Orang Kelantan ramai kena sihir

Sebahagian perawat Darussyifa’ Kelantan hadir semasa sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri diadakan di Pasir Tumboh, semalam.

KOTA BHARU - Darussyifa’ Kelantan mengakui ramai kalangan masyarakat di negeri ini mengalami sihir dan saka berdasarkan rekod perubatan dan perawatan yang dijalankan sejak penubuhannya pada 2009 lalu.

Pengerusinya, Zaki Ya berkata, selain itu, ramai pesakitnya juga didapati menghadapi penyakit-penyakit lain termasuk barah, migrain, gaut, darah tinggi, kencing manis dan jantung.

“Sekarang kesedaran mendapatkan rawatan alternatif iaitu perubatan secara Islam sudah ada dalam kalangan masyarakyat kita.

“Berbanding dahulu, ramai yang mengalami kesakitan ini, namun mereka menahannya kerana tidak tahu cara untuk merawatnya dan hanya bergantung kepada perubatan tradisional (bomoh) semata-mata, namun dengan adanya Darussyifa’, pelbagai penyakit Insya-ALLAH dapat disembuhkan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kali Ketiga di Pasir Tumboh, semalam.

Beliau berkata, perkara tersebut dikenal pasti apabila boleh dikatakan setiap hari ada pesakit baru yang menghubunginya untuk mengetahui lokasi klinik-kilnik Darussyifa’ di negeri ini.

Kata Zaki lagi, atas permintaan tersebut, pihaknya kini merancang untuk menambah masa rawatan yang mana sebelum ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, 5 petang hingga 7 petang dan akan ditambah kepada masa 2 petang hingga 4 petang, selain pada sebelah waktu malam.

“Perancangan ini akan dilaksanakan selepas 160 perawat baru mendapatkan sijil (konvokesyen) pada Disember ini dan sekarang ini, kita mempunyai 75 perawat aktif daripada jumlah 282 perawat di seluruh Kelantan,“katanya.

Sinar Harian

Gambar aksi menarik Liverpool lawan Manchester United


LIVERPOOL - Liverpool seolah-olah sudah melupakan Luis Suarez.

Buktinya, The Reds berjaya melakar kemenangan ketiga berturut-turut musim ini selepas menjinakkan juara bertahan, Manchester United dengan kemenangan tipis 1-0 dalam aksi Liga Perdana England di Anfield, malam tadi.


Daniel Sturridge muncul wira tuan rumah apabila mencetak gol tunggal perlawanan selepas tenang menyempurnakan hantaran Daniel Agger seawal minit ketiga.

Ia merupakan gol ketiga peribadi Sturridge musim ini apabila turut mencetak gol tunggal perlawanan semasa membantu The Reds mengecewakan Stoke City dan Aston Villa dalam dua aksi terdahulu, juga dengan kemenangan tipis 1-0.


Tidak mustahil, Sturridge kini lebih disayangi peminat fanatik The Reds berbanding Suarez.

Masa depan Suarez di Anfield kini masih samar menjelang tarikh akhir jendela perpindahan pemain yang akan ditutup hari ini.


Dia yang menjalani hukuman penggantungan 10 perlawanan selepas didapati bersalah menggigit pemain pertahanan Chelsea, Barislav Ivanovic musim lalu dikatakan mahu menyertai Real Madrid ataupun Arsenal kerana mahu beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara.

Malam tadi, tuan rumah berpeluang menggandakan kelebihan namun percubaan kapten, Steven Gerrard tepat ke dakapan penjaga gol United, David De Gea pada minit ke-26.


 United berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan Robin van Persie selepas hanya berdepan dengan penjaga gol lawan tersasar pada minit ke-86.

Liverpool juga mampu menang selesa jika tidak kerana percubaan Raheem Sterling berjaya ditepis keluar De Gea pada masa kecederaan.

Dengan keputusan itu, skuad kendalian Brendan Rodgers kini mengungguli carta liga dengan sembilan mata maksimum, dua mata di depan pencabar terdekat, Chelsea.






Kosmo!/Daily Mail

Hebat! Seorang lelaki tarik 3 kereta dengan gigi

SUYITNO menarik tiga buah kereta jenis Toyota Avanza dalam satu pertandingan di daerah Jombang, Jawa Timur, baru-baru ini. - AGENSI

Apa yang lebih mengejutkan, Suyitno mampu menarik kereta-kereta tersebut sejauh 100 meter dengan hanya menggunakan gigi.

