Jutawan muda jual semua hartanya dan tinggal dalam sebuah pondok

Liu Jingchong (38) menjual semua hartanya dan memilih tinggal di sebuah pondok di daerah terpencil.

Liu Jingchong (38) merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali sebagai salah satu orang terkaya di China sebelum dia membuang semua kekayaannya dan memilih tinggal di sebuah pondok dekat sebuah gunung.

Bekas hartawan pembuatan dan tekstil ini mungkin tidak akan meninggalkan bandar Guangdong yang ramai dan sibuk jika tidak mengalami kemalangan jalan raya.

"Benar saya mendapat banyak wang dan saya tak boleh mengatakan membenci kehidupan saya," kata Jingchong seperti dikutip Central European News.

"Saya sangat mencintai kehidupan saya. Namun, semua berubah ketika saya dan rakan saya terlibat kemalangan kereta di kawasan terpencil di Provinsi Qinghai," kenang Jingchong.

"Kami memerlukan kereta baru dan tak semua dari kami dapat meneruskan perjalanan. Pada masa itu, keadaan saya cukup baik. Saya tinggal di hotel dan yang boleh saya lakukan hanyalah membaca buku tentang agama Buddha," tambah Jingchung.

Lelaki itu kemudian berkata peristiwa kemalangan dan buku soal agama Buddha akhirnya mengubah semua jalan hidupnya.

Setelah kembali ke bandar Guangdong, ternyata Jingchong makin mendalami falsafah Buddha, yang mengatakan bahawa harta benda hanya membuat manusia menderita. Ajaran itulah yang membuat Jingchong memutuskan untuk mengubah hidupnya.

"Saya menjual semua harta benda saya, termasuk tujuh kereta, rumah mewah, dan rumah percutian saya. Lalu, saya membeli sebuah pondok kecil yang lebih daripada cukup bagi saya yang hanya memerlukan tempat untuk membaca buku," lanjut Jingchong.

Walaupun Jingchong kini tinggal di kawasan terpencil di Provinsi Shaanxi, bukan bermakna dia mahu hidup bersendirian.

"Sebenarnya, saya sangat gembira jika ada orang yang melawat saya. Saya gembira bertemu orang baru semasa saya mencari sesuatu yang baru dan mendapat peluang berkongsi pengalaman," katanya.


Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment