Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Kereta api kargo bawa ratusan tan minyak meletup di tengah bandar, seorang maut, 80 hilang, 30 buah bangunan terbakar

QUEBEC - KANADA . Sekurang-kurangnya seorang maut dan 80 orang dilaporkan hilang apabila sebuah kereta api kargo membawa ratusan tan minyak meletup selepas tergelincir dari landasan di tengah-tengah bandar kecil di Quebec, Kanada, awal pagi kelmarin.

Jurucakap polis wilayah Quebec, Michel Brunet berkata, kemalangan berlaku di Lac-Megantic, kira-kira 250 kilometer dari timur Montreal, berdekatan sempadan Amerika Syarikat dan Maine.

Kemalangan mencetuskan lapan letupan besar selain menyebabkan 30 buah bangunan terbakar.

"Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan mangsa kedua cedera dalam kemalangan ini. Kini, pihak berkuasa masih mengesan seramai 80 orang yang hilang dalam insiden itu.

"Polis juga menerima banyak panggilan telefon daripada orang awam mengatakan mereka gagal menghubungi saudara-mara yang tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian," katanya dipetik dari MailOnline mengesahkan kebakaran berjaya dikawal 12 jam kemudian.

Sementara itu, seramai 2,000 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan nahas dikerah meninggalkan kediaman selepas polis mengeluarkan arahan berpindah.

Seramai 150 anggota bomba dan penyelamat dikerah memadamkan kebakaran selain siasatan berhubung punca insiden  juga sedang dijalankan.









Daily Mail

Foto Boeing 777 Asiana Airlines Korea terhempas


SAN FRANCISCO: Dua terbunuh, 181 cedera manakala nasib seorang lagi masih belum diketahui dalam kejadian nahas pesawat Boeing 777 milik Asiana Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, Sabtu (6/7/2013) 11.30 pagi waktu tempatan


Angka terkini itu diberikan oleh Timbalan Ketua Bomba, Dale Carnes.
Beliau berkata, pesawat Penerbangan 214 itu sebenarnya dari Shanghai dan singgah di Seoul sebelum meneruskan penerbangan ke Amerika Syarikat.

Katanya, pesawat berkenaan membawa 307 penumbang dan anak kapal.


Anak kapal terhumban dari ekor pesawat

Seorang mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Boeing 777 Asiana Airways di San Francisco menyifatkan ia saat yang amat menakutkan apabila pesawat melanggar landasan dengan anak kapal terhumban ke luar sebaik ekor pesawat patah


 “Sebaik hendak mendarat...ia memecut, seperti juruterbang ketahui dia mendarat di landasan yang semakin pendek," kata Elliott Stone kepada CNN.
“Sebaik sebelah ekor menghempas landasan, badan kami terlambung dengan kepala penumpang terhantuk ke bumbung pesawat.


"Selepas itu pesawat seperti melayang dan mengheret sebelum api mula marak," katanya.

Beliau yang selamat kerana tempat duduknya di tengah pesawat tetapi anak pala yang duduk di belakang beberapa kali terhumban disebabkan pesawat mendarat pendek.

Beliau berkata, kira-kira 20 minit selepas terhempas, dia dan beberapa penumpang mendapati lima lagi penumpang yang terhumban berada kira-kira 457 meter dari pesawat


Seorang lagi saksi dari lapangan terbang itu berkata, pesawat Boeing 777 terhentak kuat di landasan ketika mendarat.
“Kami nampak di melanggar landasan dengan ekor pesawat terus patah di penghujung lansasan," kata Jennifer Sorgen kepada CNN.


Pesawat Asiana 214 itu dalam penerbangan dari Seoul, Korea Selatan ke San Francisco dengan membawa 291 penumpang dan 16 anak kapal. Nahas berlaku kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan. - AFP

Wanita parah rambut tersepit celah eskalator


New York: Seorang wanita yang pitam ketika berada di atas eskalator cedera parah apabila rambutnya tersepit pada celahan tangga bergerak itu, semalam.

Saksi berkata, wanita berusia 32 tahun itu tidak sedarkan diri di Broadway, New York, kira-kira jam 3.30 petang.

 Rambut wanita tersebut

Ketika dia terkulai pada eskalator berkenaan, alat itu terus bergerak naik seperti biasa dan rambut wanita terbabit akhirnya tersepit dan ditarik mesin berkenaan.

Sumber berkata, wanita itu dipercayai mengalami serangan sawan. “Pekerja penyelamat kemudian mematikan suis eskalator bagi menyelamatkan mangsa,” katanya. 

Menurut sumber, mangsa cedera pada muka, kaki dan tangan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan keadaannya kini stabil. - Agensi


Manusia semakin kejam

Tragedi yang berlaku di dua buah negara.

Adik Nurul Nadirah, 5 tahun dibunuh dan dibakar oleh syaitan yang bertopengkan manusia.

semoga syaitan tersebut dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal


manakala di Syiria

Adik Marwa Adil Bahar yang baru berusia 6 bulan telah disembelih oleh kuncu-kuncu syaitan Bashar Asad.

gambar ini dirakam selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan


Syurgalah tempat mu wahai adik berdua....

Setahun selepas gempa bumi dan tsunami di Jepun

Gempa bumi yang dahsyat berukuran 9.0 skala richter telah menggegar Jepun pada 11 mac 2011 sekaligus mengakibatkan tsunami.

Bencana ini telah mengorbankan kira-kira 16,000 orang dan memusnahkan lebih 310,000 bangunan.

hari ini 10 mac 2012 setahun selepas bencana itu warga Jepun telah berjaya bangkit kembali membangunkan negaranya tak perlu meratapi dengan apa yang telah berlaku.

ok, tabik

moh tengok gambar-gambar selepas tragedi itu dan hari ini





















kredit: http://news.nationalpost.com/2012/03/09/japan-tsunami-and-earthquake-
then-and-now/

Silent Killer

korang merokok tak? aku bukan perokok. so, nak tanya sikit kpd sape2 yg merokok tu, best ke sedut asap masuk ke dalam paru2 tu.

haaaaaaa best ke?..sedap ke?...nikmat ke?...

aku tension gak bila duduk dekat2 dgn smokers ni. asap rokok yg dihembus keluar tu kalau berlegar-legar kat muka diorang sndiri xpelah jugak..lantaklah

ini tak, asap tu tersedut juga oleh kita yg berada berhampiran. ia lebih bahaya org cakap

hurmm k lah,

aku nk highlightkan skit pasal rokok. pasal skrng nih ramai sgt teenagers kita yg dh addicted ngan rokok. nape?? k u all sit tight & meh discover the truth bout smokin'


berdasarkan pertanyaan aku kepada Lebai Google di dapati ada beberapa sebab seseorang remaja itu menjadi perokok.

antaranya ialah ingin bereksperimen. yela, selama ni hanya dok tengok je org2 tua dan org2 tak berapa tua hisap rokok berkepul-kepul asap. nampak syok jekan. sebab tu dorang pon nak cuba.

bebudak ni jugak ingin..apa org cakap, ingin menunjukkan personaliti mereka kononnya bila merokok mesti nmpk macho, adventurous, glamer, popular...ceh, banyak cara lain lagi la

diorang ni juga ingin cepat jadi dewasa sebab tulah mereka merokok. ia akan buat mereka nmpk matured..hmm ye ke?? kpd budak2 skolah tu, xguna nmpak matured klu duit beli rokok pon mak bapak yg kasi...hampeh

dan yg biasa didengar adalah pengaruh dari kengkawan. mereka yg brgaul ngan geng perokok biasanya akan mudah trpengaruh. agaknya klu kawan2 diorang terjun lubang taik pon diorang akan ikut....pengaruh kawan2 katakan huhuh bengong

aku pon bergaul juga dgn perokok ni..xdelah sampai nk ikut diorang hisap asap tu. semuanya bergantung kpd diri sendiri la..kena kuat


kata Lebai Google lagi, rokok sangat bahaya kpd kesihatan. silap2 boleh bawa maut. aku pernah tanya kpd sorang kawan yg perokok tegar ni.

