16 tahun lalu, sebuah episod The Simpsons pernah 'meramalkan' bahawa di masa depan Donald Trump menjadi presiden AS.
Tajuk episod itu adalah 'Bart to the Future'. Sang penulis berkata, dia sengaja membuat edisi itu kerana selaras dengan visi AS yang menurutnya semakin gila.
Tajuk episod itu adalah 'Bart to the Future'. Sang penulis berkata, dia sengaja membuat edisi itu kerana selaras dengan visi AS yang menurutnya semakin gila.
"Memang sengaja saya buat kerana merupakan peringatan kepada AS. Sebuah fanatasi masa depan yang mengerikan kalau Donald Trump menjadi presiden," kata Dan Greaney seperti dilapor The Guardian, Jumaat (18/3/2016).
"Ini selaras dengan logik. Saya pilih itu kerana sesuai visi bahawa warga AS bakal lebih gila lagi," katanya lagi.
Episode itu ditayang tepat 16 tahun lalu pada 19 Mac 2000. Bart diperlihatkan masa depannya yang kelam - makan gula-gula dan minum bir dengan perut buncit. Sementara Lisa, si adik menjadi Presiden AS menggantikan Trump.
Dalam episod itu, terlihat adegan Lisa putus asa terhadap kepimpinan Trump.
"Seperti kalian ketahui, sekarang kita menerima warisan laporan dana yang berantakan dari Presiden Trump," kata Lisa yang dideskripsikan sebagai presiden perempuan AS pertama. Dia duduk dari belakang meja kerjanya di Oval Office di bersama para kakitangannya.
"Bagaimana, seburuk apa? Apa negara muflis? Kenapa jadi begini?"
"Rejim sebelum saya melakukan kesalahan dengan berinvestasi ke anak-anak ... Makan pagi seimbang cuma mewujudkan genarasi jenayah super. Dan sukan bola keranjang tengah malam cuma mengajarkan bagaimana tubuh berfungsi tanpa tidur," lanjut Lisa dalam episod itu.
Visi Bart, kata sang penulis, adalah 30 tahun kemudian di masa depan. Itu bererti Trump jadi presiden 2 episod.
"Yang penting dalam episod itu adalah saat Lisa jadi presiden dan pada masa itu Amerika sudah dalam kehinaan setelah ditinggalkan Trump. Di situ Lisa mendapat banyak masalah yang tak boleh dia perbaiki. Seluruhnya telah buruk selepas Trump jadi presiden sebelum Lisa," kata Greaney.
"The Simpsons selalu menggambarkan sisi lain kebudayaan Amerika yang membimbangkan ... dan Trump punya kelayakan soal itu," lanjut Greaney lagi.
Dalam animasi yang berasingan pada Julai tahun lalu, Homer dibayar untuk mengikuti kempen Trump. Pada masa hadir dalam kempen, Trump berdiri di atas podium tertulis, 'Amerika, kamu boleh jadi bekas isteri saya!'
Sumber: liputan6.com
No comments:
Post a Comment