Polis, warga Nigeria berbalas tembakan

 
Serdang: Dua anggota kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berdepan detik cemas apabila dua suspek warga Nigeria bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka dalam kejadian di Pangsapuri Cempaka, Putra Perdana Puchong, di sini.

Dalam kejadian jam 2.28 awal pagi tadi dua anggota polis bertindak menahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaan melepasi pemeriksaan dua anggota polis berkenaan.

Menurut sumber, pasukan peronda bertindak mengejar dua suspek berkenaan sejauh 15 kilometer sebelum kenderaan yang dinaiki dua suspek itu berhenti di Pangsapuri Cempaka dan bertindak menyerang polis dengan melepaskan beberapa das tembakan.

Bagaimanapun dua anggota polis terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dua suspek terbabit berjaya meloloskan diri.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment