Marcus Gray membalas SMS yang dikirimnya sendiri kerana mabuk - Mirror / @_marcusgray_ / Twitter
Seorang remaja asal Oxford, United Kingdom, menjadi sensasi di dunia maya akibat kelakuan bodohnya saat mabuk minuman keras.
Marcus Gray, 19, berpesta meraikan malam terakhir rakannya yang akan pergi ke Thailand.
Sebelum pergi ke pesta, dia terlebih dulu menghantar mesej pendek ke salah seorang rakannya: "Apakah kamu sedang berada di bandar sekarang?"
Selesai berpesta, Marcus pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Dia memeriksa telefon bimbitnya sebelum tidur, dan membalas SMS-nya sendiri: "Tidak kawan, saya sedang ada di rumah sekarang."
Pagi harinya, Marcus bangun dan tertawa geli melihat tindakannya sendiri. Dua SMS itu dimuat naik ke Twitter, dan mendapat 11 ribu retweet serta 15 ribu favourites.
"Tadi malam saya sangat mabuk, saya membalas SMS saya sendiri pic.twitter / weNp30ILqk --- Marcus (_marcusgray_)
"Apabila pagi hari saya baru menyedari apa yang telah saya lakukan. Saya benar-benar bodoh," tutur Marcus kepada Mirror, Isnin (2/2/2015).
"Saya menunjukkannya pada rakan-rakan dan mereka semua tertawa. Saya meletaknya di Twitter, dan responnya benar-benar meletup!"
Sumber: Metrotvnews.com
No comments:
Post a Comment