Jual organ untuk bayar sewa rumah

 identiti wanita ini tidak didedahkan

Harga rumah di kota-kota besar sering kali sangat mahal. Situasi itu juga terjadi di kota-kota di Sepanyol. Seorang perempuan penganggur negara itu lebih rela menjual semua organ nonvitalnya demi membayar sewa tempat tinggal. Demikian laporan harian Sepanyol, El Mundo, Isnin (12/11/2012).

"Saya tak punya apa-apa. Satu-satunya yang saya punyai adalah organ-organ saya," kata perempuan 44 tahun itu kepada akhbar tersebut dalam sebuah wawancara video. Perempuan itu menjelaskan, dia akan segera diusir oleh bekas pasangannya dan tidak melihat ada cara lain untuk mendapatkan uang untuk membiayai dirinya dan anaknya.

Menurut El Mundo, perempuan itu sebelumnya telah mem-posting penawarannya di internet. Dia menegaskan kembali dalam video itu, "Saya pertama kali menawarkan sebuah ginjal untuk dijual, dan sekarang saya juga menawarkan kornea saya, salah satu paru-paru saya, sebagian liver saya... Saya akan menjual sejumlah organ tubuh saya bagi siapa saja yang mampu membayar."

El Mundo tidak mendedah identiti lengkap perempuan tersebut. Menurut harian Sepanyol itu, sebagaimana dilapor oleh Huffington Post, belum ada yang tertarik dengan proposal perempuan itu.

Kisah itu terungkap pada hari ketika bank-bank Sepanyol mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengusiran terhadap para pemilik rumah yang gagal membayar sewanya. Bank-bank negara itu telah merasakan tekanan orang ramai akibat dari tindakan bunuh diri dari dua orang yang tengah menghadapi pengusiran dalam beberapa minggu terakhir ini.

Jumaat lalu, seorang perempuan 53 tahun mati setelah terjun dari ketinggian di kota Bilbao di Sepanyol utara ketika ia sedang menghadapi pengusiran dari rumahnya, lapor Associated Press (AP).

Pada 25 Oktober, Jose Miguel Domingo ditemui mati di halaman apartemennya di kota Granada di selatan negara itu. Dia terjun dari ketinggian setelah petugas pengadilan muncul untuk mengusirnya dari rumahnya.

Sepanyol sedang berjuang melawan kemelesetan ekonomi kedua dalam tiga tahun terakhir. Demikian penjelasan agensi berita AP. pemerintah meramalkan perekonomian negara itu tidak akan bertumbuh hingga 2014. Angka-angka yang dikeluarkan Institut Statistik Nasional Sepanyol pada akhir Oktober menunjukkan, 5,78 juta orang, atau 25 % warga Sepanyol ketika ini menganggur.


giler ah!!!


Sumber: Dailymail.com

Menonton filem seram dapat menguruskan badan


Para penyelidik menemui bahawa menonton film horror selama 90 minit dapat membakar kalori. kajian dibuat keatas mereka yang menonton film horror ''The Glow'', rata-rata akan membakar sebanyak 184 kalori.

Para penyelidik dari University of Westminster telah mengkaji tenaga yang digunakan seseorang ketika menonton filem. Selama kajian itu mereka mengukur denyutan jantung, jumlah penggunaan oksigen dan pembebasan karbondioksida para sukarelawan. Kemudian para penyelidik ini meminta para volunteer untuk menonton film seram.

Hasilnya, para volunteer kajian ini menghabiskan sepertiga tenaga lebih banyak dibandingkan dengan ketika mereka tidak melakukan aktiviti sama sekali. Semakin seram filem yang ditonton semakin banyak pula kalori yang dapat dibakar tubuh.

