Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa

Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga.

Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.

Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya.

Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh.







katanya inilah seni!!!


sumber: Dailymail

Penipuan tawaran kerja di rumah


Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Kerja mengisi katalog dalam sampul surat memang mudah dan menarik.

Begitu juga memasang barang permainan, mengirim koleksi setem dan foto bukannya peluang untuk kita mendapatkan wang, sebaliknya peluang mereka untuk membuat wang dengan menipu kita.Kebanyakan iklan sebegini tersiar di akhbar, internet termasuk diedarkan melalui risalah yang dihantar ke peti surat rumah.

Sebahagian daripadanya terbukti benar menawarkan pekerjaan seperti yang diiklankan, namun sebahagian lagi dikesan menipu orang ramai sehingga membabitkan kerugian mencecah ratusan ringgit.

Kegiatan ini bukan perkara baru, namun ia terus berleluasa kerana sukar untuk menjejak penjenayah yang bijak berselindung di sebalik taktik licik. Ikuti kupasan modus operandi minggu ini.

Si Penipu

- Licik dan gemar ambil kesempatan terhadap orang lain

-Tahu akan proses membuka serta menguruskan akaun di bank

-Mempunyai rakan untuk kendalikan panggilan, SMS, penghantaran borang dan lain-lain

Sasaran mangsa

-Individu yang ada masa lapang

-Mahu cari rezeki sampingan

-Suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga

-Tertarik dengan tawaran lumayan

-Mudah percaya sesuatu perkara, tidak mengesyaki orang lain

-Kurang ikuti perkembangan dunia luar

Modus Operandi

-Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk tarik perhatian mangsa

-Alamat digunakan palsu - tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos- agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan

-Orang yang tertarik boleh terus hubungi melalui telefon bimbit atau SMS

-Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk kirim borang pendaftaran

-Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos

-Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem

-Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri

Tip elak jadi mangsa

-Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS

-Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia

-Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

-Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan

-Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, buat laporan polis


sumber: Sinar Harian

Gadis dalam mini

Rekod penumpang paling ramai bersesak dalam Mini dipecahkan baru-baru ini oleh sekumpulan 28 gadis gimnasium yang diketuai Dani Maynard, yang mengambil masa dalam tempoh 18 minit di padang Potters di tengah London.

Kumpulan dari Eastbourne, Sussex Timur itu menyumbat empat orang ke dalam but kereta itu dan memecahkan rekod sebelumnya dengan lebihan seorang gadis apabila mereka bersesak dalam kereta Mini Hatch selama lima saat.

Beberapa wajah saling terhimpit ke cermin depan kereta dan tubuh pula terjulur keluar dari tingkap kenderaan popular itu apabila gadis berkenaan memecahkan rekod sebelum ini dengan 27 gadis di Eastbourne pada November tahun lalu.


“Situasi itu memang hebat, tetapi kelihatan seperti perkara paling buruk pernah berlaku tiada udara, anda hanya perlu bertahan,” kata Jayne Brockwell, yang menyusun kedudukan itu menyebabkan dia mendapat gelaran ‘Gearstick Girl’.


Kumpulan gadis di tebing selatan Sungai Thames itu menyebabkan orang ramai yang lalu lalang di situ ketawa besar ketika mereka mengambil bahagian dalam satu daripada pelbagai acara di seluruh dunia untuk meraikan Hari Rekod Dunia Guiness.








sumber: Dailymail

Lelaki enggan jual 'batu burung Ababil


 Riyadh: Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.

Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.


di dalam surah itu, Allah SWT memerintah burung ababil untuk melontar batu sejil bagi memusnahkan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah dalam usahanya meruntuhkan Kaabah di Mekah.

Allah SWT berfirman," Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? Dan dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong (Thairan Ababil), yang melempari mereka dengan batu dari neraka sijjil. Lalu, Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang di makan (ulat)". QS Al-Fil : Ayat 1-5.

Gamdi berkata dia menemui batu berwarna hitam kelabu itu diselatan lembah Jarb, sebelum ini dikenali sebagai Wadi Hijau, lokasi Abrahah dan tenteranya serta gajah berhenti untuk seketika sebelum menuju ke Makkah.

beliau berkata, pakar menganggarkan bau itu berusia hampir 1442 tahun, sambil menambah beliau menemuinya  sehari selepas bermimpi berjumpa bapa dan datuknya.

"setahun selepas saya menemui batu ini, saya bertanya seorang rakan dari Mesir yang mempunyai saudara bekerja dalam bidang arkeologi. Mereka menghubungi saya dan meminta saya menghantar gambar batu berkenaan.

"Selepas siri mesej dan panggila telefon, mereka memberitahu mahu membeli batu itu pada harga AS$4juta tetapi saya enggan menjualnya. Tidak lama kemudian jabatan pelancongan di Baha meminta saya menyerahkan batu itu tetapi saya enggan." kata Gamdi


 sumber: BH, www.emirates247.com

Zizan tak mengaku curi kucing

Muhammad Hafeez, Zizan dan Zuhairi, didakwa atas tuduhan memecah masuk dan mencuri pelbagai barangan daripada kedai haiwan peliharaan termasuk dua ekor kucing di Gunung Rapat Perak.

Dua beradik bersama seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan bersubahat melakukan pecah rumah dan curi di sebuah kedai haiwan di Gunung Rapat, pada Selasa lalu.

Tertuduh, Muhammad Hafeez Mohd Azman, 18, bersama pasangan adik beradik Zizan Zakaria, 22, Zuhairi Zakaria, 29, yang berasal dari Desa Tambun dan Kampung Batu Pulau Tiga, Kampung Gajah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab.

Mengikut pertuduhan, mereka bertiga melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai yang digunakan sebagai tempat perniagaan dan menyimpan harta milik Chung Weng Kee @ Stephen Chung, 45. di sini pada 14 November tahun ini.

Antara barangan yang dicuri termasuklah sebuah komputer riba jenama Dell, dua tabung kebajikan, dua beg makanan kucing jenama Smartheart seberat 1.5 kilogram setiap satu, seekor kucing Bengal, seekor kucing Siam dan wang tunai RM300 dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2,902.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut lebih kurang jam 3 pagi di Kedai Ben Exotic Pet Shop (kedai haiwan) beralamat di 488, Jalan Besar, Rapat Rapat, di sini, 14 November lalu.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Muhammad Hafeez masih belajar perlu menanggung isteri serta anaknya yang baru berusia setahun manakala pasangan adik beradik Zizan serta Zuhairi yang masing-masing bekerja sebagai pencuci kereta dan pemandu lori perlu menanggung kedua ibu bapa yang sudah uzur di kampung.

Timbalan Pendakwa Raya, S Kavitha memohon supaya mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, selepas pertimbangan dibuat, Nur Melati Diana menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta menetapkan 18 Disember ini sebagai sebut semula kes.


sumber: Sinar Harian

Tonton rancangan memasak boleh gemuk


Sekumpulan saintis merumuskan bahawa seseorang akan menjadi lebih gemuk sekiranya mereka menonton rancangan memasak berbanding menonton rancangan lain seperti program alam semula jadi.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa penonton lebih gemar mengambil makanan ringan jika menonton rancangan memasak seperti Masterchef atau Great British Bake-Off berbanding sekiranya mereka menonton sebuah rancangan alam semula jadi, lapor akhbar Daily Mail.

Dalam kajian berkenaan, psikologi Amerika Syarikat merekrut 80 orang dewasa untuk mengenal pasti apa kesan menonton televisyen terhadap selera makan seseorang.

Separuh daripada peserta diminta menonton rancangan memasak manakala yang lain menonton sebuah program mengenai alam semula jadi.


pulak dah!!!aku suka juga layan masterchef......go Che Lah kekeke!!

Tragedi Tahun Baru 1434H

Operasi ketenteraan Israel laknatullah di Genting Gaza







Serangan udara Israel bunuh ketua tentera Hamas

Ketua sayap tentera kumpulan Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza, semalam.

Beliau dan seorang pegawai kanan Hamas turut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.

 Ratusan ribu berhimpun di Gaza bagi menghadiri majlis pengkebumian Ahmed Said Khalil al-Jabari


Saat-saat  Ahmed Said Khalil al-Jabari dibunuh oleh tentera Israel Laknatullah melalui serangan udara





Ya Allah, berilah pertolongan kpd umat Islam di Gaza, Palestine.. Kau hancurkan pakatan musuh, zionis yahudi dan sekutu2 mereka. Amin ya rabbala'lamin..


sumber: Dailymail