Ikan paru-paru masuk dubur, lelaki diketawakan jururawat ketika pembedahan

Gambar hiasan
Londrina (Brazil): Selain menanggung derita menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan paru-paru (sejenis ikan seperti belut) yang tersekat dalam duburnya, seorang lelaki Brazil juga terpaksa menanggung malu apabila jururawat dan kakitangan bilik bedah mentertawakannya ketika pembedahan dijalankan.

Bagaimana ikan berkenaan boleh memasuki dubur lelaki yang tidak dikenali itu, tidak diketahui.

Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkannya dirakam oleh kakitangan hospital.

Sebaik berada di dalam, ikan berkenaan enggan keluar, menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Universitario di Londrina, menurut LiveLeak.com, semalam.

Doktor berjaya mengeluarkan ikan sepanjang 30.5 sentimeter itu dengan maruah pesakit berkenaan terjejas.

Video berkenaan mula dimuatnaik dalam BestGore.com Disember lalu tetapi menjadi viral selepas dimuatnaik dalam LiveLeak.com.

Dalam video itu kedengaran suara orang ketawa ketika ikan itu ditarik keluar dari ususnya. Ramai kakitangan dilihat merakam pembedahan berkenaan.

Kejadian seperti itu, walaupun jarang berlaku, ia bukan kes terpencil.

Pada April 2013, seorang lelaki di Guandong, wilayah di tenggara China, mengaku kepada pegawai perubatan dia memasukkan belut ke dalam duburnya selepas menonton filem porno.

Dia terpaksa menderita sepanjang malam sebelum menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan itu.

Kejadian sama berlaku di New Zealand pada 2012.

Pada 2010, seorang lelaki China mati selepas rakannya memasukkan belut di dalam duburnya kerana berjenaka. - Agensi


Sumber: myMetro

1 comment: