Bas ini guna najis manusia sebagai bahan bakar


Bio Bus merupakan sebuah bas yang menggunakan gas biomethane sebagai bahan bakar. Gas biomethane diperolehi dari pemprosesan najis manusia dan sisa-sisa makanan.

Gas biomethane di hasilkan di kilang kumbahan di Wessex Water dan diuruskan oleh syarikat tenaga GENeco.  Lima orang manusia diperlukan bagi menghasilkan najis untuk memenuhkan satu tangki gas.

"Tenaga gas yang digunakan bio bus mempunyai peranan penting untuk meningkatkan kualiti udara di bandar-bandar di United Kingdom," ujar Pengarah GENeco kepada Bristol Post.


Bas yang mengandungi 40 kerusi ini dapat beroperasi sehingga 300 km. Laluan pertama Bio Bus adalah dari Bristol ke Bath, Somerset, dengan jarak kira-kira 32 km dan dijangka dapat mengangkut hingga 10 ribu penumpang setiap bulan.

 "Bas ini dengan jelas menunjukkan bahawa najis manusia dan sisa makanan kita yang terbuang merupakan sumber-sumber yang berharga," ujar Charlotte Morton, ketua eksekutif  eco-friendly organisation Anaerobic Digestion and Bioresources Association.



Sumber dari WowKeren

1 comment: