'Serigala' rompak minimarket di AS

Lelaki bertopeng serigala yang merompak . ( Foto : ST Petersburg Police Department )

ST PETERSBURG - Seorang lelaki bertopeng serigala merompak sebuah minimarket di St Petersburg , Florida , Amerika Syarikat ( AS ) .

Lelaki yang tidak diketahui namanya ini masuk ke Circle K sambil menunjukkan pistol pada pegawai di sana , seperti diberitakan NBC Miami , Selasa ( 29/4/2014 ) .

Menurut polis St Petersburg , perompak tersebut melemparkan sebuah beg plastik ke pegawai dan meminta semua wang yang ada di dalam laci juruwang .

Setelah dia mendapatkan wang , perompak bertopeng ini pergi dengan kereta Toyota Corolla berwarna putih keluaran 1990 .

Sampai saat ini , kejadian rompakan di Circle K St Petersburg tersebut masih dalam siasatan pihak polis AS .

Sumber: okezone.com

No comments:

Post a Comment