"tak takut mati ke" boleh pulak dia jawab, "ko yg xisap rokok tu ingat boleh hidup smpai 100 tahun ke" pehh baik punya jawapan. rasa cam nak cepuk kepala dia tu laju2 je.

banyak lagi la bahayanya, antaranya risiko mndapat sakit jantung, kanser & penyakit kronik yg lain.

bagi org pompuan akan menghadapi kesukaran masa pregnant & penyakit pernafasan kanak2, gandakan risiko ketidaksuburan. silap2 boleh mandul. isk

gigi juga boleh rosak klu dh lama sangat hisap rokok...bila dh rosak ggi tu nak senyum kat org pon rasa malu ye tak...


aku tanya lagi Tok Lebai Google tu apa yg terkandung dlm asap rokok tu..

dia jawab, asap rokok ada 4000 bhn kimia yg bahaya to ur heart. yg paling bahaya ialah nikotin & karbon monoksida

4000?..terkejut aku

klu nak tau bahan apa smpai 4000 tu korang tanya sendirilah Lebai Google...malas dh aku nak tanya...letih tau tak huhuh



so, bgi u all yg tengah merokok, cuba nk blaja merokok, baru start merokok..think twice..life is short & akan jadi shorter klu u all hisap rokok. lbih macho & bijak klu u all x merokok. ur choice huhuh


aku minta diri dulu, adiossSSS

Assalamualaikum

Wanted: suspek penyimbah asid

Message From IPD TUN RAZAK,
motor suspect simbah acid, dapat dikesan :

"HONDA EX5 WPV 4963"

Please be alert & share this to all..



Inilah wajah suspek yang dapat dirakamankan oleh CCTV.
Mangsa terbaru yg disimbah asid adalah anak seorang anggota polis
di Seksyen 10, Wangsa Maju.

sebelum ni kejadian simbahan asid dilaporkan berlaku
di Bangsar, Brickfields, Bukit Bintang dan Pudu

mamat ni berbagsa india. kalau ada ternampak
di mana2 call rakan cop dgn segera.

kpd semua wanita di sekitar KL tolong hati2

kredit gambar: http://www.kujie2.com/isu-semasa/wajah-suspek-kes-simbah-asid.html

Nak bertunang tapi duit tak cukup huuuuuuu

Tahun ni nak bertunang tapi duit tak cukup. disebabkan terdesak seorang pemuda telah bertindak memperdayakan bakal isterinya kononnya dia diculik dan memerlukan RM42,000 sbg wang tebusan

Tindakan pemuda berusia 26 tahun itu menyebabkan si gadis, 25, menjadi kelam-kabut dan terus membuat laporan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, teman wanitanya bekerja di sebuah hospital pakar di Damansara melaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasihnya, kira-kira jam 6.30 petang, Ahad lalu.

Dalam SMS itu mengatakan teman lelakinya diculik, diikat tangan dan matanya ditutup.

“Kira-kira jam 9 malam, satu lagi SMS diterimanya dan penjenayah meminta wang tebusan sebanyak RM42,000 dan sebuah kereta milik wanita itu.

“Berikutan itu, dia membuat laporan polis bagi menyelamatkan kekasihnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tun Hisan berkata, susulan itu, polis menahan teman lelakinya di KL Sentral, kira-kira 10.15 malam kelmarin yang dipercayai adalah mangsa dan suspek bagi drama penculikan terbabit.

Katanya, setakat ini polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.


tu dia wehhhhhhhhh..sebut betul2 HUKUMAN MATI atau PENJARA SEUMUR HIDUP jika bersalah...jgn buat main2

ni lah padahnya kalau nak buat sesuatu tak pakai otak tapi pakai kepala lutut. dh tau xcukup duit bincanglah elok2 dgn pihak perempuan.

nak menyesal pon tak guna bro...benda dh terjadi



sumber dari Sinar Harian

Kematian Palsu Osama Laden & Tamat Konspirasi 9/11

Artikel ni aku kopi pes dri : http://www.harakahdaily.my/

Inilah muka yang didakwa Osama.
gambar ini sebenarnya telah diedit untuk menampakkan
wajah mirip Osama Bin Laden.


Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda.

Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas.

Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica), yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia.

Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi ‘memerangi pengganas’ dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi.

Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan…? kita rakyat di Malaysia kebanyakannya percaya oleh kerana kita hanya mendapat info dan berita dari satu sumber sahaja iaitu mainstream media yang menjadi pewaris kepada media propaganda Barat.

Lihatlah, apabila Pejuang Islam dikatakan (RTM, TV3, Utusan) sebagai pengganas. Minda rakyat Malaysia perlu dibuka dan dibasuh kerana sekian lama terpenjara dalam penjajahan minda oleh Barat. Di dalam kita asyik dihidangkan oleh politik lokal, adakalanya kita perlu ada inkuiri terhadap politik luar dari sumber-sumber yang sahih dari internet.

Perang di Libya lambungkan harga minyak

jika mengambil kira ramalan pakar ekonomi kita, Prof Dr Barjoyai Bardai yang tidak pun berselindung untuk mengakui apa yang berlaku di Asia Barat dan utara Afrika pasti mengundang kesan negatif.

“Ketika krisis di Asia Barat, ramai yang bimbang. Kekacauan di Libya menyebabkan harga minyak naik dan kesannya akan turut menyebabkan kos sara hidup meningkat. Kini berlaku pula bencana di Jepun, sudah tentu kesan besar akan dirasai ekonomi dunia dan tempiasnya juga akan turut dirasai negara kita.


jet pejuang Libya yg ditembak jatuh




ini amerika punya pasal lah ni..yg dok pi serang Libya tu sape suruh
sampai minyak pon naik harga..tak pasal2 gua terpaksa naik
basikal.....minyak mahal woooooooooo!!!!

Loji nuklear Fukushima Daiichi

request dri seseorang utk buat entri pasal nuklear di Jepun nih. so, Tiqah kalau tak membantu pon...baca jela entri nih k....

Jepun berhadapan dengan krisis nuklear terburuk negara itu sejak Perang Dunia Kedua apabila gempa sekuat 9.0 pada skala Richter melanda utara negara itu, 11 Mac lalu mengakibatkan letupan di loji nuklearnya.


Fukushima Daiichi sebelum letupan

Sejak itu, sekurang-kurangnya empat letupan dan dua kebakaran berlaku di loji nuklear Fukushima Daiichi selain lebih 9,000 penduduk dilaporkan terkorban dalam bencana itu

Daripada enam reaktor aktif yang ada, Jepun menaikkan skala lima, lagi dua peringkat untuk menyamai tragedi Chernobyl di Ukraine pada 1986.




Reactor 3 yang musnah

Ia berpunca daripada kebimbangan atas faktor reaktor di bangunan 1, 2 dan 3 Fukushima Daiichi selepas kegagalan menyejukkannya.

Tahap radiasi lebih tinggi daripada normal juga dicatat di beberapa tempat sejauh 30 kilometer dari lokasi loji berkenaan manakala di ibu negara Tokyo keadaan masih normal.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil potasium iodin bagi melindungi diri daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk pernah melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945.

Fukushima Daiichi yang dibina pada 1971 adalah satu daripada 15 stesen nuklear terbesar di dunia yang menyalurkan tenaga elektrik kira-kira 29,891 GWh kepada penduduk Jepun.


[Readmore]

Kesan Radiasi Malapetaka Nuklear Jepun Telah Sampai Ke California, AS


Radiasi yang berpunca dari malapetaka nuklear Jepun telah dikesan di California, Amerika Syarikat, pada pagi 19 Mac 2011. Demikian menurut laporan dalam "Good Morning America" yang disiarkan oleh ABC News.

pergerakan arah angin membawa radioaktif dari reaktor nuklear jepun yg lumpuh akan semakin berkurangan ketika merentasi Lautan Pasifik dan tidak dijangka memberi msalah kesihatan serius di Amerika Syarikat.

