Lembu gay selamat dari dibunuh pemiliknya

 Benjy
 
Seekor lembu jantan gay bernama Benjy di Dublin, Ireland, selamat dari dibunuh pemiliknya setelah pencipta kartun The Simpsons, Sam Simon, menawarkan wang sebanyak £5,000 untuk membeli lembu jantan yang berwarna putih itu.

Pemiliknya bersetuju dan Benjy lalu dibawa dari kandangnya di County Mayo, Ireland dan dilepaskan ke dalam hutan.

Benjy telah didiagnosis gay alias homoseksual. Itulah sebab kenapa lembu ini tidak mahu mengawan dengan lembu betina.


Simon, yang juga seorang vegetarian, berkata niatnya hanya untuk menolong. Dia merasa kasihan melihat nasib Benjy yang harus dibunuh hanya kerana orientasinya berbeza.

"Semua haiwan memang ditakdirkan menjadi sepotong daging untuk dimakan. Tapi kalau anda membunuhnya hanya kerana dia gay, itu adalah tragedi," katanya.

Simon, yang menderita penyakit kanser sejak 2012 pernah menyelamatkan 17 ekor beruang ke habitat asal mereka.

"Saya juga mendirikan The Sam Simon Foundation. Organisasi yang dikhaskan untuk menyelamatkan dan memulihkan anjing yang tak mempunyai tuan," tegasnya.

1 comment: