WASHINGTON: Apple Inc mempunyai makmal rahsia yang ditubuhkan untuk tujuan mencipta kereta elektrik jenama berkenaan, lapor akhbar Wall Street Journal semalam.
Projek yang diberi nama kod ‘Titan’ itu dilaporkan sedang mereka kenderaan yang kelihatan seperti sebuah van mini dan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk merealisasikannya.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sejauh mana penglibatan Apple dalam projek berkenaan.
Berita berkenaan memberi isyarat bahawa Apple sedang berusaha mempertingkat kemampuannya dalam teknologi automotif. Bidang tersebut sudah menjadi tumpuan utama dalam kalangan syarikat-syarikat di Silicon Valley seperti Google Inc., Uber dan Tesla Motors Inc.
Kenderaan tersebut dijangka memiliki perkhidmatan Internet dan perisian penuh yang melengkapi upaya navigasi serta komunikasi. Inovasi itu disfatkan sebagai bidang yang menjadi fokus kebanyakan syarikat berasaskan teknologi tinggi.
Bulan Mac lalu, Apple telah memperkenalkan CarPlay, yang membolehkan pemandu kenderaan mengakses senarai nama dalam iPhone, membuat panggilan atau mendengar pesanan suara tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng kenderaan.
Dalam masa yang sama, ketua unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mercedes-Benz, Johann Jungwirth dilihat telah berpindah tugas ke Apple dengan jawatan ketua kejuruteraan Mac Systems.
Penglibatan Jungwirth dalam makmal rahsia Apple itu telah dilaporkan oleh The Financial Times.
Apple yang telah merekrut ratusan pekerja kini dilaporkan sedang memancing pakar robotik untuk turut serta dalam projek berkenaan.
Percubaan untuk mereka bentuk kenderaan disifatkan sebagai anjakan perubahan bagi Apple yang selama ini banyak membuat R&D dalam pelbagai projek tetapi masih kekal dengan bisnes terasnya iaitu pembuatan peralatan mudah alih dan elektronik. - SiakapKeli

No comments:
Post a Comment