Meskipun amaun radiasi yang sampai ke pantai barat AS itu amat kecil, ia memberi petunjuk bahawa kesan radiasi itu boleh merebak jauh dari tempat kejadian malapetaka nuklear. Jarak antara Sendai, Jepun (tempat kejadian) dengan pantai California ialah lebihkurang 8600 kilometer. Bagaimana pula dengan kita di Malaysia yang berada lebih dekat? Jarak antara Sendai dengan Kota Kinabalu cuma lebihkurang 4400 kilometer.

Menurut laporan BERNAMA yang dipetik oleh Berita Halian Online berhubung dengan perkara ini, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai pencemaran radiaktif di negara ini berikutan letupan loji tenaga nuklear di Fukushima itu kerana kerajaan melakukan pemantauan dengan ketat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata pemantauan itu dilakukan membabitkan alam sekitar, kemasukan pelancong dari luar negara dan kemasukan barang makanan dari luar negara dan kemasukan barangan makanan dari lapangan terbang dan pelabuhan terutama dari Jepun.

"Tiada keraguan perlu ditimbulkan kerana tiada sebarang pencemaran radioaktif dikesan di negara kita sehingga hari ini dan jangan percaya kepada khabar-khabar angin yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Tukun Tiruan Mesra Alam di sini (Sandakan) hari ini (20 Mac 2011).

Beliau berkata Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara masih menunjukkan paras normal dan saringan yang dilakukan di pelabuhan membabitkan makanan dan kontena belum ada pencemaran bahan radioaktif dikesan.

Kementerian Kesihatan sudah mengambil sampel-sampel makanan yang diimport dan keputusan sampel itu semuanya negatif.

"Rakyat diminta merujuk dan mengambil perhatian mengenai perkembangan pencemaran radioaktif di negara ini oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan saya adalah jurucakap mereka," katanya.

Menurutnya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan memantau secara aktif keadaan insiden nuklear di Jepun dan impaknya di negara ini.


Kesan Radiasi Bahan Radioaktif Nuklear Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Penyebaran tablet potassium iodide di utara Jepun menunjukkan betapa takutnya kesan radiasi nuklear hasil letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi yang mana boleh memberikan implikasi kepada kesihatan tubuh badan manusia dan ketakutan itu bukan sahaja dirasai di Jepun sahaja malah negara-negara jiran juga turut merasa impak yang sama.

Pada awal krisis tersebut, hasil sinaran radiasi disebabkan reaktor tersebut dikatakan rendah dan tidak memberikan kesan pada kesihatan. Tetapi, darjah radiasi boleh meningkat dengan mendadak sekiranya mana-mana satu minyak nuklear tersebut melepasi bekas besi yang tebal. Kemungkinan tersebut sendiri merisaukan pihak atasan Jepun pada pagi Isnin tersebut apabila letupan melibatkan reaktor 2.

Dan kesan radioaktif ini memberikan impak 1000 kali ganda lebih besar daripada pengeboman Hiroshima. Perkara ini disahkan oleh Ira Helfand MD merupakan pakar dalam pendedahan radiasi di Leeds, Massachusettes.


Kesan Jangka Panjang

Potassium Iodide yang diberi bertindak sebagai pelindungan terhadap iodin-131, merupakan radioisotop yang berpotensi menyebabkan kanser tiroid dalam jangka masa panjang. Biasanya iodin akan terkumpul di kelenjar tiroid dan dengan pemberian tablet tersebut menghindarkan kelenjar tiroid menggunakan iodin-131 sebagai proses fisiologi badan.

Bukan itu sahaja ya, ada juga bahan-bahan lain hasil letupan reaktor nuklear yang boleh memberikan masalah dan setiap satu bahan tersebut memberikan kesan yang berbeza. Dr Helfand memberitahu, Strontium-90 diserap oleh tulang yang berpotensi menyebabkan kanser tulang dan juga leukemia.

Cesium-137 diserap keseluruh badan terutamanya pada bahagian otot. Plutonium sememangnya adalah bahan toksik dan sekiranya kita menghidunya boleh menyebabkan kanser paru-paru.


Kesan Jangka Pendek

Bukan sahaja melibatkan jangka panjang. Tapi kalau kesan dedahan terlalu tinggi di dalam masa yang singkat, mereka juga boleh mengalami Sindrom Radiasi Akut.

Simptom tipikal yang biasa mereka alami adalah seperti loya, muntah-muntah dan cirit birit. Biasanya simptom tersebut dialami serta merta dan kemudian berkurang dan kembali semula dengan simptom yang lebih kuat seperti hilang selera makan, lemah, demam dan berkemungkinan lebih teruk serangan sawan dan juga koma.

Kebanyakannya apabila tidak sembuh, mereka akan menemui ajal dalam masa beberapa bulan sahaja. Begitu hebat penangan radiasi nuklear ini. Berdasarkan Pengawalan Penyakit dan Pencegahan di US, mereka mengatakan kematian adalah disebabkan rosaknya tulang sum-sum yang menyebabkan terdedahnya pada jangkitan kuman dan juga pendarahan dalaman.

Kesan Pada Kulit

Radiasi ini juga boleh melibatkan kesan pada kulit. Mereka akan mengalami kegatalan, kemerah-merahan, bengkak dan ia boleh berlaku dalam masa yang singkat, berjam, berhari mahupun berminggu selepas terkena kesan radiasi tersebut.

Dan sebagai pencegahan, pihak Jepun telah memindahkan lebih 180 000 rakyat mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan letupan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Dengan bantuan angin yang bertiup ke arah lautan pasifik, bahan radioaktif tersebut dapat dikurangkan.


Kebaikan penggunaan nuclear

kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.


Keburukan nuclear

Terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.

Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.

Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser.

Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.




PRESS RELEASE

Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN
GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

24 Mac 2011, 3.00 petang

KEADAAN DI JEPUN


1. Berdasarkan maklumat terkini, bekalan tenaga elektrik telah berjaya disalurkan ke loji kuasa nuklear unit 1, 2 dan 4 di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, membolehkan sebahagian instrumentasi unit-unit ini berfungsi dan membekalkan data yang berguna untuk operasi selanjutnya.

2. Pemonitoran alam sekitar bagi kawasan sekitar 20 hingga 30 kilometer dari Fukushima Daiichi menunjukkan bacaan dalam julat 0.1 hingga 6.9 mSv/jam dan kadar ini juga menunjukkan trend yang semakin menurun. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan sinaran alfa tidak dikesan yang menunjukkan tiada kehadiran uranium dan plutonium. Ini bermakna tidak berlaku sebarang kebocoran bahan api nuklear.

3. Dalam masa yang sama, perairan sekitar Fukushima juga dipantau di mana pasukan IAEA yang berkepakaran khusus dalam pemonitoran marin juga akan tiba ke Jepun bagi bersama-sama melakukan pemonitoran.

4. Bacaan radioaktif dikesan di dalam susu, sayuran dan air di Fukushima dan arahan sekatan penjualan produk-produk ini telah dikuatkuasakan. Iodin-131 dikesan di dalam air paip pada paras yang melebihi tahap yang dibenarkan untuk bayi, menurut sumber dari IAEA yang dikeluarkan pada 23 Mac, 20 UTC (bersamaan waktu Malaysia jam 4 pagi 24 Mac 2011); tetapi masih pada tahap yang selamat untuk orang dewasa di kawasan tersebut.

5. Semasa taklimat IAEA kepada Perwakilan-perwakilan Negara anggotanya termasuk kepada Kedutaan Besar Malaysia di Austria dan Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Vienna (Malawakil Vienna), corak penyebaran atmosferik berdasarkan model Regional Specialised Meteorological Centre (RMSC) juga dipamerkan. Memandangkan lebih banyak data telah diperolehi, model yang lebih tepat dapat dihasilkan. Kebanyakan kepulan radioaktif tersebar ke arah timur dan tenggara iaitu ke Lautan Pasifik tetapi pada nilai yang amat rendah dan tidak membimbangkan.