Menurut Dr Richard Mackenzie, seorang ahli metabolisme dan psikologi di University of Westminster, filem horror dapat meningkatkan denyutan jantung. Dengan peningkatan denyutan jantung itu, akibatnya terjadi pula penambahan denyut nadi, lalu darah akan mengalir lebih cepat, dan adrenalin pun akan mulai bekerja. Pada gilirannya, adrenalin itu akan mengurangi nafsu makan dan mempercepat metabolisme. Pada akhirnya hal itu memungkinkan seseorang untuk membakar kalori lebih cepat.


berikut adalah 10 filem yang perlu ditonton bagi mereka yang ingin menguruskan badan....dengan syarat JANGAN TUTUP MATA atau bersembunyi bawah bantal ketika adegan mengerikan berlangsung

1. The Shining: 184 kalori

2. Jaws: 161 kalori

3. The Exorcist: 158 kalori

4. Alien: 152 kalori

5. Saw: 133 kalori

6. A Nightmare on Elm Street: 118 kalori

7. Paranormal Activity: 111 kalori

8. The Blair Witch Project: 105 kalori

9. The Texas Chain Saw Massacre: 107 kalori

10. [Rec]: 101 kalori


amacam? ada berani? heeeeeeeeeeeeeheheheeee (bunyi pontianak mengilai)



sumber: guardian.co.uk

Berenang bersama Anaconda

 Seorang penyelam dari Switzerland Franco Banfi pergi ke daerah Mato Grosso Brazil bagi mengambil gambar anaconda yang sangat besar di habitat semulajadi mereka.

Dengan hanya berbekalkan sebuah camera, Franco dengan beraninya menyelam kedalam air yang keruh dan berjaya mengambil gambar anaconda yang panjangnya  26 kaki...fuhhhh!!!

Franco bernasib baik kerana anaconda tersebut masih kekenyangan setelah membaham tikus kapibara jika tidak beliaulah yang menjadi makanan anaconda itu.

giler punya kerja nih...meh layan gambar








aku tak berani weh nak buat benda2 camnih huhuhu


sumber: Dailymail

Bumi akan bergelap 3 hari


Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini (10 November 2012) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil.

"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu. 

Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.

"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”," katanya.   - Bernama


sumber:Sinar Harian

Buaya berkeliaran dalam kapal terbang


Seorang petugas kargo syarikat penerbangan Australia, Qantas terkejut beruk apabila menemui seekor buaya yang berkeliaran di ruang kargo kapal terbang ketika menurunkan bagasi penumpang di Melbourne.

Qantas mengesahkan buaya itu telah berjaya memecahkan bekas kurungan semasa penerbangan dari Brisbane dan telah ditemui oleh pekerja apabila dia membuka ruang kargo itu.

Mujur haiwan berbahaya itu dengan cepat ditangkap dan dikurung kembali sangkar.

Dalam satu kenyataan, Qantas berkata syarikat kargo yang bertanggungjawab, Australian Air Express, sedang menyiasat bagaimana buaya itu berjaya membebaskan diri dari sangkar dalam kargo pesawat itu.

'Penyiasatan ini memberi tumpuan sama ada ia telah memenuhi prosedur yang berkaitan ketika buaya itu dimasukkan ke dalam kapal terbang,'

 budak bertuah tu sedang merayau-rayau dalam pesawat

bekas tempat buaya itu dikurung yang telah dipecahkan....nampak macam plastik je kan


nasib baik buaya tu berkeliaran tempat simpan barang je kan...kalu ia naik ke tempat penumpang haaaaa
mana mau lari  hahaha


sumber: Dailymail

p/s: selamat pengantin kepada baru Husna

Komputer riba punca tak subur

LONDON: Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.

Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya.

Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn.

Laura berkata: Saya tidak pernah dengar perkara ini berlaku sebelum ini.

Apabila diberitahu mengenainya oleh doktor, ia satu kejutan besar.

“Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen.

“Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook.

“Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya.”

Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.

Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

“Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah ‘adakah anda menggunakan komputer riba? “Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya,” kata Scott. - DM


sumber: Mymetro

Realitinya #02

Realitinya.........

 Sebanyak 50 000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mepunyai huruf E


 Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio


 Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86 000 kali berat badannya dalam masa 56 hari


Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya