Video Ayah bengong ajar anak merokok tersebar

Foto: dailymail.co.uk
 
LONDON - Sebuah klip video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua hingga tiga tahun sedang merokok sambil dibantu seorang lelaki dipercayai bapanya, mula tersebar di Internet, sejak kelmarin.

Video yang dimuat naik di laman perkongsian klip video, LiveLeak itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang berkongsi sebatang rokok dengan kanak-kanak tersebut sambil suara seorang wanita dipercayai ibunya sedang ketawa merakamkan aksi itu.

Klip dengan durasi 2.07 minit itu memaparkan bapa kanak-kanak tersebut menghulurkan rokok kepadanya, disusuli aksi budak terbabit menghisap rokok secara perlahan-lahan.

Rakaman yang dipercayai dibuat di Rusia itu seolah-olah menunjukkan si bapa sengaja memberi galakan supaya anaknya merokok.

Malah, ketika lelaki itu cuba berpura-pura untuk tidak memberikan anaknya rokok, kanak-kanak tersebut mula menangis dan membuat bising serta menunjukkan kotak rokok baharu yang berada di atas meja.

Lebih mengejutkan, bapanya dengan selamba memenuhi permintaan anaknya dengan memberikan rokok serta menyalakan rokok itu.

Menurut laporan Mail Online, klip video itu menimbulkan reaksi kurang senang pengunjung laman web berkenaan yang menyatakan kemarahan mereka pada ruangan komen yang terdapat di bawah klip tersebut.

Seorang pengunjung yang menggunakan nama samaran sebagai 'kingbooter' menulis; "Ini merupakan penderaan kanak-kanak. Video ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment