Showing posts with label salam. Show all posts
Showing posts with label salam. Show all posts

Ucapan salam kukuh ukhuwah

UCAPAN ‘Assalamualaikum’ boleh jadi asing bagi segelintir masyarakat berikutan mereka sudah terbiasa mengucapkan ‘hai’ atau ‘bye-bye’ apabila bertemu dan berpisah sehingga ucapan salam yang mulia dipinggirkan.

Perlu difahami betapa ucapan salam yang disyariatkan mempunyai impak yang sangat besar dalam memelihara hubungan ukhuwah sesama manusia.

Malah, ucapan berkenaan dinilai sebagai ibadat dalam konteks mengamalkan sunnah warisan agung tinggalan Rasulullah.

Dalam sebuah hadis, Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”. (Hadis riwayat Muslim)





credit: MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU),
Universiti Teknologi Mara (UiTM),Kampus Bandaraya Johor Bahru
Johor

entri penutup

esok hari terakhir 2010. esok cuti umum. blog aku jugak akan turut bercuti esok.
so, ini entri penutup utk tahun 2010 nih.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

kepada

korang semua...jumpa lg tahun depan

lagi sekali tahniah kpd pasukan kebangsaan yg menjadi juara piala suzuki

.................................................................


We Are The Champions


LIVERPOOL FC tetap juara dlm hati aku hehehe lalalalaaa

semoga 2011 akan menjadi tahun kebangkitan The Reds
jgn biarkan Setan Merah bermaharajalela. pastikan meriam Arsengal tak meletup
dan Chelsick terus berpenyakit


booooooooooo MU kahkahkah (sori Husz hehehe peace!!!)


nak kuar jap ada kejer kt luar..petang karang aku bw

lagi sekali

HEPI NEW YEAR 2011


azam tahun baru nk diet sket hehe

salam syawal

Syawal dtg lgi. inilah masanya nk melaram dgn baju baru, perabot baru, rumah baru, keter baru

sebulan berlapar waktu siang hri. maka hri raya nih dh leh makan dh siang2 xde sape nk larang masa meziarah ke rumah sedara-mara, kengkawan tu ingat2lah sket bila makan. jgn dok sakan sgt nk telan smua yg ada atas meja. sakit perut kang haaa..masa tu tension satu badan.

dlm masa kita bergembira ingatlah jugak mereka yg telah tiada. mereka yg penah kita sayangi suatu ketika dulu. tak kiralah ibubapa, sedara-mara, kengkawan.

seeloknya masa nilah...dh hri lain xpenah dtg utk menziarahi kubur org yg kita sayangi tu. sedekahkan al-fatihah dan mendoakn mereka agar sentiasa dirahmati Allah SWT.

haaaa lgi satu...zakat jgn buat2 lupa pulakkk..dan yg nak drive balik kampung tu hati2 dlm perjalanan. biar lambat smpai rumah jgn cepat smpai sepital atau ke batu dua manakala yg naik public transport tu..check tiket letak kt mana, hilang kang.

ok la ek...salam aidilfitri & maaf zahir batin dri aku jika selama dok memblog nih ada tersalah, terkasar bahasa dan apa2 ter lgi lah...
selamat beraya, selamat makan rendang, ketupat, lemang, kuih tart nenas (fav aku nih), minum sirap.

kpd nama2 yg disenarai hitamkan ni...

~Arin, Husz, Dyna, Aki, ceroi, Nabilah, citahrudin, Misz Echa, relevan, Kak Saliza, Tedi dan yg lain2 lagi lah serta rakan2 di myfriends2u.com~

lagu raya nih aku tujukn pd korang.

Rahimah Rahim - selamat berhari raya....so, enjoy




nah..duit raya utk korang. amik jelah jgn malu2 hohoh


bye2