Nak makan nasi tumpang laaaa

Tetiba je tekak rasa nak makan nasi tumpang huhuhu. eh, korang pernah makan tak nasi tumpang? ke namanya pun tak pernah dengar hehe

biar aku terangkan secara ringkasnya, nasi tumpang ni salah satu makanan tradisi negeri Kelantan walaupun tidak sefemes nasi kerabu, nasi dagang tapi sedap wooo.. cayalah cakap aku

Ia merupakan nasi yang dimasak lembek kemudian dibungkus menggunakan daun pisang. Semasa proses membungkus itu, si pembuat menyelitkan pelbagai jenis lauk-pauk seperti sambal ikan, udang, ikan dan telur dadar dalam bentuk berlapis-lapis.

Lantaran berikutan banyak jenis lauk yang ‘menumpang’ dalam nasi itu, maka akhirnya ia dikenali sebagai nasi tumpang dan dikenali sehingga ke hari ini.

Keadaan nasi itu yang lembek dan dicampur pelbagai jenis lauk, menjadikannya menu cukup istimewa dan amat sesuai untuk kanak-kanak serta orang tua yang tidak boleh memamah makanan keras.

nasi tumpang ni bungkusannya berbentuk kon..kalau bentuk selain dari itu maknanya bukan nasi tumpanglah tu

di Kelantan pun rasanya susah juga nak dapatkan nasi nih. kalau korang yang tinggal di Lembah Klang dan teringin nak merasa nasi tumpang nih cuba gi ushar2 kat Mid Valley.

ada dua restoran yang jual iaitu The Warung dan Belanga. sekarang ni tak tahulah ada lagi ke tak pasal aku pon dah lama tak pergi Mid Valley


aaahhh aku tak kira..aku nak pergi cari juga nasi tumpang nih..dah mengidam nih huhuhu

haaa inilah nasi tumpang..dibungkus bentuk kon

nasi dan lauk berselang-seli

gambar dicilok dari lebai google. terima kasih kpd pemiliknya


6 comments:

  1. ms g k'tan aritu ada beli tp x larat nk abeskn sbb byk sesgt..

    ReplyDelete
  2. wow anum belum pernah cuba

    ReplyDelete
  3. camner saya x tau de nasi nama cam nie..blik kg nanti nak suh abah carikan nasi nie la...

    ReplyDelete
  4. tk pernh lak rasa...tp teringin gak nak rasa... ;)

    ReplyDelete
  5. 1st time den tgk nasik nih...

    ReplyDelete