyerang yang berpengalaman luas memberi Kelantan satu peluang yang cerah," ujarnya.



Salahuddin Ayub - Kelantan menang
"Anjakan besar Kelantan dalam fenomena bola sepak begitu membanggakan dan saya pasti Kelantan menjadi juara dengan jaringan gol 2-0"


Datuk Seri Noh Omar - Kelantan menang
"Saya rasa Kelantan boleh menang walaupun kedua-dua pasukan ini hebat.
Namun ATM akan lebih bersemangat untuk mengalahkan The Red Warriors kerana ini merupakan julung kalinya ATM mara ke final,"



Wee Choo Keong - Kelantan menang
"Saya anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan negeri kelahiran saya. Orang Kelantan mesti menyokong pasukan Kelantan,"


Fuziah Salleh - ATM menang
"Saya mahu ATM juara... tapi kedua-dua pasukan sama hebat dan saya rasa kemenangan ATM dengan jaringan penalti"


P. Kamalanathan - ATM menang
"Saya yakin dengan semangat juang yang ada pada ATM ketika menentang Lions XII tempoh hari.
Dengan kegigihan, semangat dan kebolehan yang begitu tinggi seperti semangat perwira untuk berjuang"



Datuk Ahmad Maslan - berkecuali
"Bagi saya pasukan yang terbaik layak menjadi juara tidak memilih sama ada ATM atau Kelantan.
Tapi saya memuji semangat dan disiplin pasukan ATM dalam saingan separuh akhir menentang Lions XII,"



Nurul Izzah Anwar - berkecuali
"Saya agak kecewa setelah Selangor kalah kepada Kelantan.
Namun saya berbangga dengan peningkatan mutu bola sepak di negara dan saya teruja dengan perjuangan ATM menentang Lions XII,"



Redza - Kelantan menang
"Sebagai anak  Kelantan saya berkeyakinan TRW akan menang..GKG"



semoga final nanti berlangsung dengan aman dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini

majulah sukan untuk negara


sumber:SH

US$50 secawan untuk kopi tahi gajah

Ramai yang dah tahu di Indonesia ada kopi luwak atau kopi tahi musang yang termahal di dunia tetapi sekarang ia dah pesaingnya iaitu kopi tahi gajah..pulakkkkk!!!!!

Buat masa sekarang Kopi tahi gajah hanya boleh didapati di Anantara Resort di Maldives dan Golden Triangle Resort di Chiang Rai Thailand

Harga kopi tahi gajah berharga USD 1100 sekilo atau USD 50 secawan berbanding kopi luwak yang berharga USD500-600 sekilo atau USD30 secawan....mahalnyaaaaaaaa

Anantara berkata biji kopi dari jenis Thai Arabica yang dipetik dari ketinggian 1500 meter akan diberi makan kepada gajah. Hasil dari perkumuhan gajah itu akan dikutip dan dijemur dibawah cahaya matahari.

"Penyelidikan menunjukkan bahawa semasa penghadaman, enzim gajah memecahkan protein kopi," kata pihak resort. "protein adalah salah satu faktor utama yang memberikan rasa pahit dalam kopi, protein kurang bermakna hampir tiada kepahitan."


sesiapa yang nak try kopi taik gajah tu bolehlah pergi ke resort Anantara di Maldives atau pun di Golden Triangle Resort sana tu. ok....aku tak nak. biar aku minum milo je la. sedap

Quadski: Kenderaan dua alam masuk pasaran

Kenderaan yang boleh digunakan di darat dan air kini bukan lagi hanya untuk James Bond.

Pada hujung tahun ini, sebuah kenderaan peribadi yang boleh dipandu dalam semua permukaan bumi dijadualkan berada di pasaran.

Kenderaan itu yang dikenali sebagai Quadski, mempunyai kelajuan sehingga 45 batu atau 72 kilometer sejam di darat.

Untuk pemanduan dalam air, pemandunya perlu menekan satu butang dan tayar kenderaan itu akan dilipat ke bahagian tepi dalam lima saat. Ia mampu bergerak selaju 45 batu atau 75 kilometer di atas air.

Quadski akan dijual pada harga AS$40,000 (RM122,460) seunit. Ia akan dijual di semua wakil penjual peralatan sukan air di New York, Boston, Great Lakes, Florida dan Texas.

Pengeluar kenderaan itu, Gibbs Sports yang berpangkalan di Michigan berkata, ia menghabiskan 16 tahun serta melabur AS$200 juta (RM612.3 juta) bagi membangunkan teknologi itu. - AP






sumber:BH

Felix Baumgartner cipta rekod terjun dari stratosfera

Penerjun ekstrem Austria, Felix Baumgartner mencipta rekod terjunan angkasa pertama dunia daripada stratosfera kemudian mendarat ke Bumi dengan selamat, kelmarin.

Baumgartner berjaya mendarat di kawasan gurun New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selang beberapa minit selepas melompat keluar daripada kapsul tekanan udara berketinggian 38.6 kilometer (km) dari Bumi.

Terjunan Baumgartner dijangka berkelajuan 1,110 km sejam sebelum mengaktifkan payung terjunnya pada ketinggian 1.52 km dari atas tanah tenggara New Mexico.

Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telah pun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.
fo
Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas beliau gagal minggu lalu akibat masalah angin.

Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

Selain berjaya mencipta rekod terjunan angkasa, Baumgartner masih mempunyai empat impian rekod dunia lain termasuk menjadi manusia pertama terjun dari kapsul bagi memecahkan kelajuan bunyi dalam terjunan bebas









sumber:SH, daily mail

the last song

When I lost my way
You were my light
When the others wronged me
You did me right

When I look in your eyes
Don't tell me lies
You tell me the truth
Your words, they get me through

This is all I've got
This is all I'd say
If this were my last day

This is my last song
It's all I got
If I bare my soul
Don't you break my heart
Won't you sing along
This is my last song
It's all I got
So don't you break my heart

Wrote down these words
Put them in this song
I play it for you
Pray they don't come out wrong

Cause all I've gots my word
I give it to you
Now it may not be much
It's the best that I can do

This is all I've got
This is all I say
So please don't walk away

This is my last song
It's all I got
If I bare my soul
Don't you break my heart
Won't you sing along
This is my last song
It's all I got
So don't you break my heart

If this were my last breath
Or my last day
My last chance
This is what I'd say

I thank you for the laughter
Sorry for the tears
Time to say goodbye
I say goodbye
After all these years

You shouldn't have broke my heart


Poison

Survivor 25 - Philippines


Survivor telah kembali yeah!!! season 25 telah pun ditayangkan di kaca tv. bukan di Malaysia tapi di Amerika sana huhuh. aku memang kipas susah mati siri tv nih. best

Setelah 12 tahun,  Survivor kembali dengan season yg terbaru. kali ini mereka berkampung di Filipina bagi merebut US$1juta...memang kayalah pemenangnya

Seramai 18 peserta dan dibahagikan kepada tiga puak iaitu Kalabaw, Matsing dan Tandang. dalam siri kali ini tiga bekas peserta yg terpaksa menarik diri kerana kecederaan dari musim2 yg terdahulu kini kembali iaitu  Michael Skupin (Australian OutbacK), Jonathan Panner(Coock Island dan Micronesia) dan Russel Swan (Samoa)

baru tiga episod ia ditayangkan. malam ini episod keempat akan ditayangkan di US. dalam tiga episod yg lepas tiga game telah berlangsung. tiga kali jugalah immunity idol menjadi rebutan. malangnya puak Matsing yg diketuai oleh Russel Swan kalah kesemua tiga game kekeke kesian maknanya tiga ahlinya terpaksa ditendang keluar. dengan hanya tinggal tiga anggota mereka akan kembali beraksi malam ini.

mampukah Matsing berlawan atau team mereka akan dibubar dan mereka akan diserapkan kedalam puak Kalabaw dan Tandang.....tak sabar nak tengok

kalau korang nak layan boleh masuk ke website nih sebab di Malaysia belum lagi ditayangkan

http://www.free-tv-video-online.me/

dari season 1 hingga terbaru season 25


bukan saja Survivor, banyak lagi siri tv dan movie yg disiarkan...

bak kata Nora Danish..kita enjoyyy!!!!!