Gambar kekasih dibawa bersolat

kejap tadi sempat jugalah selak-selak, baca apa yang patut di Harian Metro online. seperti biasalah di hari jumaat mesti ada ruangan soal jawab agama iaitu Fikrah Dr Salam.

aku tertarik dengan satu soalan yang ditanya sebab aku rasa benda ni banyak dilakukan oleh orang ramai.

ada seorang hamba Allah ni bertanya mengenai gambar wanita yang bukan mahram disimpan didalam dompetnya dan status solatnya sama ada sah atau tidak.

menurut Dr Salam, solat yang dilakukan adalah SAH. gambar wanita yang bukan mahramnya didalam poket seluar itu tidak membatalkan solat.


Menurut mazhab Shafie, wuduk terbatal jika menyentuh perempuan dan sebab-sebab lain seperti kentut dan kencing.

Bagaimanapun, apabila gambar teman wanita itu mengganggu tumpuan, ia sepatutnya tidak dibawa dalam solat

Wallahualam

4 comments:

  1. aku letak gambar mak ayah je dlm dompet. gambar sendiri, gambar kat ic tu je.haha

    ReplyDelete
  2. betul2 kasih & cinta ni sampai simpan gambar gf dalam wallet... :)

    ReplyDelete
  3. ooo..mun xltak gambar pun..ade ic je..hehehe..purse kecik..xmuat letak sume tu..

    ReplyDelete
  4. betol2
    sdgkan lapo pon, disuruh mkn dulu, baru solat, takut ganggu kosentrasi mase solat kan..

    ReplyDelete