6 benda aneh dan mengerikan yang ditemui di bawah katil

Berikut adalah enam benda aneh yang pernah ditemukan di bawah katil, seperti dilapor oddee.com
 
 1. Buaya

Pada 2013 lalu, Guy Whittall menginap di Humani Ranch di Zimbabwe. Bekas pemain kriket itu tidur selama 8 jam tanpa menyedari bahawa ada seekor buaya di bawah katilnya. Dia juga sempat meletak kakinya ke sisi katil dan benar-benar tidak menyedari dia begitu hampir untuk menjadi makanan buaya.

Ketika sedang sarapan di dapur, pembantunya tiba-tiba menjerit kerana ternampak buaya seberat 149.6 kg berada di bawah tempat tidur Guy. Guy memanggil beberapa rakan untuk membantu mengusir buaya itu dari kamarnya dan melepaskan kembali pemangsa itu ke empangan di sekitar penginapan.

 2. Penis Napoleon

Pada 1821, selepas Napoleon Bonaparte meninggal, Dr. Francesco Antommarchi melakukan bedah siasat terhadap mayatnya. Dr. Francesco mengambil hati dan perutnya, dan meletakkannya di dalam balang. Doktor juga mengambil zakar Napoleon dan memberikannya kepada seorang pastor di Corsica.

Pada tahun 1916, zakar itu dilelong dan dibeli oleh seorang pengumpul dari Inggeris. Kemudian pada 1924, seorang pengumpul Amerika membelinya dengan harga 400 pound sterling. Zakar itu kemudian dipamerkan di Muzium of French Art di New York.

Pada tahun 1977, seorang urologi yang tinggal di New Jersey membeli "barang antik" itu dengan harga US $ 3,000 dan menyimpannya di bawah katil sehingga dia meninggal 30 tahun kemudian.

 3. Mayat busuk

Stesen berita KMBC-TV melaporkan bahawa seorang cleaning service di Capri Motel di Kansas City, Missouri, menemui mayat di bawah katil hotel pada bulan Julai 2003.

Penemuan itu terjadi setelah seorang tetamu tidak tahan dengan bau busuk di bawah katilnya. Kakitangan hotel kemudian mengangkat katil di bilik itu dan mendapati ada mayat. Polis mengesyaki bahawa panel kayu di sisi tempat tidur menghalang seseorang untuk menemui mayat itu sebelumnya.

 4. Wang tunai 6.3 juta

Pada Oktober 2013, Ma Huangdi sedang membersihkan salah satu bilik di apartment di Dongguan, Guangdong Province, China dan menemui sesuatu yang sangat mengejutkan di bawah katil. Di bawah salah satu tempat tidur di apartmen, Huangdi menemui wang tunai bernilai 6.3 juta yang tertinggal dalam empat kotak.

Seseorang telah menyewa apartment Ma selama beberapa tahun, dan kemudian menghilang tanpa membayar wang sewa. Ma tidak mahu mengambil wang itu lalu memutuskan untuk melaporkannya kepada polis. Pihak berwajib kemudian menyiasat identiti bekas penyewa pangsapuri Ma.

 5. Penagih dadah

Pada suatu malam di bulan Julai 2014 ketika Brian O'Neill dan isterinya Bridgett kembali ke kondominium mereka di Seattle dan mengalami satu kejadian aneh . Mereka mendapati pakaian mereka bertaburan dan barang-barang mereka disusun di atas tempat tidur mereka.

Mereka juga menemui sebuah dompet mengandungi kad pengenalan seorang wanita berusia 27 tahun di atas tempat tidur mereka. Pasangan itu kemudian menelefon polis. Selepas melakukan pemeriksaan, pihak berwajib tidak menemui apa-apa, bahkan tidak ada cap jari orang asing yang ditemui di bilik mereka.

Selepas polis beredar, pasangan suami-isteri itu kembali memanggil mereka. Kali ini, mereka mengaku mendengar suara-suara aneh yang datang dari bawah tempat tidur mereka.

Apabila polis kembali menyiasat mereka tidak menemui "hantu", tetapi seorang penagih dadah di bawah tempat tidur Brian O'Neill dan isterinya Bridgett. Wanita itu bersembunyi selama berjam-jam di bawah katil mereka dengan membawa pisau dapur. Mereka juga menemui jarum di tempat tidur.

6. Lubang yang dalam

Seorang wanita asal Guatemala City, Inocenta Hernandez, terbangun kerana bunyi letupan kuat pada suatu pagi di bulan Julai 2011. Hernandez awalnya berfikir bunyi itu disebabkan oleh letupan tangki petrol atau kemalangan kereta di luar rumahnya.

Selepas keluar untuk melihat asal bunyi itu, jirannya berkata bahawa bunyi kuat itu datang dari dalam rumahnya. Ketika mengintip ke bawah katilnya, dia mendapati ada lubang sedalam 12 meter di sana. Lubang itu terbentuk kerana hakisan tanah.




Sumber: Merdeka.com

Anak mati sakit kanser dibekukan untuk dihidupkan semula suatu hari nanti

Matheryn Noavaratpong

SEORANG kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia akibat kanser akan menjadi manusia termuda yang akan dibekukan dengan harapan dia akan hidup suatu hari nanti selepas penawar untuk menyembuh penyakitnya itu ditemui.

Matheryn Noavaratpong meninggal dunia awal tahun ini selepas alat bantuan penafasannya terpaksa ditanggalkan.

Penyakit kanak-kanak tersebut mula dikesan selepas kedua-dua ibu-bapanya membawanya ke hospital Bangkok dan doktor mendapati terdapat tumor sepanjang 11cm dalam otaknya.

Matheryn terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan sejak beberapa bulan dan menyebabakan 80 peratus dari otak kirinya terpaksa dibuang namun malangnya kanser tersebut telah merebak ke keseluruhan otaknya.

