Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

24 Peringatan Untuk Wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.

Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum)

Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengena perabot perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

Orang yang gemuk tapi kurus
Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang alim tapi jahil

Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka

para Nabi yang lalu iaitu:”

Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
Ingat kepada Allah SWT
Lupakan budi baik mu pada orang lain.
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
Minta talak.
Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

Mengekalkan malu pada suaminya.
Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
Mengikut kata-kata dan suruhannya.
Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
Berdiri menyambut kedatangannya.
Berdiri menghantar pemergiannya.
Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
Tiada khianat ketika tiada suaminya.
Memuliakan keluarga suaminya.
Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami




http://www.ar-rifke.com/2012/01/sebarkan-24-peringatan-untuk-wanita.html

Sembahyang itu tiang agama



Sembahyanglah kamu di belakang imam

sebelum

kamu disembahyangkan di hadapan imam


satu peringatan untuk diri sendiri dan anda semua supaya jgn tinggalkan solat walau sesibuk mana pun kita. jika berkesempatan sembahyanglah berjemaah terutamanya kepada kaum lelaki.... wallahualam

gambar dicilok dari pakcik google

Gambar kekasih dibawa bersolat

kejap tadi sempat jugalah selak-selak, baca apa yang patut di Harian Metro online. seperti biasalah di hari jumaat mesti ada ruangan soal jawab agama iaitu Fikrah Dr Salam.

aku tertarik dengan satu soalan yang ditanya sebab aku rasa benda ni banyak dilakukan oleh orang ramai.

ada seorang hamba Allah ni bertanya mengenai gambar wanita yang bukan mahram disimpan didalam dompetnya dan status solatnya sama ada sah atau tidak.

menurut Dr Salam, solat yang dilakukan adalah SAH. gambar wanita yang bukan mahramnya didalam poket seluar itu tidak membatalkan solat.


Menurut mazhab Shafie, wuduk terbatal jika menyentuh perempuan dan sebab-sebab lain seperti kentut dan kencing.

Bagaimanapun, apabila gambar teman wanita itu mengganggu tumpuan, ia sepatutnya tidak dibawa dalam solat

Wallahualam

Nabi tidak mengamalkan sesuatu yang sia-sia

tahukah anda salah satu sunnah Nabi adalah menyimpan janggut. kita tidak pernah tahu atau nak ambil tahu apa istimewanya atau kelebihan menyimpan janggut selain ianya diamalkan oleh Rasulullah SAW.

namun di zaman sains dan teknologi ini ada saintis telah membuat kajian mengenai janggut lelaki.


Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


moh kita sama-sama mengamalkan sunnha Nabi ini..



dipetik dari sinar harian...tulisan Oleh : MUHAMAD MAT YAKIM

Pokok Gharqad sedang giat ditanam di Israel

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya.

Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar ini dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam



Madu...ibu segala makanan


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.

Sabda Nabi s.a.w.,

"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

moh sama2 kita mengamalkan sunnah ini..Wallahualam

Aidilfitri peluang baiki silaturrahim

AIDILFITRI adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa. Hal ini menunjukkan hubungan dengan Allah semakin dekat dan kesan puasa seperti kesucian dan kematangan jiwa, kekuatan mental, ketinggian moral dan akhlak dapat dikembangkan dalam kehidupan masyarakat.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.

Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya:

“Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).” (Hadis riwayat Muslim).

Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga, mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.

Orang yang hanya sekadar ’puasa-puasaan’ dan tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang erti dan nilai.

Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu.

Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid. Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak.

Dalam merayakan Aidilfitri ini, kita hendaklah membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim. Segala perasaan dendam, kebencian, iri hati dan dengki hendaklah dikikis. Semua ini kita gantikan dengan perasaan kasih-mengasihi sesama Muslim. Hulurkan tangan bermaaf-maafan dan binalah hubungan persaudaraan yang kukuh berlandaskan persaudaraan Islam.

Diriwayatkan Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

"Janganlah kamu saling marah, dengki dan tidak menegur antara satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

"Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya." (Hadis riwayat Muslim).

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati.

Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan dentuman meriam dan hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.

Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud:

“Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)." (Hadis riwayat al-Thabrani).

Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.

Oleh Mohd Shukri Hanapi




http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8049.0

Tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata...



Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki... ." nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.



" Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.



Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.



Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.



Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'udzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali-kali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dengan mempersendakan atau ejekan.



Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.



Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah digubal oleh yang menjadikan bumi ini.



Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.







*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM

Pokok kurma menangis kerana rindukan Rasulullah SAW


Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah saw beratap batang pokok kurma. Jika Rasulullah saw berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pohon kurma. Kerana jumlah umat Islam bertambah, maka dibuatlah mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah saw ketika berkhutbah. Para sahabat pun membuat mimbar dari kayu. Setelah beres, Rasulullah saw datang ke mimbar untuk berkhotbah.

Namun, ketika naik mimbar terdengarlah rintihan seperti rintihan unta dan goncangan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.

Rasulullah saw tersenyum. Rasulullah saw turun dari mimbar dan mendatangi pohon kurma yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah saw meletakkan tangan baginda pada batang pokok kurma dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

Rasulullah saw berkata pada pohon kurma itu: "Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, engkau aku tanam di syurga, supaya para wali Allah boleh memakan buah buahmu. "

Batang kurma itu menjawab: "Saya memilih untuk ditanam di syurga sehingga wali wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat di dalamnya saya kekal."

Goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah saw kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya.

Rasulullah saw berkata: "Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana!"

Inilah kisah batang kering dari pohon kurma yang menangis kerana rindu kepada Rasulullah saw.

Bayangkan sebatang pokok kurma tidak mahu jauh dari Rasulullah saw, padahal cuma terletak beberapa meter, tapi pokok kurma tidak mahu jauh dari Nabi Muhammad saw.


bagaimana dgn kita. adakah kita merindui, mencintai Rasululullah SAW??

tepuk dada tanya iman


http://cintarindurasul.blogspot.com/2011/06/pohon-kurma-menangis.html

Qaryah Ramadhan di Kota Bharu

credit to: http://www.skyscrapercity.com

ya Allah rindunya......

suasana keunikan Ramadhan di Kota Bharu....Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV


semoga negeri Kelantan tercinta sentiasa di bawah naungan dan rahmat Allah. amin

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Agenda musnahkan Islam

bagi korang yg suka melayari internet berhati-hati ketika memasuki mana2 laman web yg bercorak keagamaan. Ini krn terdpt satu usaha pihak Yahudi yg menggunakan kemudahan internet ini dgn membangunkan laman web yg berniat jahat dlm usaha utk menghancurkan Islam.

Antara laman web yg dibangunkan dgn niat jahat utk memburukkan islam ialah:
1) www.answering-islam.org
2) www.aboutislam.com
3) www.thequran.com
4) www.allahassurance.com

selain laman web, mereka juga giat mengedar quran versi baru iaitu the true furqan. kitab terbaru ini mengandungi 77 surah spt al-fatihah, al-jana dan al-injil. tapi ia tdk dimulakan dgn bismillah tetapi ayat panjang merangkumi tiga kepercayaan rohaniah kristian yg dilakukan dgn niat mengelirukan umat islam apalagi di kalangan mualaf.

isi kandungan kitab ini sememangnya menentang islam, antaranya mengenai beristeri lebih dari satu dianggap berzina dan penceraian tdk dibenarkan dlm islam. manakala jihad pula dianggap sbg haram.

bagi semua umat islam, insafilah diri agar tdk mudah berkawan, berbaik-baik atau memberi kepercayaan kpd bangsa yahudi ini.

wallahualam

Sunnah Nabi yang dilupakan

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.


Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Susu kambing ianya bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK,sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain manakala susu kambing, kita akan temui sabun susu kambing.syampu susu kambing,mandian susu kambing dan bermacam alat solek yang berasaskan susu kambing kerana sifatnya ALKALI maka tidak merosakan kulit manakala susu lain bersifat ASIDIK.

Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik saperti Gastrik, Migrain, Lelah, Sengugut, Darah Tinggi, Masaalah penyakit kulit, Ulcer, Hepatitis A, Sakit kuning, Radang sendi, lemah tulang,Pemulihan selepas pembedahan,memulih tenaga batin, membantu pembentukan tulang,otot dan gigi dan berbagai lagi (Insha Allah) jika kita yakin dan tawakal.



http://www.klik4sihat.com/susu-kambing-sunnah-nabi-yang-dilupakan.html


p/s: aku pernah minum susu kambing, sedap

SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

......wallahualam

pesan


............................

ingat-ingatlah sabar itu iman

ingat-ingatlah duit bukan kawan

ingat-ingatlah dunia hanya pinjaman

ingat-ingatlah mati tak berteman

.....................................


Doa Siti Sarah

Doa Elak Diri / Anak Perempuan dari dizalimi

Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman

Berikut (lampiran) adalah doa yang beliau bacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak (yang ada anak-anak perempuan). InsyaAllah kita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!!

