Guru wanita berjilbab buat seks dengan pelajar dalam kereta

 
Seorang guru ganti bernama Linda Hardan, 21, dari Prospek Park, di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), ditangkap polis kerana melakukan kekerasan seksual terhadap pelajar lelaki yang baru berusia 16 tahun.

Seperti dilapor Daily Mail, Hardan dituduh melakukan kekerasan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Manchester Regional High School, di mana dia bertugas sebagai guru ganti.

Pasukan penyiasat berkata, insiden itu berlaku Khamis (20/11/2014), di Wayne, New Jersey. Namun, butir-butir mengenai insiden dan mangsa itu tidak didedahkan.

Menurut NorthJerysey.com, guru berjilbab ini bertemu dengan pelajar tersebut di luar waktu sekolah lalu dia membawa si pelajar ke sebuah lokasi di Wayne. Hubungan seks berlaku di dalam kereta guru tersebut di sebuah tempat parkir.

Hardan bakal menghadapi tuntutan hukuman penjara selama 17 tahun jika terbukti bersalah atas semua tuduhan yang ditujukan kepadanya.

No comments:

Post a Comment