6. Berdasarkan ramalan oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia, bagi tempoh sehingga 26 Mac 2011, pergerakan sebarang bahan cemar radioaktif iodin yang terlepas dari loji nuklear Fukushima untuk tempoh 72 jam dari tarikh 23 Mac 2011 adalah ke arah selatan dan timur laut/timur dan juga tenggara menghala ke Lautan Pasifik. Untuk tempoh tersebut sebarang pencemaran radioaktif iodin jika ada adalah di sekitar negara Jepun dan lautan berdekatannya dan tidak akan sampai ke Malaysia.


TINDAKAN OLEH MOSTI DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN BERKENAAN:

1. MOSTI mempergiatkan lagi usaha memantau secara aktif keadaan kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra.

2. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Sri Aman, Kuantan, Kudat dan Senai) diteruskan dan masih menunjukkan paras normal di mana data pada 10.00 pagi, 24 Mac 2011 adalah 0.029 hingga 0.172 mikro Sievert per jam. Paras ini masih merupakan bacaan normal untuk Malaysia.

3. Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada badan antarabangsa iaitu International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan International Air Transport Association (IATA), situasi di Jepun pada ketika ini tidak memberikan kesan kesihatan kepada individu. Walau bagaimanapun, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan keyakinan orang awam, Malaysia telah melakukan saringan ke atas penumpang-penumpang penerbangan dari Jepun di lapangan terbang antarabangsa utama. Saringan kedua (pemonitoran individu), hanya akan dilakukan jika terdapat bacaan yang melebihi kadar yang dibenarkan (0.5 mikro Sievert per jam).

4. Pada masa yang sama, sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors – RPMs) yang sememangnya telahpun dipasang di KLIA sejak 2009, juga menunjukkan paras normal dan tiada sebarang pencemaran dikesan.

5. Namun demikian, mana-mana penumpang yang ingin mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran radioaktif lebih lanjut bolehlah memohon kepada pegawai AELB yang sedang bertugas di KLIA dan LCCT.

6. Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 40 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

7. Buat masa ini, AELB berpendapat orang awam tidak perlu melakukan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran kerana situasi di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal. Walau bagaimanapun, sekiranya orang awam ingin melakukan pemonitoran individu, ia boleh dilakukan secara percuma di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor Darul Ehsan bermula 20 Mac 2011. Khidmat yang sama boleh juga diperolehi dari Agensi Nuklear Malaysia. Kemudahan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

8. Sehingga kini seramai 23 individu telah datang ke AELB dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

9. Dari segi keselamatan makanan, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan Pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) terhadap produk makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan ikan serta hasilan daging dan sebagainya yang diimport dari Jepun. Sampel makanan diambil di pintu masuk untuk analisis kandungan bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 27 sampel telah dianalisis dan didapati kesemuanya mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif yang dibenarkan.

10. Pengguna tidak perlu khuatir dengan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun.

11. MOSTI menasihatkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dan tidak mempercayai khabar-khabar angin dari sumber yang tidak berasas.

12. Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB melalui talian Hotline AELB 1 800 88 7999 atau di 03-8922 5848 atau melalui emel di MNR-Customer@aelb.gov.my

http://www.nuclearmalaysia.gov.my/

Cubaan bunuh diri di KB Mall, Kota Bharu

petang tadi seorang gadis terjun dri tingkat atas KB Mall...

kerana apa?...putus cinta?...gagal dlm spm??




tengok video



gadis itu selamat krn jatuh atas tilam bomba...

Tak sedar kena tikam

tengok tu..masa nk terima rawatan pon selamba je dia...tak sakit ke tu


perghh ngeri siot...seorang gadis, Julia Popova, 22, tak sedar sebilah pisau terpacak di belakang lehernya.

menurut popova, semasa hendak pulang ke rumahnya di bandar raya Moscow, dia telah diserang oleh seseorang yg merompaknya.

selepas kejadian itu, dia selamba je berjalan pulang ke rumahnya kira2 40 minit perjalanan. orang tuanya terkejut melihat sebilah pisau di leher anaknya dan bergegas menghantarnya ke hospital.

pelik jugak nih...camne dia buleh tak sedar kena tikam.

penjenayah ni memang laa..tak peduli langsung nyawa orang. yg penting dpt duit. dh takde kerjakan...jalan senang, rompak duit org