Jangan ketawa, jangan ingat jika ada di antara anda adalah mak-mak orang, nenek yang berumur 74 tahun pun baru diperkosa tak lama dahulu.

So, moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.

Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.


~Sila klik pada ayat-ayat tersebut untuk imej yang lebih terang.~



1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

kelebihan malam jumaat

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh.

Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.

Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih..

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan.

Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan, Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk, Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

'Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?' tanya Salih Al Mazy. 'Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?' tanya pemuda itu.

'Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?' tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.

Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.

Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang- orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.

Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :'Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.

Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.'

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

'Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.' kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.

Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. 'Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup.' Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.

Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : 'Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. '

'Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.' katanya lagi.

'Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?' tanya Al Maizy.

'Ya, Tahu.' 'Apa tandanya?'

'Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata 'Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.' Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar.' (Surah Al-Ahzab:71) '

Ancaman Al-Masih Dajjal

Kelahiran Bayi Bermata Satu

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?

Bayi ini bukan dajal... Dajjal telah wujud sejak zaman Rasulullah

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,

"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

"Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud,

"Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka."




Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya :

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud,

"Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"

Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "

Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ?

" Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.


Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

? Bila Dajjal Dilahirkan ?
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.


Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim : Siapakah kamu ?

Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?

Tamim : Ya.

Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ?

Tamim : Airnya banyak lagi.

Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?

Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.



Tempat Persembunyian Dajjal
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)" - Riwayat Muslim.

Pulau Bermuda - tempat persembunyian dajal

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Air Tasik Tabariah (Sea of Galilee) semakin berkurangan

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya ?



Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal."

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, "Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya."


(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Tazkirah jumaat

Assalamualaikum wbt

salam jumaat kpd muslimin serta muslimat sekalian. sudah agak lama ustaz tak bagi tazkirah ye
almaklumlah takde tauliah. buat kuliah jumaat ni pon secara senyap2 kang tak pasal2 kena cekup

sebagai tazkirah kita hari ini apa kita berbincang sket tentang penternakan buaya. boleh ke tidak kita bela menatang boye nih. maksud bela ialah kita menternak secara komersial sebagai sumber pendapatan. bukan bela sekor utk dijadikan pet buat peluk malam2 masa tido.

mengikut majlis fatwa

1.Menternak buaya harus untuk mengambil faedah dengan syarat bahaya dapat dikawal.

2.Harus membunuh buaya kerana mengambil manfaat.

3.Mematikan dengan cara paling baik seperti sembelihan dan sebagainya serta tidak mengazabkan.

4.Kulit buaya harus dijual sesudah disamak.

5.Dagingnya haram dijual untuk dimakan.

haaaaaaaa majlis fatwa dh bagi lampu hijau. so. klu ada sape2 yg ingin menternak boye nih dipersilakan. klu kena gigit ke kena makan ke tanggung sendirilah ye.

ladang boye tu, klu boleh biar jauh dri kawasan kampung, kang tak pasal2 terlepas sekor dua masuk rumah org haru jadinya.

sekadar itulah tazkirah kita pd hri ini. ust nk minum nescafe secawan supaya tak tertido masa khutbah jumaat jap lgi.

ust undur diri dulu ye

apa yg baik itu dtg dri Allah swt dan yg buruk itu dri kekurangan ust sndiri

Wallahualam

Assalamualaikum wbt



sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/

kaligrafi menyerupai ayat Al Quran

Wow.. pasti terpegun dengan kaligrafi ini tapi awas !! ini bukan kaligrafi ayat suci Al Quran tetapi kaligrafi ayat dari kitab Injil..


Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay" (Terus reject)

Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. .... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran.... ..sebenar ayat Bible.

Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.

peringatan:
Bermula pada 21-08-2006 lalu,Sebuah Gereja di Damansara (dekat Kuala Lumpur ) telah mengedarkan Kitab Injil dalam bahasa Melayu dinamakan AL-KITAB. Jangan Terpedaya dgn kitab ini. Dalam pada itu 3 nama Air mineral juga telah di edarkan dan telah berada di pasaran. Air Mineral tersebut ialah BESTARI , AL -BARAKAH dan AL-MANSUR. Air mineral ini dikatakan telah dicampurkan dengan HOLY WATER (Air jampi Kristian).Sesiapa yang meminumnya tidak dapat MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH.

Naudzubillahi min dzalika
Ingat !!!!!! Jangan ambil air ini sekiranya diberikan secara percuma.

...................................................................