WiFi percuma di Petaling Jaya

tiang WiFi

Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di Selangor.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.

Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.

Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ.

Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain.

http://www.hmetro.com.my/articles/PerintisbandarWiFi/Article


bestlah mereka-mereka yang tinggal di Petaling Jaya. Seri Kembangan bila? ehehee

8 comments:

  1. bestnya
    x payah bayar bil internet dah

    ReplyDelete
  2. ala rumah sendir kat ado wifi. =P

    ReplyDelete
  3. Itu dia... seronoklah yg terlibat.

    p/s: masa baca monopoles kakak terfikir baik guna multipoles sebab bunya macam menopos je.:)

    ReplyDelete
  4. harap kekallah sampai
    habis musim pilihanraya nanti..hik3

    ReplyDelete
  5. wah..kat taman datuk harun lak tu...nape la time study dulu xde..huhu..

    bagus la...tak lama lagi satu Selangor...lepastu masuk Melaka... :)

    ReplyDelete
  6. kt tempat sy kat N9 dh buat...namanya kampong wifi huhuhhh

    ReplyDelete