Trend Warnakan Bulu Ketiak Jadi Kegilaan Remaja Barat


 Sebelum ini kami menyiarkan trend bergambar punggung paling cantik di barat, terkini pula trend baru timbul yang mana mereka mewarnakan bulu ketiak masing-masing dengan pelbagai warna untuk bergambar dan dimuatnaikkan ke laman sosial.

Trend ini mula diperkenalkan oleh seorang pendandan rambut di Amerika Syarikat, Roxie Hunt yang mana merupakan individu terawal yang membuat perkara tersebut. Selain itu dia beranggapan para wanita perlu rasa bangga dengan bulu ketiak dan bukannya menyembunyikannya.

Roxie bagaimanapun bukan mewarnakan bulu ketiaknya sendiri tetapi eksperimen itu dilakukan terhadap rakan sekerjanya, Rain yang mana sukarela menjadi model bagi trend barunya. kemudian gambar-gambar Rain dikongsikan di sebuah blog miliknya sebelum ia menjadi popular.

Berikut adalah gambar-gambar yang dimuatnaikkan oleh para pengikut trend ini







Sumber: SiakapKeli

Video penampakan hantu di liga bola sepak Argentina


Insiden yang cukup menghebohkan tertangkap kamera dalam pertandingan Primera Division Argentina antara Racing menentang River Plate (24/11). Di tengah pertandingan yang dimenangi oleh Racing dengan keputusan 1-0 tersebut, nampak sebuah kejanggalan terjadi di pinggir padang.

Satu bayangan semi transparent nampak bergerak cepat di belakang papan iklan di tepi padang stadium. Bayangan tersebut kelihatan seperti melayang dan berlari dengan kelajuan yang tak wajar.

Insiden ini telah menghebohkandi dunia maya. Sebahagian penyokong Racing di Internet menyebut bahawa insiden tersebut bukan pertama kalinya terjadi di stadium mereka. Salah seorang penyokong Racing, Anthony Ferran, memberitahu bahawa, sosok tersebut merupakan sosok peminat Racing yang meninggal pada tahun 1982.

Walaupun demikian, ramai yang beranggapan bahawa penampakan tersebut hanyalah kesan kamera biasa sahaja yang sengaja diperbesarkan oleh orang ramai.





Sumber: bola.net

Bintang Transformers akui pernah diperkosa wanita tak dikenali


Pengakuan mengejutkan datang dari Shia LaBeouf. Dalam sebuah wawancara dengan seorang wartawan Dazed, Aimee Cliff, Shia mengaku pernah diperkosa oleh seseorang yang tak dikenali.

Menurut pelakon Transformers itu, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang melakukan pertunjukkan seni di galeri Stephen Cohen. Saat itu, tetamu-tetamu dibenarkan untuk melakukan apa sahaja terhadapnya  sementara wajah Shia ditutup dengan beg kertas.

"Seorang wanita datang dengan teman lelakinya, yang menunggunya di luar, ketika hal tersebut terjadi," tutur Shia yang melakukan wawancara menggunakan kamera GoPro. "Dia (wanita tersebut) menggerak-gerakkanky kaki selama 10 minit dan kemudian menanggalkan  bajuku dan mula memperkosaku."

"Dia kemudian berjalan keluar ke teman lelakinya dengan lipstik yang berantakan, kuduga teman lelakinya terluka kerana hal itu," lanjut Shia. "Hal itu sangat buruk. Bukan hanya untukku, tapi juga teman lelakinya. Ada ratusan orang menunggu di luar ketika wanita itu keluar dengan rambut kusut dan lipstik berantakan."

Kejadian itu semakin terasa menyakitkan selepas bertemu dengan teman wanitanya  yang sudah 5 hari tak ditemuinya. "Dia datang dan meminta penjelasan dan aku tidak boleh bicara,  kami berdua duduk dengan trauma yang tak boleh dijelaskan ini," tambah Shia.



Sumber: WowKeren

Bahana Suka Makan Ular Panggang


CHINA: Seorang bapa terkejut besar selepas disahkan doktor terdapat parasit sepanjang tiga inci di dalam kepala anaknya, Liang Liao, 11, akibat suka makan ular panggang

Bapa kanak, Liang Chao, berkata, anaknya sering mengalami sekit kepala yang teruk sehingga mengalami sawan dan terus dibawa ke Hospital  Xinhua di Shanghai.

"Semasa di hospital doktor telah menjalankan x-tray terhadapa Liang Liao dan amat terkejut kerana ternampak seekor parasit didalam kepalanya yang sedang bebas bergerak disekeliling otak anak saya"


Menurut pihak hospital parasit tersebut adalah jenis Sparganosis iaitu parasit yang akan berpindah jika selalu memakan anjing, ular, katak dan babi jika tidak dimasak dengan sempurna.

Liang Chao mangakui yang dia sering membawa anaknya makan di luar dan amat jarang makan makanan di rumah.

“Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular panggang.

“Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’ katanya


Sumber: SiakapKeli

Gambar landak albino milik Tokiko Kojima

Landak albino ini dimiliki Tokiko Kojima dari Tokyo Jepun. Wanita berusia 25 tahun itu pada mulanya mengambil gambar landak tersebut untuk ditunjukkan kepada teman-temannya namun dia tidak menyangka ia menjadi sensasi di internet.
 








Video Kerbau mengamuk Di Tengah Bandar Di China


SICHUAN: Seekor kerbau sesat telah menggemparkan penduduk sebuah bandar di Sichuan, China, apabila kerbau tersebut telah mengamuk dan mengejar orang ramai dan mencederakan 14 orang awam yang lalu lalang di situ.

kerbau tersebut telah lari berkeliaran di sekitar bandar itu menyebakan orang ramai panik dan terus melaporkan kepada pihak polis.

Pihak polis telah bergegas datang dan telah menembak mati kerbau yang tengah berang itu. 10 das tembakan dilepaskan sehingga kerbau itu rebah.

Menurut cerita seorang penduduk yang juga mangsa amukan kerbau tersebut, Laing Cuirong, dia telahh dikerja haiwan terebut ketika sedang menunggang basikal mengakibatkan beliau mengalami kecederaan

“Kerbau itu telah mengejar basikal saya kerana mungkin kerana bisakal saya berwarna merah dan keadaan ini amat menakutkan,’’ katanya kepada wartawan Dailymail.

Sehingga sekrang tidak diketahui siapa pemilik kerbau tersebut dan bagaiamana ia  boleh sampai kesitu.

Berikut aksi kerbau itu yang berjaya dirakan camera tertutup CCTV




Sumber: SiakapKeli

Vampire di Poland diduga mati kerana penyakit taun

 
 Rangka yang diduga vampire di Poland. Foto: Gregoricka

Penyelidik dari Universiti South Alabama, berkata legenda tentang vampire yang berkeliaran di kawasan luar bandar Eropah Timur, mungkin adalah mereka yang mati kerana menjadi mangsa penyakit taun.

Mereka yang didakwa sebagai vampire, dikuburkan dalam ritual yang aneh pada abad ke-17 dan 18, dimaksudkan sebagai ritual untuk mengusir roh jahat dan mencegah mereka bangkit kembali dari kubur.

Dilansir Daily Mail, Rabu, 26 November, penyelidik menyebut hasil ujian memperlihatkan mereka bukan makhluk penghisap darah, tetapi korban pertama taun yang disyaki kerana kematian mereka yang tiba-tiba.

Ahli arkeologi menemui pelbagai kerangka di sebuah perkuburan Poland, dengan batu dan sabit diletak pada bahagian leher dalam proses pengebumian aneh, yang disebut sebagai pengebumian apotropaic.

Sebelumnya, diduga enam kerangka itu adalah mereka yang dituduh sebagai vampire kerana dipandang dengan kecurigaan sebagai orang asing yang baru datang ke wilayah itu sebelum meninggal.

Para penyelidik kemudian menganalisis enamel dari gigi keenam kerangka yang diduga vampire itu, bersama dengan 60 kerangka lain yang ada di tanah perkuburan. Hasil pemeriksaan menunjukkan mereka bukan pendatang tetapi adalah orang tempatan, yang kematiannya disyaki oleh orang-orang lain di kawasan itu sebagai keanehan. Penyelidik mendakwa pengebumian kerangka-kerangka itu dilakukan pada masa wabak taun di Eropah Timur.

Sehingga kerangka yang diduga vampire itu, mungkin adalah para mangsa pertama taun. "Masyarakat dari abad pertengahan, tidak mengerti bagaimana taun merebak," kata Dr Lesley Gregoricka dari Universiti South Alabama, yang memimpin penelitian.

Menurutnya masyarakat tidak berusaha mencari penjelasan yang berdasar pada keilmuan, tapi mengaitkannya dengan perkara ghaib. "Dalam hal ini, vampire," ujar Gregoricka. Lagenda vampire merujuk pada mereka yang bangkit dari kematian.

Para vampire juga digambarkan boleh menjangkiti mangsanya dengan gigitan. Pada beberapa cerita tentang vampire, seperti di filem dan komik Blade, vampire disebarkan oleh virus yang disebarkan vampire pada mangsanya.

Para penyelidik itu mempelajari kerangka-kerangka, yang ditemui semasa ekskavasi di sebuah perkuburan di bandar Drawsko Pomorskie, Poland. Total ada 285 rangka yang ditemui antara 2008-2012.

Enam diantaranya, termasuk satu lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, satu perempuan remaja dan satu anak-anak, dikuburkan dengan cara yang aneh. Lima diantaranya ditanam dengan sebuah sabit di bahagian leher.

Sementara pada dua kerangka, terdapat batu besar yang diletakkan dibawah dagu, seakan untuk mencegah mereka menggigit orang lain. Benda lain yang dijumpai adalah syiling dengan gambar salib.

Tidak seperti pada tempat lain di Eropah Timur, rangka vampire di Poland dikuburkan di perkuburan umum. Sementara biasanya, mereka yang dituduh vampire di kuburkan di luar bandar.


Untuk mengetahui mereka yang disyaki adalah vampire, penyelidik menyemak geraham menggunakan isotop strontium. Hasilnya kemudian dibandingkan dengan isotop strontium yang ditemui pada gigi haiwan di kawasan yang sama.

Melalui perbandingan itu, mereka dapat mengetahui apakah kerangka vampire itu merupakan pendatang atau warga tempatan. Kajian itu mencetuskan pendapat, bahawa legenda vampire di tempat lain, juga disebabkan kematian akibat penyakit.



Sumber: viva.co.id

Wanita cantik gagalkan usaha lelaki berhenti merokok

 
Taipei: Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan lelaki yang cuba berhenti merokok semakin banyak menghisap rokok sebaik melihat gambar wanita cantik.

Menurut penyelidik dari Taiwan itu, wajah wanita cantik merangsang pemikiran lelaki untuk menganggap keadaan semasa lebih penting berbanding masa akan datang atau dengan perkataan lain, pengaruh nikotin lebih diperlukan daripada kesihatan - menyebabkan impian mereka untuk berhenti merokok, musnah.

Kajian itu dilakukan dengan membabitkan 76 responden lelaki yang dalam proses berhenti merokok.

Responden dibahagi kepada dua kumpulan. Separuh daripadanya diberikan gambar wanita cantik berpakaian seksi. Manakala yang lain diberikan gambar wanita berwajah sederhana.

Semua responden kemudian diberikan ujian penilaian daya tumpuan dan didapati, pemikiran mereka yang melihat wanita cantik mudah terganggu.

Ujian terakhir dilakukan dengan membawa responden ke sebuah bilik merokok. Mereka dibenarkan menghisap rokok sambil mengisi borang kaji selidik.

Hasil kajian mendapati, responden yang ditunjukkan gambar wanita cantik mudah tergoda malah menghisap rokok dua kali ganda lebih banyak.

Penyelidik dari Univerisiti Perubatan Kaohsiung itu merumuskan, gambar wanita cantik dapat mengurangi daya kawalan minda untuk menahan daripada merokok dan tidak semuanya yang cantik itu baik. - Agensi

Lelaki Perancis cipta pil bikin kentut beraroma cokelat

 Christian Poincheval. Foto: huffingtonpost

Seorang lelaki Perancis mendakwa telah berjaya menghasilkan pil yang bukan hanya berguna untuk menjaga kesihatan organ pencernaan manusia, tetapi juga boleh membuat kentut seseorang beraroma cokelat atau bunga mawar.

Christian Poincheval (65) berkata, idea mencipta pil ajaib itu muncul setelah mengalami insiden gangguan kentut dalam satu acara makan malam bersama kawan-kawannya.

"Kami sedang makan malam dengan kawan-kawan dan setelah kami makan banyak makanan, kentut kami begitu tak sedap hingga kami hampir tercekik," kata Christian melalui laman web rasmi.

"Bau kentut itu begitu menjijikkan dan mengganggu kawan-kawan lain. Sesuatu perlu dilakukan," tambah Christian.

Awalnya, Christian menjual pil untuk menjadikan kentut seseorang wangi bunga mawar atau bunga violet. Namun, kini Christian melancarkan edisi Krismas dengan versi aroma coklat.

Satu balang pil mengandungi 60 biji dijual Christian dengan harga $12.50 dengan keuntungan tambahan, iaitu mengurangkan masuk angin dan kembung. "Pil ini adalah hadiah tepat untuk hari Krismas," kata Christian kepada harian Ouest France.

Christian sudah menjual pil anti-kentut yang dibuat dari bahan-bahan semula jadi ini sejak 2006 melalui laman webnya dan mendakwa selama ini penjualan pil ciptaannya itu cukup bagus.

"Beberapa orang membeli pil-pil ini kerana mereka mempunyai masalah dengan kentut dan beberapa orang lain membeli untuk bahan gurauan untuk kawan-kawannya. Penjualan pada masa Krismas selalu meningkat," tambah Christian.



Sumber: kompas.com

Wanita 'ditelan' bumi ketika sedang jemur pakaian

Polis dan bomba memeriksa tempat kejadian di mana seorang wanita terperangkap di dalam lubang jerlus sedalam 3 meter.

Wanita Australia 'ditelan' tanah jerlus

SYDNEY - AUSTRALIA . Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terjatuh dan terperangkap di dalam lubang jerlus ketika menjemur pakaian di rumahnya di Melbourne, semalam.

Wanita berusia 45 tahun itu, terperangkap selama 20 minit di dalam lubang sedalam 3 meter sebelum jeritannya disedari jiran.

Jurucakap paramedik, Stephanie Palamberis berkata, mangsa bernasib baik kerana lubang tersebut tidak digenangi air sepenuhnya.

Menurutnya lagi, lubang jerlus itu terbentuk apabila salah satu saluran paip bawah tanah sekitar kawasan tersebut pecah, dipetik dari laporan DPA.


Sumber: Sinar Harian

NASA temui gunung dengan ketinggian 3 kali Gunung Everest

 Peta asteroid Vesta. ©2014 NASA

Gunung tertinggi di bumi adalah Gunung Everest dengan ketinggian 8,840 meter atau 8 kilometer lebih. Lalu, apakah anda percaya ada sebuah gunung dengan puncak yang mempunyai tinggi tiga kali dari Gunung Everest?

NASA baru saja menemui sebuah gunung yang berpotensi menjadi yang tertinggi di sistem suria menggunakan satelit bernama Dawn. Tetapi, gunung tersebut tidak terletak di bumi melainkan di sebuah asteroid gergasi yang kini berada di lingkaran asteroid sekitar planet Jupiter.

Asteroid bernama Vesta itu menjadi objek kajian utama NASA dan satelit Dawn sejak tahun 2011 hingga 2012. Ketika mula memetakan permukaan Vesta berdasarkan data dari satelit Dawn, NASA menemui sebuah gunung dengan puncak setinggi 22 kilometer yang terletak di kutub selatan asteroid Vesta.


Peta buatan David A. Williams dan pasukannya itu akan dipaparkan secara terperinci di Jurnal Icarus yang terbit pada bulan Disember 2014 nanti. Untuk menyelesaikan peta asteroid Vesta, saintis NASA dari Universiti Arizona itu mengaku menghabiskan masa lebih dari 2 tahun.

"Peta geologi dari asteroid Vesta memakan masa dua setengah tahun untuk diselesaikan" ujar Williams.

Melalui peta itu juga, Williams dan pasukannya menemui bekas-bekas hentaman meteor yang jatuh di permukaan Vesta. Akibat serangan meteor itu, banyak dijumpai kawah gergasi di asteroid dengan diameter 525 kilometer itu.

Seperti asteroid lain yang tengah berputar-putar di sistem suria kita, Vesta menjadi salah satu asteroid terbesar yang sesuai untuk diteliti sejarahnya agar saintis boleh melihat gambaran pembentukan alam semesta. Selain itu, asteroid juga dianggap mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh saintis untuk mengetahui bagaimana kehidupan di bumi bermula lapor Daily Mail (25/11/2014).

Asteroid Vesta sendiri ditemui pada tarikh 29 Mac 1807 oleh ahli astronomi bernama Heinrich Wilhelm Olbers. Nama Vesta diambil dari nama dewi 'rumah dan hati' dari mitos Yunani.



Sumber dari merdeka.com

Selfie guna monopod boleh dipenjarakan di Korea Selatan

 
Jika anda bercadang untuk melawat Korea Selatan, lupakan hasrat mahu selfie menggunakan batang selfie atau monopod kerana penggunaannya diharamkan sama sekali!


Tahukah sebab mengapa kerajaan Korea Selatan melarang penggunaan peralatan penggambaran berkenaan?

Ia adalah kerana kebimbangan bahawa fungsi bluetooth peranti berkenaan yang tidak benar-benar diuji boleh menyebabkan kerosakan pada telefon bimbit.

Sesiapa yang menggunakan batang selfie itu, jika ditangkap oleh pihak berkuasa boleh didenda sehingga RM89,000 atau tiga tahun penjara.

Ucap selamat tinggal pada gambar selfie cool dan menarik.


Sumber: mylaunchpad.com.my

Suami isteri terkejut lihat pencuri leka memasak ketika pulang ke rumah

 
KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri terkejut apabila kepulangan mereka dari bercuti disambut ‘tetamu’ tidak diundang yang ketika itu sedang leka memasak di dapur, dalam satu kejadian di Kampung Enjin Gergaji, Kemaman, Sabtu lalu.

Curiga dengan kehadiran ‘tetamu’ itu, pasangan berkenaan terus membuat pemeriksaan sebelum mendapati beberapa barang berharga di dalam rumah telah hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pasangan tersebut telah meninggalkan kediaman mereka dalam keadaan berkunci dengan baik sejak Khamis lalu.

“Bagaimanapun, apabila pulang semula pada hari kejadian, sejurus membuka pintu rumah utama, mereka terkejut selepas mendapati kelibat seorang lelaki dikenali sedang memasak di dapur.

“Terkejut dengan kehadiran suspek, 29, yang bermaharajalela di dalam rumah, pasangan itu terus membuat pemeriksaan sebelum mendapati beberapa barang berharga telah hilang, termasuk duit tabung yang disimpan di dalam bilik,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, mungkin terlalu leka memasak, suspek tidak menyedari kepulangan pasangan itu sehinggalah dia disergah oleh salah seorang daripada mereka bertujuan untuk bertanyakan perihal kehilangan barang berharga tersebut.

“Namun, suspek cuba melarikan diri tetapi sempat ditahan sebelum pemeriksaan beg yang ada di tangannya, berjaya menjumpai beberapa barang berharga lain termasuklah sebuah kamera; dua helai baju; duit syiling berjumlah RM50; sepasang kasut dan sebilah pisau,” katanya.

Jelasnya lagi, yakin kesemua barang berharga milik mereka, pasangan itu terus menghubungi polis bagi menyerahkan suspek.

“Siasatan lanjut di lokasi kejadian tidak menjumpai tanda-tanda rumah itu dipecah masuk dan berkemungkinan suspek memiliki kunci pendua, namun siasatan masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana cara suspek memecah masuk rumah tersebut,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.


Sumber: Sinar Harian

Tengkorak misteri ditemui di Marikh

Sebuah objek yang menyerupai tengkorak manusia terlihat dalam foto milik NASA di planet Marikh - Huffingtonpost/NASA

Foto milik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) di planet Marikh kembali menghebohkan dunia maya. Setelah sebelumnya muncul foto yang didakwa sebagai tulang paha, kini muncul satu benda yang menyerupai tengkorak manusia.

Penampakan 'tengkorak' di Marikh diambil dengan menggunakan kamera kenderaan rover NASA bernama Spirit.

UFO Sightings Daily mendakwa 80 peratus tengkorak di foto tersebut adalah benar. Tengkorak itu disebut 15 hingga 20 peratus lebih panjang daripada tengkorak manusia pada umumnya. Dianggarkan makhluk dengan tulang tengkorak seperti itu mempunyai tinggi badan antara 9 hingga 10 kaki atau setara 3 meter.

"Ini jelas mengesahkan makhluk gergasi menyerupai manusia pernah menghuni Marikh," tulis nota dalam laman UFO Sighting Daily, seperti dikutip Huffingtonpost.com, baru-baru ini.

NASA kehilangan komunikasi dengan Spirit pada Mac 2010. Spirit melakukan ekspedisi di Marikh selama enam tahun.

Sejumlah foto kontrotversial NASA di Marikh menggegarkan dunia maya dari masa ke masa. Namun hampir semua foto tersebut terbukti palsu, dan sebahagian besar 'penglihatan' disebut hanya sebagai batu atau fenomena alam.


Sumber dari metrotvnews.com

Lapan nama jalan di KL ditukar

 
KUALA LUMPUR - Nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur yang selama ini sudah dikenali bakal diberikan nama baharu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kenyataan media yang ditandatangani Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama baharu itu akan mula digunakan pada Rabu, 26 November.

Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:

1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim

2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah

3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah

4. Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin

5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin

6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar

7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar

8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra


Sumber: Sinar Harian

Saintis AS dakwa kehidupan di planet Marikh dibinasa oleh alien


Seorang saintis, Dr John Brandenburg mengemukan satu teori aneh semasa Annual Fall Meeting of the American Physical Society di Illinois. Menurut beliau, peradaban kuno Marikh musnah akibat serangan nuklear dari ras alien lain.

Dr Brandenburg berkata, penduduk kuno Marikh yang disebut Cydonians dan Utopians dibantai dalam serangan itu. Dan dia mendakwa, buktinya masih ada hingga sekarang.

Dr John Brandenburg adalah saintis yang mendapat gelaran PhD dalam Teori Fizik Plasma dari University of California, Davis. Beliau juga bekerja di Orbital Technologies, Madison, Wisconsin.

Pada 2011 lalu, beliau mengandaikan bahawa warna merah di permukaan Marikh boleh jadi adalah akibat dari letupan termonuklear yang terjadi secara semula jadi.

"Permukaan Marikh disaluti lapisan nipis bahan radioaktif, termasuk uranium, torium (Th) dan kalium radioaktif - dan pola ini teradiasi dari hot spot di Marikh," katanya kepada FoxNews kala itu. "Ledakan nuklear boleh menghantar serpihan ke sekitar planet."

Namun, seperti dikutip dari Daily Mail, Sabtu (22/11/2014), beliau berubah fikiran. Dengan menyebut bahawa letupan nuklear tersebut tidak berlaku secara semula jadi tetapi dilakukan bangsa alien bijak.

Seperti dimuat laman Vice, kesimpulan dari makalah terakhirnya menyebut, isotop nuklear di atmosfera Marikh menyerupai uji bom hidrogen, "yang boleh menjadi contoh tamadun yang terhapus oleh serangan nuklear dari luar angkasa."

Kajian beliau tertumpu di sekitar 'konsentrasi tinggi' Xenon-129 di atmosfera Marikh. Juga uranium dan torium di permukaannya, yang kesemuanya dikesan oleh pesawat milik NASA, Odyssey.

Para saintis lain sebelumnya mengatakan bahawa penampakan elemen-elemen tersebut tidak mengejutkan. Kerana semuanya adalah elemen natural yang boleh didapati di mana pun.

Namun, Dr Brandenburg menegaskan bahawa itu adalah jejak-jejak letupan nuklear di permukaan Marikh.

Makalahnya itu diberi judul 'Evidence of Massive Thermonuclear Explosions in Marikh Past, The Cydonian Hypothesis, and Fermi s Paradox'. Beliau juga merancang menerbitkannya di Journal of Cosmology and Astroparticle Physics.


Mirip Bumi


Dr Brandenburg berkata, Marikh dulunya mirip Bumi - rumah bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dan kehidupan makhluk di sana sama majunya seperti bangsa Mesir purba di planet kita.

Beliau mendakwa, berdasarkan analisis terhadap dua kawasan, salah satunya adalah Cydonia. Di mana 'wajah di Marikh' ditemui. Menurut Dr Brandenburg itu adalah artifak dari bangsa alien kuno.

Di sana lah, kata dia, letupan nuklear memusnahkan peradaban di Cydonia Mensa dan lain - termasuk di kawasan yang disebut Galaxias Chaos.

"Analisis gambar terbaru dari Odyssey, MRO, dan Mars Express memberikan bukti kuat objek arkeologi yang terhakis di sana," kata beliau. "Dengan mengambil kira semua hal itu, data yang mengarah pada hipotesis Marikh sebagai tapak pembantaian antara planet dengan bom nuklear, kini perlu dipertimbangkan."

Dr Brandenburg menambah, teorinya boleh menjelaskan Paradoks Fermi - percanggahan antara anggaran kemungkinan kewujudan peradaban ekstraterestrial yang tinggi dengan kekurangan bukti atau hubungan dengan peradaban semacam itu.

Beliau menyarankan misi menghantar manusia ke Marikh perlu dilakukan secepat mungkin  untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Secara berasingan, pakar UFO, Nigel Watson berkata, Dr Brandenburg bukan yang pertama menduga, makhluk Marikh binasa kerana letupan nuklear.

Meskipun teori tidak kuat dan tak sahih, dia berkata, "itu adalah peringatan bahawa kita boleh melakukan hal yang sama pada planet kita sendiri. Dan menggariskan keyakinan sejumlah saintis bahawa kita mungkin tidak akan mengesan makhluk bijak di luar Bumi, sebab, di suatu titik, peradaban kita akan musnah, melalui bencana dahsyat dan kemusnahan yang disebabkan diri sendiri.


Sumber dari liputan6.com

Perompak tersalah rompak bas bawa virus Ebola


Perompak bersenjata di Guinea telah merompak sebuah bas dekat bandar Kissidougou. Malangnya, para perompak ini tidak mendapat wang tunai seperti yang diharapkan kerana bas tersebut membawa virus ebola.

Bas tersebut mengangkut sampel darah yang telah dijangkiti virus Ebola yang mematikan. Sampel-sampel tersebut disimpan dalam bekas tertutup dan dikawal oleh empat orang pegawai dari Palang Merah. Bas yang mengandungi sampel darah ini dibawa dari Kankan menuju tempat ujian yang berjarak 265 km di kawasan Gueckedou selatan.

Petugas Palang Merah Guinea yakin bahawa para perompak tersebut tidak mengetahui bahawa bas yang mereka rompak ini mengandungi virus Ebola. Mungkin mereka berfikir ada wang tunai yang tersembunyi dalam bekas di dalam bas tersebut.

Faya Etienne Tolno, salah seorang pegawai Palang Merah, menjelaskan bahawa Palang Merah Guinea tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk mengangkut sampel-sampel darah tersebut. Sehingga mereka terpaksa menggunakan bas biasa untuk membawa sampel darah yang diperlukan untuk ujian menuju Gueckedou selatan.

Dr Barry Mournie ketua rawatan pesakit untuk jawatankuasa koordinasi nasional yang mengurus pesakit dijangkiti virus Ebola mengulas mengenai kejadian ini. "Kami telah diberitahu oleh badan keselamatan. Jika pencuri ini salah menangani, itu akan berbahaya," katanya kepada The Associated Press.

Virus Ebola telah menewaskan lebih dari 5 ribu orang di Liberia, Sierra Leone dan Guinea. Virus ini merebak melalui hubungan dengan cecair badan yang terinveksi termasuk darah, najis dan muntah.



Sumber dari WowKeren

Guru wanita berjilbab buat seks dengan pelajar dalam kereta

 
Seorang guru ganti bernama Linda Hardan, 21, dari Prospek Park, di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), ditangkap polis kerana melakukan kekerasan seksual terhadap pelajar lelaki yang baru berusia 16 tahun.

Seperti dilapor Daily Mail, Hardan dituduh melakukan kekerasan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Manchester Regional High School, di mana dia bertugas sebagai guru ganti.

Pasukan penyiasat berkata, insiden itu berlaku Khamis (20/11/2014), di Wayne, New Jersey. Namun, butir-butir mengenai insiden dan mangsa itu tidak didedahkan.

Menurut NorthJerysey.com, guru berjilbab ini bertemu dengan pelajar tersebut di luar waktu sekolah lalu dia membawa si pelajar ke sebuah lokasi di Wayne. Hubungan seks berlaku di dalam kereta guru tersebut di sebuah tempat parkir.

Hardan bakal menghadapi tuntutan hukuman penjara selama 17 tahun jika terbukti bersalah atas semua tuduhan yang ditujukan kepadanya.

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Liverpool

Semua dalam keadaan sugul...Kapten pasukan Liverpool, Steven Gerrard (kiri) dan penyerang Ricky Lambert selepas mereka melepaskan gol ketiga ketika bertemu Crystal Palace dalam perlawanan liga, pada Ahad.

ADA sesuatu yang tidak kena dengan Liverpool. Mereka bukan sahaja hilang harga diri dan perasaan bangga menyarung jersi merah pekat itu tetapi mereka juga hilang semangat melawan balik.

Hasil keputusan perlawanan terbaru yang menyaksikan mereka tewas 1-3 di tangan kelab bawahan Crystal Palace menceritakan segala yang tidak kena dengan kelab itu buat masa ini.

Lebih teruk mereka hilang daya juang dan keghairahan untuk menang. Itu yang lebih menakutkan.

Ini sama sekali berbeza dengan musim lalu yang menyaksikan mereka cuma kurang dua mata sahaja untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris. Di manakah silapnya musim ini?

Dengan enam kekalahan daripada 12 perlawanan, jangankan kata hendak mempertahankan pencapaian musim lalu, hendak berangan-angan untuk muncul juara pun sudah boleh dilupakan oleh Brendan Rodgers dan anak-anak buahnya.

Rodgers malah berkata dia kini tidak ketepikan kebarangkalian akan dipecat jika situasi buruk ini berterusan. Seminggu yang lalu Rodgers mengakui yang dia sedang bergelut untuk mencari jawapan kepada misteri kejatuhan prestasi pasukannya musim ini.

Dalam situasi misteri seperti ini, tumpuan dan fikiran para penyokong, peminat dan juga penganalisa menjurus kepada tidak lain dan tidak bukan Luis Suarez.

Apakah pemergiannya ke Barcelona secara tiba-tiba menjadikan barisan hadapan hilang bisa? Tetapi pada masa yang sama persoalan yang perlu dijawab ialah, apakah pemain bertaraf dunia seperti itu dapat dihalang daripada meninggalkan Liverpool untuk mencari kegemilangan yang tak terbendung di Barcelona?

Siapa yang tidak mahu pergi ke Barcelona. Samalah juga bagaimana hendak menghalang Ronaldo daripada meninggalkan Manchester United tujuh tahun lalu.

Tapi United tidak terkedu dengan kehilangan Ronaldo sebaliknya Liverpool diambang kemusnahan akibat kehilangan Suarez. Mereka tidak ada jawapan kepada penganti pemain Uruguay itu. Manakan tidak, musim lalu dia menyumbat 31 gol dalam Liga Perdana sahaja.

Rodgers menyangkakan dua penganti Suarez - Adam Lallana dan Rickie Lambert - adalah jawapan kepada Liverpool tetapi apa yang sedang dilalui oleh kelab itu sekarang membuktikan, bolasepak adalah bidang yang penuh dengan risiko dan ketidakpastian.

Jika tidak, mana mungkin naib juara tahun lalu bergelut di tangga ke-12 sekarang.


Sumber: mstar.com.my

Monster Legendaris Loch Ness Muncul Lagi

Foto ternama monster Loch Ness (kiri) dan foto terbaru yang diambil seorang warga di Danau Loch Ness, Skotlandia - mirror/richard collis

Drumnadrochit: Foto dan video terbaru yang menunjukkan sosok monster air misterius Loch Ness kembali menggegerkan dunia maya. Richard Collis, pria pemilik pabrik kayu di Drumnadrochit, Skotlandia, mengaku melihat sesuatu yang tak biasa di danau Loch Ness.

Dia keluar dari mobil dan mengambil foto serta video dengan telepon genggamnya.

"Saya sedang mengemudi di samping Danau Loch Ness, dan melihat sesuatu di kejauhan. Saya berhenti dan mengambil beberapa gambar di Loch," ujar Richard, 58, seperti dilansir Mirror.co.uk, belum lama ini.

Foto Richard terlihat mirip dengan foto yang diambil Christian Spurling di tahun 1993. Setelah dianalisis, foto Spurling terbukti palsu alias hoax.

Richard mengakui hasil jepretannya memang mirip foto hoax Spurling, namun ia bersikukuh apa yang dilihatnya itu nyata.

"Bagi saya, terlihat seperti kepala kecil dengan leher panjang. Seperti ular laut," tegas dia.

September lalu, monster Loch Ness disebut-sebut terlihat di Danau Windermere, Inggris. Makhluk yang banyak disebut orang sebagai plesiosaurus, salah satu jenis dinosaurus tertangkap kamera seorang pria yang namanya tak disebutkan.

Dari fotonya, sosok monster yang kerap disebut Nessie terlihat di kejauhan, di dekat pepohonan di tepi danau.

Nessie adalah sesosok mahluk yang eksistensinya hingga kini masih diperdebatkan komunitas sains. Sejumlah foto Nessie yang beredar di masa lalu telah dianalisis, dan belum ada satu pun yang terbukti kebenarannya.



Sumber: metrotvnews.com

Lembu gay selamat dari dibunuh pemiliknya

 Benjy
 
Seekor lembu jantan gay bernama Benjy di Dublin, Ireland, selamat dari dibunuh pemiliknya setelah pencipta kartun The Simpsons, Sam Simon, menawarkan wang sebanyak £5,000 untuk membeli lembu jantan yang berwarna putih itu.

Pemiliknya bersetuju dan Benjy lalu dibawa dari kandangnya di County Mayo, Ireland dan dilepaskan ke dalam hutan.

Benjy telah didiagnosis gay alias homoseksual. Itulah sebab kenapa lembu ini tidak mahu mengawan dengan lembu betina.


Simon, yang juga seorang vegetarian, berkata niatnya hanya untuk menolong. Dia merasa kasihan melihat nasib Benjy yang harus dibunuh hanya kerana orientasinya berbeza.

"Semua haiwan memang ditakdirkan menjadi sepotong daging untuk dimakan. Tapi kalau anda membunuhnya hanya kerana dia gay, itu adalah tragedi," katanya.

Simon, yang menderita penyakit kanser sejak 2012 pernah menyelamatkan 17 ekor beruang ke habitat asal mereka.

"Saya juga mendirikan The Sam Simon Foundation. Organisasi yang dikhaskan untuk menyelamatkan dan memulihkan anjing yang tak mempunyai tuan," tegasnya.

Inilah perompak yang paling lucu dan gembira di dunia

 Foto: Orange

Perompak bank yang satu ini telah menghebohkan dunia maya bukan kerana tindakan nekad yang biasa dilakukan perompak, tapi kerana gambarnya yang nampak lucu.

Dia berjaya ditahan polis Denver di landasan kereta api ketika melarikan diri setelah cuba merompak sebuah bank di sebuah pusat membeli-belah.

Ketika polis mengambil gambarnya, perompak bernama Michael Whitington, 45, itu tersenyum lebar dengan giginya yang tidak teratur dan ekspresi mata yang sangat ramah.

Entah bagaimana gambar tersebut tersebar di sosial media dan gambar tersebut diberi gelaran "Foto perompak paling gembira di dunia" oleh pengguna media sosial.


Sumber dari okezone.com

Ikan Keli Bewarna Keemasan Berjaya Ditangkap Dengan Bubu

 
SARATOK: Seorang penduduk Apai Rickey tesemalam telah tertangkap seekor ikan keli yang pelik dengan bubunya. Seekor ikan itu pelik kerana ia bewarna emas seperti seekor ikan emas.

Beliau yang terkejut dengan penemuan itu berkata selama usianya sudah menjangkau 50 tahun ini kali pertama beliau menjumpai ikan keli seperti itu sejak beliau masih kecil. Penemuan itu telah berjaya menarik perhatian penghuni rumah panjang Buchai terletak 30 kilometer dari pekan Saratok.

“Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” kata Apai Rickey.

MMenurut beliau juga paya tempat beliau menahan bubu itu dipanggil Sungai Rarong adalah satu tempat biasa bagi penduduk di situ menahan bubu dan orang lain yang menahan bubu di kawasan itu tidak pernah menjumpai ikan keli seperti itu.

“Berpuluh-puluh ekor ikan keli, haruan, toman serta beberapa jenis ikan air tawar  lain di paya ini.Menggunakan kaedah bubu duduk ini berumpankan biji sawit dan  ubi, saya memperoleh banyak hasil.

“Tetapi seminggu lepas, sewaktu saya memeriksa bubu duduk yang di paya ini, saya terkejut terlihat seekor ikan berwarna keemas-emasan terperangkap dalam bubu bersama dua ekor keli lain,”.

Pada awalnya beliau amat takut untuk mengambi ikan tersebut kerana takut perkara pelik terjadi tetapi cuba memberanikan diri membawa ikan itu baik kerumah panjang.

“Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas. Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya.

Ikan keli sebesar lengan kanak-kanak itu telah dipeliharanya atas nasihat ayahnya dan diletakakn di dalam tong berhampiran bilik air rumahnya.

“Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya.

Menurut beliau selepas ramai mengetahui tentang ikan itu ada ramai pihak telah datang ke rumahnya untuk membeli dengan harga yang tinggi tetapi ditolak olehnya.

“Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dengan tidak pasti.-Siakapkeli.com.my

Kartun beruang tak pakai seluar jadi perdebatan ahli politik


Tuszyn - Kartun Winnie the Pooh mungkin disekat di Poland selepas beberapa ahli politik menyebutnya sebagai 'beruang hermaprodit setengah telanjang' yang tidak sesuai dijadikan idola anak-anak. Winnie the Pooh selama ini memang digambarkan hanya memakai baju berwarna merah tanpa seluar atau aksesori lain.

Mengikut perancangan, Winnie the Pooh akan dijadikan nama sebuah taman baru di Tuszyn, Poland. Namun sebahagian anggota dewan menolaknya kerana watak kartun buatan AA Milne itu hampir tidak berpakaian. Salah seorang anggota dewan mengatakan jantina Pooh diragui.


Sebahagian penduduk mengatakan perdebatan Winnie the Pooh, adalah sesuatu yang tidak masuk akal. "Winnie the Pooh adalah beruang dengan intelektual rendah, dan malangnya, begitu juga dengan mereka yang memperdebatkan topik tersebut," ujar seorang warga Poland.

Keputusan rasmi sama ada nama Pooh akan tetap digunakan sebagai nama taman belum dibuat.



Sumber dari metrotvnews.com

Gambar autopsi makhluk asing hebohkan komuniti UFO

 
Roswell - Seorang pengkaji UFO mendakwa menerima gambar asli makhluk asing dari seorang agen perisikan Amerika Syarikat.

Foto yang dihantar kepada Tom Carey itu telah disahkan ahli sejarah, dan diketahui diambil pada tahun 1947. Pada tahun itu, desas-desus 'jatuhnya' sebuah UFO di Roswell, New Mexico, telah menggegarkan seluruh AS.

"Yang menarik adalah, gambar ini diambil pada 1947," ujar Carey seperti dikutip Mirror.co.uk, Sabtu (22/11/2014).

"Kami telah memberikan gambar ini kepada ahli sejarah Kodak di Rochester, New York. Setelah diperiksa, dia mengatakan foto ini diambil pada 1947," tambahnya lagi.

Menurut Carey lagi, jika dilihat dari emulsi atau lapisan khususnya, foto ini bukan sesuatu yang telah disunting dengan program komputer, semisal Photoshop. "Ini foto asal tahun 1947. Di situ kelihatan satu makhluk asing yang sedang dibedah," ungkap Carey.

Dari pengamatan Carey, kepala alien itu telah terputus dari badannya. Organ dalam alien juga kemungkinan telah dikeluarkan, dan seluruh tubuhnya bersalut balsem.

Tidak semua orang mempercayai begitu saja gambar 'asal' tersebut. Nigel Watson, penulis buku Haynes UFO Unvestigations Manual, bersikap ragu-ragu.

"Apabila orang mendakwa mempunyai bukti meyakinkan mengenai UFO, biasanya hanya omong kosong atau kurang bersifat ilmiah," tutur Watson.

"Namun, jika makhluk asing itu memang telah dijumpai, tentunya menjadi sebuah peristiwa besar yang akan mengubah dunia. Saya tidak yakin mereka (kerajaan AS) mampu menutupi hal itu sepanjang era 50 dan 60-an," sambung Watson.


Sumber dari metrotvnews.com

Wanita Tunisia Dinobat Ratu Cantik Muslimah Sedunia

Keanggunan dan keikhlasan Fatma Ben menyuarakan mengenai penderitaan rakyat Palestin menarik perhatian juri.

YOGYAKARTA: Mesej pembebasan Palestin yang disuarakan peserta Tunisia membawa tuah apabila berjaya menewaskan 17 wakil negara lain, sekali gus memenangi pertandingan ratu cantik khusus untuk wanita Muslimah di Indonesia, Sabtu.

Berbeza dengan pertandingan ratu cantik barat, semua peserta pertandingan itu wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah pengadil menilai kebolehan mereka membaca al-Quran dan pandangan mengenai Islam dalam dunia moden.

Penyertaan 18 finalis, termasuk yang bekerjaya sebagai doktor dan saintis komputer itu menampilkan gaya sopan dan sedap mata memandang.

Kali ini, Fatma Ben Guefrache yang juga saintis komputer diumumkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas dan pakej umrah.

"Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria," kata wanita berusia 25 tahun itu dalam nada sebak.

Acara peringkat akhir ratu cantik Muslimah itu diadakan dengan latar belakang tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kuil Prambanan di sini, bagi menandakan bahawa umat Islam menghormati penganut agama lain.

Pada awal pertandingan ini, beberapa cabaran dilalui termasuk membabitkan peserta Singapura yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan tidak membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut serta masalah visa yang menyebabkan tujuh finalis terpaksa membatalkan penyertaan.

"Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan," kata seorang penganjur, Jameyah Sheriff.

Anugerah Muslimah Sedunia kali pertama dijayakan padda 2013 apabila penganjurannya bagi membantah acara Ratu Cantik Dunia yang berlangsung pada masa sama di Bali.


Sumber: mstar.com.my

Gambar jutaan ketam melintas jalan di Pulau Christmas


AUSTRALIA, (MLP) - Lebih 120 juta ketam yang mendiami Pulau Christmas akan memenuhi jalan raya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.

Ini adalah kerana waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalan raya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

Kebiasaannya, ketam merah mengambil masa 4 minggu untuk bertelur, sebelum pulang kembali ke habitat asalnya. -













Sumber: news.mylaunchpad.com.my

Foto: www.amusingplanet.com