Dalam pertandingan yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-68 baru-baru ini, terdapat ramai peserta lain yang cuba menariknya, tetapi hanya Suyitno yang mampu melakukannya.

Suyitno menegaskan dia tidak menggunakan sebarang mentera atau jampi untuk menarik ketiga-tiga kereta jenis Toyota Avanza itu.

Katanya, kemampuannya menarik kereta-kereta itu adalah disebabkan dia merupakan seorang ahli seni budaya tarian tradisional reog.

"Saya selalu membawa reog dengan cara menggigit sama ada ketika latihan atau mengadakan persembahan.

"Mungkin disebabkan itu, saya mampu menarik kereta-kereta tersebut," katanya kepada beritajatim.com. - AGENSI

Utusan Malaysia


Perompak tenat jatuh dalam tong sampah dari ketinggian 61 meter

Foto: news.yahoo.com

New York: Demi mengelak ditangkap seorang suspek rompakan bank nekad melompat melalui saluran sampah apartmen dari ketinggian kira-kira 61 meter sebelum terjatuh ke dalam tong sampah, kata polis semalam.

Robin Gutheridge, 26, menggelongsor dari tingkat 21 apartmen Plaza Clinton yang terletak hanya beberapa blok dari cawangan sebuah bank yang dirompaknya sebelum itu.


Pegawai polis Tom Connellan berkata, Gutheridge bernasib baik kerana tidak terbunuh akibat tindakannya itu.

Katanya, Gutheridge masih sedarkan diri dan boleh bercakap ketika ditahan polis sejurus kemudian. “Dia terselamat kerana dapat memperlahankan kelajuan jatuhan itu dengan berpaut pada pemegang pelongsor dan sampah yang ada dalam tong pula menahan hentakan tubuhnya ketika dia tercampak,” katanya.


Anggota bomba dihubungi bagi mengalihkan tong sampah berkenaan dan mengeluarkan Gutheridge.


Gutheridge kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Universiti New York akibat kecederaan dalaman dan patah tulang. - AP 

MyMetro

Kajian: Migrain boleh rosakkan otak

Secara tradisi migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak.

Kajian Universiti Copenhagen mendapati 10 hingga 15 peratus penduduk dunia terjejas

Copenhagen: Migrain atau sakit kepala yang teruk boleh menyebabkan kerosakan otak secara kekal, lapor penyelidikan terbaru. Pakar mendapati migrain, yang menjejaskan 10 hingga 15 peratus penduduk dunia, meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka yang tiada penyakit itu.

Penulis kajian, Dr Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen, berkata:
“Secara tradisinya, migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak.

“Kajian kami dan analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal mengubah struktur otak dengan pelbagai cara.”

Dr Ashina melakukan 19 kajian untuk melihat sama ada mereka yang mengalami migrain mempunyai risiko peningkatan luka otak, kecacatan senyap atau perubahan isi padu otak dalam imbasan otak MRI berbanding mereka tanpa keadaan itu.

Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.

Kecacatan otak meningkat

Risiko untuk kecacatan otak meningkat kepada 44 peratus bagi mereka yang menghidap migrain dengan tanda amaran berbanding tanpa aura.

Perubahan isi padu otak juga lebih biasa di kalangan mereka dengan migrain dan migrain dengan aura berbanding mereka tanpa migrain.

Dr Ashina berharap kajian itu dapat memberi sedikit pemahaman mengenai kesan berkekalan penyakit migrain ke atas otak.

Katanya: “Migrain menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus penduduk awam dan boleh menyebabkan beban ketara peribadi, pekerjaan dan sosial.

“Kami harap menerusi lebih banyak kajian, kami dapat menjelaskan kaitan perubahan struktur otak dengan kekerapan serangan dan jangka masa penyakit.
“Kami juga mahu mencari bagaimana luka itu mungkin mempengaruhi fungsi otak.”

Sementara itu, satu lagi kajian turut diterbitkan dalam jurnal Neurology, menyokong penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan migrain kerap menyerang mereka yang berpendapatan rendah.

Sebagai contoh, bagi wanita berusia 25 hingga 34 tahun, 20 peratus daripada mereka dengan pendapatan tinggi isi rumah mendapat migrain, berbanding 29 peratus yang berpendapatan sederhana dan 37 peratus berpendapatan rendah. - AGENSI

INFO: Migrain
  • 19 kajian untuk melihat sama ada mereka yang mengalami migrain mempunyai risiko peningkatan luka otak, kecacatan senyap atau perubahan isi padu otak dalam imbasan otak MRI berbanding mereka tanpa keadaan itu.