Memetik laporan Mirror.uk, proses pembekuan dilakukan di Thailand dan jasadnya kemudian dihantar ke Amerika Syarikat (AS).

Otak Matheryn kini diasingkan di dalam bekas keluli tahan karat, yang merupakan bekas vakum berpenebat yang diisi dengan cecair nitrogen.

Kanak-kanak tersebut akan di bekukan sehinggalah penawar penyakitnya itu ditemui. - Sinar Harian

Budak 5 tahun lempar batu kepada rejim Israel

Melarikan diri selepas melontarkan baru - Foto AFP

RAMALLAH - PALESTIN. Dia nampak terlalu muda untuk berdepan dengan konflik yang melanda negaranya namun  ia tidak menghalang seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 5 tahun melemparkan batu kepada rejim Israel.

Beberapa keping gambar tersebar menunjukkan keberanian seorang kanak-kanak lelaki Palestin melontar batu ke arah pihak berkuasa Israel semasa pertempuran yang berlaku di Tebing Barat Jumaat lalu.

Kanak-kanak yang berpakaian tentera dengan mengikat bendera Palestin dikepalanya melontarkan batu kepada pihak berkuasa Israel sebelum melarikan diri.

Ia berlaku semasa demonstrasi sempena Hari banduan Palestin yang diadakan setiap tahun sebagai tanda solidariti terhadap 6000 warga palestin yang dipenjara oleh Israel.

Pengajur perhimpunan, Abdullah Abu Rahman berkata, rakyat Palestin tidak akan meninggalkan tahanan Palestin keseorangan dalam penjara.

"Kami akan mempertahankan hak kami dan akan cuba sedaya upaya untuk membebaskan mereka kerana majoriti yang ditahan secara haram oleh rejimIsrael.

Tentera menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah semasa perhimpunan tersebut yang menyaksikan 100 rakyat Palestin menyertai himpunan bantahan tersebut. - Sinar Harian

Kebakaran: Burung kakak tua minta tolong

Burung kakak tua diberikan bantuan penafasan. - Foto KBOI2.com

IDAHO - AMERIKA SYARIKAT. Dua ekor burung kakak tua yang terperangkap dalam satu kebakaran berjaya diselematkan selepas suara mereka meminta tolong didengar oleh anggota bomba yang ditugaskan memadamkan kebakaran. tersebut.

Selepas tiba ditempat kejadian, angggota bomba telah terdengar suara "tolong" dan "kebakaran" di dalam rumah terbabit dan percaya masih adalah orang yang terperangkap dalam rumah berkenaan.

Namun selepas diperiksa, suara meminta tolong tersebut sebenarnya datang dari dua ekor burung kakak tua yang masih  terperangkap.

Memetik laporan Mirror.uk, kedua-dua ekor burung tersebut diselamatkan dan diberi bantuan penafasan.

Pemilik rumah tiada pada waktu kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Sinar Harian

Peragawati dilarang sertai pameran kereta

Gambar 2013 menunjukkan model wanita di samping kereta yang dipamerkan. Sumber Getty Images

SHANGHAI - CHINA. Sebuah pameran kereta di China bertindak melarang model-model wanita dari menyertai pameran tersebut, minggu ini.

Menurut CNN, penganjur pameran sembilan hari berkenaan menampilkan produk-produk terbaru dari pengilang kereta dan bukannya 'car babes'.

"Acara ini sangat penting untuk kami," kata pengarah komunikasi Rolls Royce, Andrew Boyle.

Rolls Royce sendiri akan menampilkan model terbaharu mereka, Phantom Limelight. - Sinar Harian

Kerusi Lipat Titanic Dilelong Lebih Setengah Juta Ringgit


SEBUAH kerusi lipat diperbuat daripada kayu yang ditemui dari bangkai kapal Titanic dijual pada £100,350 (RM543,836.73) dalam satu majlis lelongan.

Portal Daily Mail melaporkan bahawa kerusi berkenaan untuk kemudahan penumpang kelas pertama bersantai di kapal itu, telah ditemui oleh pasukan mencari di Lautan Atlantik selepas Titanic karam pada 1912.

Bergelar sebagai 'salah satu jenis koleksi Titanic yang paling jarang ditemui', ia pada mulanya adalah kerusi yang rapuh untuk diduduki tetapi telah dipelihara dengan baik.

Sebelum ini, kerusi tersebut dimiliki oleh seorang pengumpul warga British selama 15 tahun.

Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati dengan berukuran 57 inci panjang, 23 inci lebar dan 35 inci tinggi.

Ia mempunyai lambang bintang dengan lima bucu yang merupakan logo White Star Line, syarikat yang memiliki kapal Titanic.

Andrew Aldridge, seorang pelelong bagi syarikat Henry Aldridge and Son menyifatkan kerusi itu merupakan salah satu bahan penting bagi memperingati Titanic.

Beliau berkata: "Adalah sukar untuk mencari sesuatu bersaiz itu di dalam Titanic, yang telah diselamatkan dan masih wujud sehingga ke hari ini."

Titanic karam pada pukul 10.20 malam apda 14 April 1912, mengakibatkan kehilangan 1,522 nyawa. - DAILY MAIL


mstar.com.my

Flamingo hitam ditemui di Cyprus

Foto: REUTERS / Marinos Meletiou

Seekor flamingo aneh berwarna hitam berjaya dirakam oleh seorang jurugambar di sebuah tasik di Akrotiri, Cyprus baru-baru ini.


Pakar meyakini flamingo berbulu hitam itu mengalami keadaan genetik yang jarang berlaku iaitu melanism yang membuatkan burung itu berwarna hitam legam seperti dilapor Mirror.co.uk.