Showing posts with label alam angker. Show all posts
Showing posts with label alam angker. Show all posts

Aokigahara - tempat bunuh diri popular di Jepun

Aokigahara adalah sebuah hutan di kaki Gunung Fuji di Jepun yang juga disebut Lautan Pokok. Ini adalah tempat paling popular untuk bunuh diri di Jepun. Lebih dari 500 orang telah mengakhiri hidup mereka sendiri di Aokigahara sejak 1950-an

Hutan Aokigahara dikatakan menjadi satu lokasi yang popular untuk membunuh diri setelah seorang penulis Jepun , Seicho Matsumoto menghasilkan sebuah karya novel yang bertajuk "Kuroi Kaiju" di mana dua watak di dalamnya diceritakan membunuh diri di hutan tersebut

Pada tahun 2002 , sebanyak 78 mayat telah ditemui dan jumlah tersebut meningkat kepada 100 pada tahun 2003.

Manakala dalam tahun 2004 , sebanyak 247 lagi mayat ditemui dan di dalam tahun 2010 jumlahnya menurun kepada 54 mayat

Dalam tahun 2011 , kerajaan Jepun telah memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan statistik mereka yang membunuh diri di hutan tersebut.












Pakcik Seekers tak nak cari hantu kat sini ke? banyak jembalang berkeliaran kat sini nih.

heeeeeeeeeeeeeheheheeeeeeeee!!! bunyi pontianak mengilai

Hantuuuuuuu

Hantu di UPM. betul ke ada hantu kat UPM. ntahlah. susah aku nak jawab. nak kata tak ada, menda alah tu pernah ada org nampak. tapi sepanjang aku kat sana dulu tak pernah pulak terserempak atau ditegur oleh makhluk2 tu.

bagi student2 kat sini mesti pernah dengar macam2 cerita tentang makhluk2 halus tu kan. atau pon mungkin pernah alami sendiri gangguannya.

dah bermacam cerita yg aku dengar pasal hantu2 nih. ada pak guard yg terserempak dgn sekumpulan makhluk sedang mengusung keranda semasa membuat rondaan.

ada makhluk yg tak dpt dilihat tumpang semangkuk berada dlm kelas ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.

macam2 lagilah kisah seramnya. ada 'seseorang' ketuk2 pintu bilik tengah2 malam...

knock3 heheheeeee


kat depan fakulti arkitek dekat jirat cina tu pulak ada org nampak hantu pompuan berjubah putih terbang sana-sini tengah2 malam...heeeeeehheeeheeeeeeee...isk betul ke

banyak lgi kisah misteri kt jirat cina nih. dikatakan pernah terjadi kes bunuh kat situ tpi dinafikan oleh pihak uni. tak taulah aku betul ke tak.

semua kisah seram nih aku dengar2 jela dri mulut org. aku tak pernah kena sakat pon huhuh

tapi kat jirat cina tu aku pernah lepak2 ngan kawan kira2 pukul 12mlm. bukan kt tengah2 kawasan kubur tu tpi kat tepi jalan. tak de pulak nampak makhluk2 tu...mungkin dia segan kot nak tunjuk muka ahhaha

mungkin pakcik seekers boleh dtg sini. mana tau kalau2 menda alah tu nk tunjuk muka dia


youll never walk alone heheheeeeee

Nak tengok hantu? part iv

kalau sape2 yg sudah terlebih berani tu dan ingin tengok makhluk tu boleh cuba cara berikut:

1. ajak 2 orang member, kemudian pergi tempat yang orang kata berhantu. kemudian cuba bercerita tentang hantu.
biasanya makhluk2 halus suka mendengar cerita mengenai mereka
biasanya mereka ada di belakang orang yang bercerita

2. Ambil hati monyet yang masih segar secukupnya terus bakar hati tersebut menjadi arang, tumbuk sampai menjadi halus.

Setelah itu sapukan arang tadi tersebut ke kedua kelopak mata anda.
Biasanya setelah itu anda akan secara live melihat hal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

3. Duduk seorrang diri di tempat yang di anggap berhantu tanpa memakai seurat benang.

4. Gunakan payung. Buka payung anda dan berteduh dibawahnya. lakukan seorang diri dan dimalam hari

5. Ambil seketul belacan dan bakar di tempat yang biasanya di anggap keras.
ini kerana jin marah dgn bau belacan

sama ada ia menjadi ke tak..aku xtau sbb aku belum cuba lg. so, korang jelah yg cuba buat k.........Selamat Mencuba

tapi kalau korang pon x berani nk cuba apa kata korang tgk video hantu kambing nih

meh layannnnnnnnnn

bekkk bekkkkkkkkkkkkkk hahahaha


Halau setan....syuhhhhh

yeahhhh..halau setannn tuuu..syuhhhhh...hmm ok, dah...bukan nk citer pasal bola..tpi satu filem pasal pengusiran syaitan

pernah tengok tak filem Exorcism of Emily Rose? mesti dh tgk kan..muvie yg dh lama kuar. mlm tdi sempat gak aku layan skejap citer tu.

bukan sbb takot yer tpi ngantok punya pasal huhuhu. bagi aku la kan..filem2 Exorcism sgt sesuai dilayan bgi penggemar filem2 seram.

The Exorcism of Emily Rose adalah berdasarkn kisah benar yg terjadi keatas seorang remaja. sempat jugak aku suruh lebai Google cari maklumat yg berkaitan. mungkin korang dh tau pon.
xpelah aku citer sikit...



remaja pmpuan tu bernama Anneliese Michel, lahir 21 september 1952 dan meninggal pd 1 julai 1976 di Jerman.

Anneliese Michel

Anneliese dikatakan mengalami masalah kesihatan yg dibagitau oleh doktor sebagai gangguan mental sejak umurnya 16 sehinggalah akhir hayatnya,pada usia 23 tahun.

kata doktor lgi ia adalah kesan langsung atau tidak lansung berpunca dari proses exorcismi tu.2 org paderi yg bertanggungjawab menjalankan proses itu dan ibubapa Anneliese telah didakwa di mahkamah atas sebab kecuaian dan menyebabkan kematian secara tidak sengaja.

Gereja Katolik yg membenarkan proses exorcism itu telah mengubah pendirian mereka dan menyatakan bahawa Anneliese mempunya masalah mental.

tapi, ramai org percaya yg dia telah dirasuk dan sehingga kini kuburnya menjadi tempat lawatan dan pemujaan.


Fakta menarik mengenai Anneliese

-Dikatakan dirasuk oleh enam roh jahat yg dikenali sebagai roh2 yg telah merasukJudas Iscariot,Nero,Cain,Adolf hitler dan Valentin fleischmann(seorangpaderi Perancis pada kurun ke 16) dan juga roh yg dikenali sebagaiLucifer(dikatakan sebagai syaitan).

-Anneliese mati pada 1 Julai1976.Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah dr roh2 jahat tersebut pada tarikh ini.

-Peguambela memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yg pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan.Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.

-2 orang paderi serta ibu bapa Anneliese di jatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan 3 tahun tempoh percubaan,satu hukuman ygringan.

-Sblm perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telahm eminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dr daerah selatan Bavaria yg menyatakan dia telah mendapat visi yg menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan.Setelah 2 tahun ditanam,pada 25 feb 1978,mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi2 tersebut tidak dibenarkan melihat mayat tersebut.Mayat tersebut dipindahkan kedalam sebuah keranda yg lebih baik.Keadaan mayat tersebut idak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab2 yg tidak dijelaskan.

macam2 hal


akhir kata....jgn skong 'setan merah' kena rasuk kang haaaaa hahahaha

Gambar hantu paling femes















Gambar yg diambil pd tahun 1919 di Lincolnshire nih pertama kali diterbitkan pd tahun 1975 oleh Sir victor Goddard, sorang pagawai bersara R.A.F.

FYI, ini adalah gambar squad Goddard yg penah berkhidmat dlm Perang Dunia 1 yg mana ianya mengumpulkan seluruh anggota kumpulan penyelenggara bagi HMS Daedalus.

tapi

kalau korang perasan, ada gambar aneh (kata dorang lah) terselit pd bahagian atas (gmbr yg dibulatkan). menurut dorang, tu adalah Freddy Jackson, sorang mekanik udara yg secara tak sengaja telah mati akibat terkena kipas kapal terbang dua hari sebelum tu.

pengebumiannya dikatakan berlangsung pd hari gambar tu diambil. kengkawan dlm squad tu memang kenal sangat ngan muka freddy nih.

kata dorang, roh Freddy mungkin tak sedar yg dia dah mati...pulakkkkkkkkkk.

sebab tulah dia tak nak ketinggalan interframe dlm gambar kumpulan tu.

hihiihhiii...warggghhh


korang caya ke citer nih?

nampak tak logik je kan...boleh pulak org mati tak sedar yg dia dh mati...macam2


sumber: http://paranormal.about.com/library/blclassic_freddy_jackson.htm


haNtu pocong

puchong pocong...penah tengok? secara live depan mata, bukan dlm tv.

ermm ok2...tak kisahlah korang penah tengok ke tak. tak rugi apa pon. meh kita berkenal-kenalan, beramah mesra ngan pocong nih kejap.

pocong di katakan jelmaan mayat orang mati yg bangkit dari kubur. kalau ikut citer orang dulu2, kononnya bila seseorang itu meninggal dunia, ikatan kain kafan pada bahagian atas kepala mesti dilonggarkan sebelum dikebumikan, jika org yg mengkebumikan tu lupa nak longgarkan, tu yg dia datang cari suruh bukak ikatan tu.

hantu nih boleh melompat sejauh 50 meter sekali lompatan. menda alah nih sebenarnya tak mempedulikan sesiapa pon kat sekelilingnya. so, kalau korang jumpa tak payahlah nak cuba2 kacau atau blok jalan dia, nahas nanti.

kisah sebenar pocong ni sebetulnya adalah dari spesies jin yg menyerupai mayat. bukan roh org mati yg bangkit spt didakwa. sebabnya, roh org yg telah mati akan diangkat ke langit bukannya dibiarkan merayap.

oleh kerana jin nih kerja dia menakut-nakutkan org, jadi tak heranlah ramai org yg boleh nampak.

alahhhhhhhhh...kalau korang terserempak pon buat tak tau je laaaa.........ada berani. tak pon ambik langkah seribu..lariiiiiiiiiii

Warrgggghhhhhhhhhhh!!! huhuhhahahaha

jgn takut sesama makhluk...takutkan Allah


------c ya!!!------

Nak tengok hantu? part III

masa kat blog lama dulu aku ada buat entri pasal cara2 nak tgk hantu..

ada 2 cara aku bagitau.

1st...klik kat sini...cara nih aku tak pasti ia menjadi atau tak sebab aku tak berani nak cuba. kalau korang dh cukup berani bolehlah klu nak cuba buat.

2nd...klik sini...cara yg nih memang menjadi sebab aku dah buat...betul, tak tipu nih, memang nampak. lebih2 klu org pompuan yg buat.

dan

yg ni cara2 yg ketiga...aku kopi & pes (lupa plak nama blog dia tu)

Oleh: Fantaghiro


Bagai sesiapa yang rasa dia berani & teringin sangat nak tengok hantu, aku ada petua nya. Rasanya cara ini berkesan kot.. ( aku tak pernah try lagi, tak nak cari nahas )
hehe.


1 step :
Korang cari tempurung kelapa.Ambil setengah,lepas tu tebuk & buat lubang dkt tengah-tengah.

2 step :
Cari arang kayu, conteng kat muka

3 step :
Cari rumah orang meninggal. Set masa, tunggu bawah rumah dia masa diaorang mandikan jenazah.

4 step :
Korang tengok melalui lubang tempurung tu, cun-cun kat tempat air jenazah tu jatuh.
Kalau nasib baik, korang akan nampak 'something', tapi make sure benda tu x sedar yang korang tengah perhati dia..
Kalau tak, nahas! Ia akan kejar.

Cara nak melarikan diri pulak,, terjun dalam sungai, cepat2 basuh arang kat muka. Kalau tak ada sungai area tu, korang stanby air dlm besen.. Selagi arang kat muka korang tu melekat, selagi tu la korang akan Nampak benda tu kejar korang.
Seriously….


P/S : MENGIKUT CERITA DATUK AKU KORANG AKAN NAMPAK 'SESUATU' TENGAH JILAT AIR JENAZAH TU ATAS TANAH. (MUNGKIN DIA PERNAH BUAT MASA ZAMAN MUDA2 DULU)

hantu untuk dijual

Woodbury menunjukkan salah satu botol kecil mengandungi hantu yang ditangkap

Penduduk New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.

Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatan TradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup esok.

Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya pada tahun 1920-an serta sering mengganggu kehidupan keluarga wanita itu.

"Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini," katanya. - Agensi

...........................................................................................


bola itu bulat

mlm tdi kedah bawa balik telur ayam ke alor setar apabila dibelasah oleh selangor 4-0 dlm liga super.

huahuahuaha

so, arin...jgn sedih2 ok..dok diam2..ilek2 layan lgu ke ape2 je lah...minggu depan cuba lgi & sure kalah lgi k.....

dan

hehehe

kelantan menang 1-0 ngan t-team ok la tu huhuhuh....

Aku nampak pontianak

malam tdi aku tido awal pukul 10 lebih..rasa sakit sikit pinggang..
kira2 jam 12.00 lebih aku terjaga..aku buka pintu bilik.biasa r nak ke tandas..
gelap jer rumah..semua dah tido kot..dannn tu dia terkejut besar aku bila ternampak
pontianak kat ruang tamu...kuss semangat..sib baik xde sakit jantung..kalau tak dah jalan..

ingat nak lari jer..tapi bila tengok..
cantik jugak pontianak nih..tergoda aku huhuh..
ok kt bawah nih gambar pontianak tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan terkejut pulak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haaa ni la gambar ponti. tu.....ntah apa2 la adik aku
dok layan citer phsm tengah2 malam..
dalam gelap pulak tu

Entri larut malam

Makhluk halus 'singgah' di rumah pengantin lelaki

agaknye camnilah rupa hantu...huhu sorri rr Gene

RESAH gelisah bayinya yang baru berusia tiga bulan amat ketara pada pengamatan Aina, sekali gus membuatkan dia juga tidak senang duduk. Entah apa yang mengganggu ketenangan si kecil itu, Aina sendiri tidak tahu.

Puas dibuai tetapi Nurin masih belum mahu lena nyenyak. Rasa bersalah membelenggu Aina kerana tidak dapat membantu anggota keluarga lain melayan tetamu yang tidak putus-putus datang ke majlis perkahwinan adiknya, sedangkan dia anak sulung.

Mujurlah mereka memahami keadaannya yang mempunyai anak kecil. Melihat kegelisahan Nurin yang kerap kali terjaga daripada tidur, adik beradik lain sebaliknya meminta Aina menemani bayi itu.

Bosan menghayun buaian, Aina membawa Nurin keluar kerana beranggapan dia mungkin panas dan rimas berada dalam rumah, lantaran bising dengan suara orang ramai. Hati kecil Aina amat pasti itu puncanya tanpa menyedari sebenarnya ada sesuatu yang lain mengganggu tidur si kecil.

Keresahan Nurin membawa sehingga ke petang dan sebaik malam menjelma, dia mula merengek kecil tetapi berlanjutan. Anak itu langsung tidak mahu tidur, malah didukung pun dia tetap merengek. Apabila malam semakin larut, tangis Nurin semakin kuat dan pada satu masa kedengaran amat nyaring.

Ayah Aina pula mengambil alih mengendong Nurin dan apabila Aina menyatakan anak itu mungkin keletihan kerana tidak dapat tidur seharian, ayahnya segera menyanggah: “Budak ini menangis bukan kerana panas atau tidak dapat tidur. Ada sebab lain. Memegangnya saja ayah sudah dapat agak.

“Ada sesuatu mengganggunya. Tetamu yang datang pelbagai ragam, tambahan pula kita sembelih lembu. Sisa darah itu memang menjadi kegemaran iblis,” kata ayahnya.

Hampir jam 2 pagi, keadaan Nurin tidak berubah. Kasihan dengan keadaan anak saudara yang masih kecil, adik lelaki Aina yang baru bergelar pengantin baru segera mendukung Nurin lantas dibawa ke rumah abangnya yang terletak di belakang rumah mereka.

Anehnya, sebaik melangkah ke laman rumah abangnya, Nurin terus diam dan kembali menangis kuat apabila dibawa masuk kembali ke rumah mereka.

Adik lelaki Aina, yang dipanggil Pak Ngah oleh anak saudaranya, segera memegang Nurin dan membacakan ayat suci al-Quran di telinganya. Sebaik mendengar alunan ayat suci, Nurin terus menjerit nyaring dan pada masa sama suara tangisan mendayu sayup-sayup ditangkap oleh pendengaran Aina.

Adik perempuan Aina turut memberitahu dia mendengar tangisan itu. Sejurus selepas itu, Nurin tiba-tiba diam dan keletihan jelas terbayang pada wajah kecilnya. Aina menarik nafas lega melihat anaknya sudah berhenti menangis dan terus tidur.

Andaian gangguan berkenaan berhenti setakat itu nyata tersasar kerana sebaik Nurin berhenti menangis, emak Aina tiba-tiba rebah. Sebaik sedar, wanita berusia lewat 40-an itu sudah menjadi orang lain. Dia menangis mendayu-dayu minta jangan disakiti dan dikasihani. Dia juga minta dihantar balik ke rumah tuannya.

Ditanya mengapa datang, emak Aina yang diresapi makhluk halus menjawab: “Saja datang. Nampak orang ramai sangat di rumah ini petang tadi. Datang untuk melihat mengapa ramai orang.

“Saya hendak balik. Tolonglah hantar saya balik. Janganlah buat macam ini. Saya sakit.”

Mendengar rayuannya, adik lelaki Aina terus berkata: “Pandai datang, pandai balik. Kami tidak pernah menjemput engkau. Pergi balik sebelum teruk engkau kami kerjakan.”

Emak Aina, dengan gaya tempang berjalan menuju ke muka pintu dan rebah di situ. Keadaan kembali reda selepas itu. Melihat cara jalan tempang yang ditunjukkan emak Aina, mereka sekeluarga sudah dapat mengagak siapa sebenarnya yang membela makhluk isi neraka itu kerana itulah iblis sentiasa mengaibkan tuannya dengan menunjukkan secara jelas gaya penampilan mereka.

http://www.bharian.com.my

pi/es: aku xpenah nmpk makhluk halus

Entri larut malam

Makhluk halus tumpang menjala

SAIFUL sudah bersiap sedia sejak awal hari minggu itu dengan jala, joran dan umpan. Dia tidak mahu rancangannya bersama rakan-rakan untuk memancing atau menjala terbantut lagi. Sudah beberapa kali hasrat mereka tidak kesampaian kerana ada saja aral melintang.

Jika tidak kerana dia yang ada hal, rakan-rakan yang lain pula tidak dapat beri komitmen. Kesudahannya, hasrat mereka terpaksa dilupakan buat sementara.

Namun kali ini Saiful dan rakan-rakannya nekad. Sebarang masalah kecil diketepikan dulu demi melaksanakan hajat yang sudah dirancang sekian lama. Tambahan pula desakan meneruskan hobi memancing dan menjala itu bagai tidak dapat dibendung lagi.

Pada hari dijanjikan, Saiful dan empat rakannya bertolak ke tempat dipersetujui berhampiran pantai Penaga yang terletak di Seberang Perai Utara dengan harapan mendapat habuan lumayan.

Masing-masing tidak sabar untuk sampai berbekalkan matlamat yang satu - memperoleh banyak ikan tanpa menyedari mereka bakal berdepan pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

Sesampai ke tempat yang dituju, rakan-rakannya bergegas mencari tempat berlabuh yang sesuai sebelum hari gelap. Sementara Saiful masih berlengah-lengah berhampiran kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ. Dia mundar-mandir di situ sehingga menimbulkan kehairanan rakan-rakannya.

Mereka menyangka Saiful tidak mahu tergesa-gesa kerana berdasarkan apa yang didengari, kawasan itu penuh dengan ikan tidak kira di mana pun joran dilemparkan. Malah, mengikut cerita penduduk, tiga atau empat kali menjala jika kena pada tempatnya sudah memadai untuk pulang dengan ikan yang banyak.

Apa yang mereka tidak ketahui ialah makhluk yang selama ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar sudah menampakkan kewujudannya kepada Saiful. Makhluk itu bertenggek di atas sebatang pokok berhampiran tempat yang dipilih rakan-rakannya untuk memancing.

Saiful nampak dengan jelas makhluk itu memerhatikan rakan-rakannya yang beriya-iya membentangkan tikar, berebut mencari tapak terbaik dan tidak sabar-sabar melemparkan joran masing-masing.

Dia memikirkan cara terbaik memberitahu rakan-rakannya mengenai kehadiran makhluk tidak diundang itu. Memang semua rakannya itu kuat semangat tetapi kehadiran makhluk halus perlu disampaikan dengan cara lembut supaya tiada yang terkejut dan mungkin ada yang bertempiaran lari.

Menyedari Saiful yang belum menyertai mereka, salah seorang rakannya, Ali, segera memanggil.

“Hoi! Tunggu apa lagi. Cepatlah ke sini,” Ali melaung selepas melemparkan jalanya ke dalam sungai, sambil melambai-lambai tangan kepada Saiful. Saiful tidak dapat berbuat apa-apa. Tidak sempat dia memberi amaran, Ali sekali lagi memanggilnya menyertai mereka.

Apa yang pelik ialah makhluk halus yang sejak tadi bertenggek di atas pokok terlebih dulu menyahut panggilan Ali seolah-olah dia yang dipanggil. Dari kedudukannya, Saiful nampak dengan jelas dia terjun dari pokok dan berjalan ke arah rakan-rakannya dalam jelmaan hitam dan besar.

Lebih tidak masuk akal apabila makhluk itu turut menjenguk ke dalam jala yang dilemparkan Ali seolah-olah mahu sama-sama berkongsi kegembiraan dengannya yang mendapat ikan.

Kehadiran makhluk halus di sisi masih tidak disedari rakan-rakan Saiful yang semakin seronok selepas kail mereka diragut setiap kali umpan baru dipasang.

Dalam keghairahan Ali melemparkan jala, baru dia tersedar dengan kehadiran makhluk berkenaan.

Dia benar-benar terkejut dan sedikit melatah tetapi semangat lelakinya masih kental untuk dipersendakan makhluk berkenaan. Ternyata, makhluk halus itu suka menjala ikan.

Tanpa menghiraukan makhluk itu, Ali terus melemparkan jala cuma kali ini dengan sedikit berhati-hati kerana bimbang makhluk itu menolaknya ke dalam air. Mulutnya juga kelihatan berkumat-kamit seolah-olah sedang membaca sesuatu dan sekali sekali kelihatan dia seperti sedang menghembus sesuatu.

Makhluk itu akhirnya hilang sendiri selepas kehadirannya tidak dihiraukan Ali, manakala rakan-rakan yang lain seronok melayan ikan yang meragut umpan.

Sehingga hari ini, Saiful tidak dapat menjelaskan cerita mengenainya kepada rakan-rakan lain, selain Ali yang turut melihatnya. Sejak itu jugalah, Saiful tidak lagi ke tempat itu dan sering menolak jika diajak memancing oleh rakannya, lebih-lebih lagi jika dia ada mendengar cerita ‘ganjil’ mengenai kawasan itu.

sumber: http://www.bharian.com.my/