Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Bahana berhutang dengan along berikutan ketagih permainan judi Internet, seorang lelaki nekad merompak kedai serbaneka tempat teman wanitanya bekerja di Bangunan Scott Garden, Jalan Klang Lama, Ahad lalu.
Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun berkenaan turut mengurung teman wanitanya bersama juruwang dalam stor premis berkenaan sebelum melarikan wang tunai dan decoder kamera litar tertutup (CCTV) bernilai kira-kira RM30,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek bersenjatakan pisau turut menarik rambut juruwang untuk mendapatkan wang tunai.
Menurutnya, teman wanita suspek yang berada dalam stor cuba membantu rakannya itu, namun dihalang suspek.
"Suspek kemudian mengurung teman wanitanya bersama juruwang berkenaan dalam stor premis itu," katanya pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, sejurus menerima laporan kes berkenaan, suspek ditahan dan siasatan mendapati dia bekerja sebagai pengawal kelab malam di kawasan berhampiran premis dirompak itu.
Menurutnya, penahanan suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 23 tahun yang juga rakan suspek di sebuah flat di Jalan Desa Bahagia, Taman Desa pada hari sama.
Katanya, polis menemui wang tunai RM6,000 yang disembunyikan dalam bekas pam tandas dipercayai wang hasil samun.
“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun tanpa senjata api,” katanya.
Sumber: Harian Metro

jahat sungguh
ReplyDelete