Seorang lelaki berusia 52 tahun di Munich, Jerman terpaksa dibantu pihak bomba bagi membuang 13 cincin logam yang dipasangnya pada alat kelaminnya.
Memetik laporan The Local pada Rabu (16/3/2016), setelah 4 hari menderita, lelaki itu pergi ke hospital, namun doktor tidak dapat menolongnya. Pihak bomba kemudiannya dipanggil bagi membantu.
Setelah proses yang "rumit dan sangat berhati-hati" selama 1 jam, anggota bomba akhirnya berjaya melepaskan 13 cincin tersebut.
The Local kemudian bertanya kepada sebuah kedai seks di Berlin mengenai jumlah cincin sebanyak itu. Menurut penjelasan Martin Bertram dari kedai khusus dewasa tersebut, "Saya tidak boleh menduga saiz alat kelamin lelaki itu, tapi bukan bererti ukurannya besar kerana saiz cincin pun bermacam-macam."
Dia menambahkan, "Lagipula, orang kerap menggunakan sejumlah cincin bagi memanjangkan alat kelamin." Ia menjadi trend sejak cincin khas itu diciptakan.
Sumber: liputan6.com
No comments:
Post a Comment