Saintis menemui planet Gliese 1214 b (objek hitam) ketika menjayakan projek MEarth
TOKYO - JEPUN - Sebuah planet berukuran enam kali ganda lebih besar dari saiz bumi didakwa kaya dengan sumber air dan mempunyai bentuk plasma air yang pelik.
Saintis Jepun menemui planet digelar Gliese 1214 b itu menggunakan kamera khas dilengkapi penapis biru.
"Walaupun ia kaya dengan sumber air, planet itu tidak sesuai didiami hidupan kerana suhu permukaannya mencecah 280 darjah Celsius.
"Suhu dan tekanan tinggi planet Gliese 1214 b menyebabkan molekul air agak berbeza daripada yang terdapat di bumi dan ia juga tidak mempunyai lautan," jelas Ketua projek MEarth, Dr Norio Narita.
Memetik laporan DailyMail, difahamkan, planet asing itu terletak kira-kira 40 tahun cahaya dari sistem solar.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment