Gilmerton Cove di Scotland. Foto: GilmertonCove/Twitter
Gilmerton Cove di Edinburgh, Scotland dijumpai oleh tukang besi bernama George Paterson pada tahun 1724. Pada mulanya George hanya menggali pintu gua yang dianggap sebagai lombong, sehingga ditemui pahatan dan bilik tersembunyi di dalam gua tersebut.
Khabar angin mengatakan Gilmerton Cove sering dikaitkan dengan ilmu sihir dan sarang pencuri. Bahkan kononnya gua itu juga menjadi salah satu markas Knights Templar dan Freemason yang terkenal di abad pertengahan seperti dilapor The Sun.
Namun mantan Ketua Museum dan Gallery Glasgow, Julian Spalding percaya bahawa gua tersebut menyimpan rahsia yang lebih besar. Menurutnya, gua itu sengaja dilindungi dengan cara disembunyikan.
Meja dan kerusi di dalam gua
Uniknya, di dalam gua tersebut juga ditemui meja dan kerusi yang diperbuat daripada batu. Hal tersebut semakin menguatkan kemungkinan akan fungsi gua yang menjadi tempat pertemuan rahsia.
Pada masa lalu muncul teori mengatakan ia sebagai asrama tukang sihir, tempat rahsia pembuatan wiski, kedai minum, dan sebagai markas 'Helfire Club' pada Abad ke-18.
Kata Spalding, "Mungkin keseluruhan kompleks sengaja ditanam, seperti kebiasaan lazim masa dulu bagi menjaga kesucian tempat-tempat suci."

Sumber: http://travel.detik.com
No comments:
Post a Comment