Gambar hiasan
Seorang wanita berusia 20 tahun di Nanjing, China, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana matanya seperti 'mahu meletup' dari kepalanya.
Memetik laporan laman Shanghaiist, Khamis, 10 Mac 2016, peristiwa ini terjadi ketika wanita tersebut menonton 18 episod drama Korea kegemarannya berjudul 'Cheese in The Trap and Descendants of The Sun', tanpa henti.
Selain bangun untuk makan atau buang air kecil, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu menghabiskan masanya menatap skrin televisyen menonton drama Korea. Selepas itu, dia dilaporkan merasa sangat sakit di bahagian mata, sakit kepala serta mata menjadi merah. Namun, wanita itu tidak pergi ke hospital melainkan tidur. Keesokan harinya, rasa sakit itu makin kuat dan ia memutuskan untuk pergi ke hospital.
Pasukan perubatan kemudian mendiagnosis wanita muda ini dengan glaukoma akut. "Jika tidak segera membuat pemeriksaan, ia boleh menjadi buta," kata doktor.
Sebelumnya, pada 2014, seorang perempuan mengalami serangan jantung setelah berjaga sepanjang malam demi menonton drama My Love From The Star.
No comments:
Post a Comment