Lelaki dengan imej botak lebih dominan

KAJIAN mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin.

Menurut penyelidik, Albert Mannes, beliau memutuskan untuk membotakkan kepalanya apabila mula mengalami masalah keguguran rambut di usia 30-an dan mendapati ramai yang melayannya dengan cara berbeza dan mula berfikir untuk membuat kajian berhubung senario tersebut.

Dalam ujian pertama, beliau menunjukkan gambar peserta lelaki dengan kepala botak dan peserta yang mempunyai rambut.

Undian jelas memihak kepada si botak dengan statistik yang tinggi berbanding lelaki berambut.

Bagi eksperimen kedua, Mannes menunjukkan seorang lelaki mempunyai rambut dan lelaki sama dengan kepala botak menggunakan teknik Photoshop.

Keputusan bancian itu kemudiannya memihak kepada lelaki botak kerana disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinan.

“Ini menunjukkan lelaki botak mampu memberi mereka rangsangan sosial dan psikologi dan mampu membuka laluan di tempat kerja serta dalam kehidupan,” katanya.

Tetapi, ini tidak bermakna lelaki botak mampu menjadi pemimpin yang baik, ia juga boleh menjadi sebaliknya.

“Orang ramai boleh memberi mereka peluang untuk menunjukkan sifat kepimpinan tetapi proses ini tetap memakan masa dengan melibatkan persepsi sosial di kalangan rakan sekerja, jadi lelaki botak juga mampu merawat masa depan mereka,” ujar beliau.

 
Itu dia kajiannya..betul ke tak entahlah tapi lelaki walaupun botak tetap nampak hensem seperti brader Stone Cold nih.......Wanita kalau botak tersangatlah buruknya huhuhuu


hmmm errr rasa nak berimej botaklah pulak wakakakaa....takdelah buang masa depan cermin nak sikat rambut kan hahaha


sumber:SH

4 comments:

  1. tapi org kita selalu pandang serong ke org botak atau memotong rambur pendek gile.. nape ntah

    ReplyDelete
  2. huhu...tak suka orang lelaki kepala botak..nampak cam lelaki miang jer..haha..

    ReplyDelete
  3. Membotakkan kepala anak lelaki satu cara nak dapatkan otak yg cedas. So kakak rasa ada ironinya dgn N3 ini.

    ps: Kena ingat wanita botak ataupun berambut tetap wajib menutup auratnya..

    ReplyDelete
  4. tak suke lelaki botak... tek suke... kekekeke....

    ReplyDelete