  • Keputusan menunjukkan migrain dengan simptom meningkatkan risiko luka otak jirim putih dengan 68 peratus dan migrain tanpa tanda awal meningkatkan risiko kepada 34 peratus, berbanding mereka tanpa migrain.

BH

Stacy belum sedia tukar agama

Berita tergempar juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy peluk Islam dengan nama Nur Aisyah Rabiah yang tersebar luas di Internet mengejutkan peminat, baru-baru ini. Pelbagai reaksi diberi, ada yang gembira dan siap ucap tahniah dan tidak kurang juga keliru.

Bagaimanapun, Stacy yang dimaksudkan bukan penyanyi lagu Kasanova tetapi gadis lain yang nama sebenarnya Stelly. Terang-terang gambar yang tersebar di Internet itu bukan Stacy. Jauh benar rupanya, langsung tak sama. 
 
Ternyata Stacy tidak cepat melatah dengan isu itu, sebaliknya mengakui hanya tersenyum apabila ada peminat cuba mendapatkan kepastian mengenai perkara itu di laman sosial Twitter miliknya. 
 
Anak jati Sabah ini lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana kebenaran yang dia bukan gadis itu akan diketahui juga. Dia lega apa bila orang ramai tahu cerita sebenar dan tidak lagi memperbesar-besarkan perkara itu. Kata Stacy, sebaik tahu cerita itu, ibunya bertanya kenapa tukar agama tanpa maklumkan keluarga terlebih dulu. Namun, selepas menjelaskan gadis dalam gambar itu bukan dirinya, ibunya faham dan tidak lagi memanjangkan perkara itu. 
 
Stacy akui dia memang mengagumi agama Islam tetapi buat masa ini belum terfikir untuk bertukar agama. Soal yang satu ini tidak boleh buat main-main, kalau betul mahu masuk Islam, biar serius dan ikhlas dari hati. “Yang boleh saya katakan, buat masa ini hati saya belum terbuka. Saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang. Harap dengan penjelasan ini, orang ramai khususnya peminat tidak keliru lagi. “Kalau nampak gambar saya berbaju kurung, jangan cepat buat kesimpulan saya bertukar agama seperti berlaku baru-baru ini.


“Apabila keluar gambar gadis itu peluk Islam, ada pula insan muat naik gambar saya berbaju kurung ketika menghadiri kenduri perkahwinan abang untuk menguatkan lagi bukti saya menjadi Muslim. “Hidup dalam masyarakat majmuk, bukan perkara pelik jika kita pakai baju kurung,” katanya.

MyMetro

Menginap sebilik kerana bimbang kekasih dirampas lelaki lain...alasan!!

Operasi mencegah maksiat JAWI di sebuah kelab dangdut di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Halim Salleh

Kuala Lumpur: Dua atlet Terengganu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi cegah maksiat di ibu kota awal pagi semalam.

Pemain bola tampar lelaki berusia 20 tahun ditahan bersama pasangannya, pemain hoki wanita dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi. Ketua Penguat Kuasa JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata atlet lelaki terbabit memberi alasan mereka menginap sebilik kerana bimbang kekasihnya dirampas lelaki lain.


“Pasangan ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Jenayah Syariah 1997,” katanya kepada pemberita selepas operasi di Cheras, awal pagi semalam.

Dalam operasi sehingga jam 4 pagi itu, JAWI menahan 30 individu Islam termasuk 12 wanita dipercayai minum arak sambil berhibur di kelab dangdut.

Operasi berkenaan menjadi kecoh seketika berikutan tindakan pengawal kelab yang bertindak kasar merampas perakam video kumpulan media dan memadam aksi dalam operasi berkenaan. Bagaimanapun, situasi berjaya dikawal dengan bantuan polis dan pihak pengurusan kelab terbabit.

GRO berbaju kebaya, kurung

Dalam serbuan terbabit, sebahagian wanita yang ditahan dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) berbaju kebaya dan kurung sambil minum arak.

Wan Jaafar berkata, pihaknya percaya kelab berkenaan diuruskan oleh individu Islam namun pihaknya tidak dapat mengesahkan lesen perniagaan berikutan ketiadaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi berkenaan.

“Pihak JAWI sudah memantau kelab berkenaan sejak beberapa bulan lalu dan mendapati ia menjadi tumpuan Melayu Islam untuk berhibur dan minum arak,” katanya.

BH