Ambil dadah konon nak sedapkan suara

Mat yang ditahan AADK

“Saya ambil dadah sebab nak melunakkan suara selain menghayati lagu yang dinyanyikan di karaoke, bukan untuk berkhayal,” luah Mat yang ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di Ipoh.

Pemuda berusia 23 tahun itu memberi alasan setelah didapati positif selepas menjalani ujian air kencing dan dipercayai mengambil tiga jenis dadah iaitu syabu, heroin dan ganja.

Lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 11 malam berhampiran sebuah pusat karaoke di Jalan Yang Kalsom, di sini selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebaik keluar dari pusat hiburan itu.


cehhhhh hampehhhhhhhh!!!!!! nak karok je pon

terimalah hakikat, kalau suara tak sedap telan sekilo syabu pon tetap tak sedap jugak.


Seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hafizi, 20-an mendakwa dia memperolehi keseronokan berganda jika mengambil dadah sewaktu menyanyi di karaoke.

“Jika ambil benda tu (dadah) saya dapat menyanyi dengan penuh semangat dan nyaring terutama lagu rock malah ramai rakan saya turut melakukan perkara yang sama sebelum menyanyi,” katanya yang sudah menagih dadah sejak usia belasan tahun lagi.

Hasil ujian kemudiannya mendapati, suspek berkenaan positif mengambil dadah heroin dan ditahan bersama 10 penagih dadah lain


rosak anak bangsa kita. semoga diorang ni dapat diselamatkan


sumber:SH

Lelaki dengan imej botak lebih dominan

KAJIAN mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin.

Menurut penyelidik, Albert Mannes, beliau memutuskan untuk membotakkan kepalanya apabila mula mengalami masalah keguguran rambut di usia 30-an dan mendapati ramai yang melayannya dengan cara berbeza dan mula berfikir untuk membuat kajian berhubung senario tersebut.

Dalam ujian pertama, beliau menunjukkan gambar peserta lelaki dengan kepala botak dan peserta yang mempunyai rambut.

Undian jelas memihak kepada si botak dengan statistik yang tinggi berbanding lelaki berambut.

Bagi eksperimen kedua, Mannes menunjukkan seorang lelaki mempunyai rambut dan lelaki sama dengan kepala botak menggunakan teknik Photoshop.

Keputusan bancian itu kemudiannya memihak kepada lelaki botak kerana disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinan.

“Ini menunjukkan lelaki botak mampu memberi mereka rangsangan sosial dan psikologi dan mampu membuka laluan di tempat kerja serta dalam kehidupan,” katanya.

Tetapi, ini tidak bermakna lelaki botak mampu menjadi pemimpin yang baik, ia juga boleh menjadi sebaliknya.

“Orang ramai boleh memberi mereka peluang untuk menunjukkan sifat kepimpinan tetapi proses ini tetap memakan masa dengan melibatkan persepsi sosial di kalangan rakan sekerja, jadi lelaki botak juga mampu merawat masa depan mereka,” ujar beliau.

 
Itu dia kajiannya..betul ke tak entahlah tapi lelaki walaupun botak tetap nampak hensem seperti brader Stone Cold nih.......Wanita kalau botak tersangatlah buruknya huhuhuu


hmmm errr rasa nak berimej botaklah pulak wakakakaa....takdelah buang masa depan cermin nak sikat rambut kan hahaha


sumber:SH

Filem E.T masih diminati ramai

 Drew Barrymore comel je dalam filem ni hihi

Kata Kosmo online filem zaman purba dulu, E.T masih lagi diminati oleh orang ramai. Filem yang diarahkan oleh Steven Spielberg pada tahun 1980-an itu telah mencipta fenomena di seluruh dunia termasuklah di Tanah  Melayu nih.

Filem E.T memenangi empat Anugerah Akademi dan menjana hasil kutipan tiket hampir AS$800 juta (RM2.44 bilion) selepas tayangannya di seluruh dunia...haaa bayangkan...memang terbaiklah

aku pon minat citer ni. best

Mulai esok filem ni akan diterbitkan dalam format blu-ray. Sila dapatkan yang ori ok.

aku nak tunggu download aje kehkehkeh

3 2 1....



mood sudah kelaut...masa untuk menghilangkan diri..................








bye-bye



WW #13

(gambar ni aku curi dari Pakcik Google)

selipar jepun atau nama manjanya selipar jamban hehe...lejen nih

aku pernah pakai selipar jepun pergi KLCC hahaa...selamba je


ok tak kalau buat beraya ek?

Cerita Olimpik

moh kita ke London kejap....


Michael Phelps, perenang dari USA telah berjaya memenangi 4 pingat emas Olimpik London 2012, di Beijing 2008 dia mendapat 8 emas dan Athens 2004 6 emas...keseluruhannya 18 emas telah dikutipnya sepanjang 3 Olimpik..


Usain Bolt menjadi manusia terpantas di muka bumi apabila mencatat rekod baru 100m, 9.63 saat. utk memenangi emas


Lee Chong Wei buat kali kedua tidak berjaya memenangi emas. adakah dia mampu untuk bermain seperti hari ini 4 tahun lagi?


harapan Malaysia yang masih tinggal.....
Azizulhasni...mampukah dia untuk menyerlah dalam acara keirin nanti?