5 acara ini peserta harus tanpa pakaian


Agar dilihat menarik, banyak event yang dilakukan dengan cara di luar kewajaran. Tak terkecuali dengan event yang dilakukan dengan tidak mengenakan pakaian bagi pesertanya. Berita dari Adventure Journal, Khamis (28/2/2013) berikut 5 acara yang pesertanya harus telanjang:

1. World Naked Bike Ride

Kalau event untuk mengayuh basikal bersama-sama, pasti sudah biasa. Hal ini boleh dilakukan di mana sana dan bila-bila masa saja. Tapi kalau berbasikal sambil bogel, pasti cuma ada di World Naked Bike Ride.

Perayaan ini awalnya dimulai di Kota Philadelphia, AS pada tahun 2003 lalu. World Naked Bike Ride diadakan sebagai bentuk protes terhadap kekerasan kepada pejalan kaki dan pengayuh basikal. Para pesertanya akan berbasikal keliling kota sambil bogel.

Acara ini sekarang bukan lagi satu bentuk protes, tapi juga sudah dijadikan festival tahunan. Bahkan yang merayakan bukan cuma masyarakat Philadelphia saja, tapi sudah dilakukan di 20 negara dan 70 kota besar di dunia.

2. Bay Breakers

Fesival yang menjadi lagenda di San Fransisco, AS. Perayaan lumba lari ini diadakan sejak 1986 hingga kini. Setiap tahunnya, Bay Breakers diikuti lebih dari 100.000 peserta.

Para pesertanya memang tak wajib telanjang, mereka ada juga yang memakai kostum berwarna-warni. Tapi untuk mereka yang berani, telanjang sangat dialukan dalam perayaan ini. Bahkan, penontonnya juga ada yang tidak berpakaian.

3. Naked Hiking Day

Acara ini biasa diadakan pada musim panas. Mengikut laman web Hiking Naked, sudah banyak negara yang ikut merayakan festival ini, seperti Amerika Syarikat, Jerman, UK, dan Australia.

 Untuk menjadi peserta, syaratnya senang, iaitu sihat dan sanggup berbogel. Ketika bermula, telanjang mungkin tak akan menjadi masalah. Tapi tunggu setelah para peserta berada pada ketinggian tertentu, kerana mereka pasti akan kesejukan. Tapi di situlah tarikan Naked Hiking Day.

4. International Swimming Gala

Boleh dikatakan ini adalah perayaan bogel paling rasmi yang pernah ada. Kejuaraan ini dianjurkan oleh International Naturist Federation dari Perancis. Setiap tahunnya, ratusan perenang harus berlumba menjadi yang terpantas. Mereka bebas melakukan gaya apapun ketika berenang, yang penting telanjang. Acara ini dilakukan untuk mengumpul dana bagi para penderita kanser di dunia.

5. Running of the Nudes

Berbeza dengan Bay Breakers, Sepanyol juga punya event lari bogel. Acara ini sebagai bentuk penolakan terhadap acara lainnya, iaitu Festival San Fermin, di mana beberapa lembu dilepas untuk mengejar para pserta di jalan-jalan Kota Pamplona, Sepanyol.

Tidak kurang 1000 peserta yang tak mengenakan pakaian menyertaiacara ini. Lari sambil bogel menjadi perayaan tahunan sejak tahun 2002 lagi.



Pencuri gemuk 100 kg jatuh longkang

Abd Lah (tengah) menunjukkan kesan pecah masuk pada pintu rumahnya bersama Faizal (kanan) dan Roslan (kiri)
KLEBANG - Berat badan berlebihan menjadi punca seorang pencuri gagal melarikan diri daripada dikejar penduduk selepas memecah masuk sebuah rumah di Lorong Kampung Tengah, Klebang Besar, di sini semalam.

Lebih malang, pencuri berusia 45 tahun yang dianggarkan mempunyai berat badan lebih 100 kilogram itu bukan saja keletihan, malah terperosok dalam longkang dan tidak mampu menggerakkan badannya sebaik saja sudah jatuh.

Sebelum kejadian, pemilik rumah terbabit, Abd Lah Mohamad, 59, baru sahaja pulang kira-kira 10.45 pagi, selepas menghantar tiga anaknya ke sekolah dan mencari belangkas di kawasan Pantai Lereh.

Menurut Abd Lah, sebaik sampai di rumah, dia mendapati pintu hadapan dalam keadaan terbuka dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru diletakkan di halaman.

“Saya terus mengambil kunci motosikal itu, lalu secara tiba-tiba ternampak seorang lelaki terus keluar dari rumah menghala ke arah saya untuk mendapatkan motosikalnya.

“Saya terus menendang motosikal itu sehingga rebah, sebelum lelaki terbabit cuba lari. Pada masa sama, saya minta pertolongan abang dengan seorang anak saudara untuk mengejarnya,” katanya.

 Sementara itu, anak saudara Abd Lah, Faizal Roslan, 25, berkata, dia bersama bapanya, Roslan Mohamad, 66, mengejar dan berjaya mencekup pencuri terbabit setelah lelaki itu  tidak mampu lagi bergerak apabila termasuk ke dalam longkang.

“Mungkin disebabkan badannya yang terlalu gemuk dan berat badannya dirasakan melebihi 100 kilogram jadi dia sukar untuk melepasi longkang.

“Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis selepas tubuh badannya yang penuh air longkang dibersihkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Selepas kejadian itu, mereka kemudian menghubungi Balai Polis Batang Tiga, di sini bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, hasil siasatan mendapati, ketiga-tiga bilik dalam rumah berkenaan berselerak, namun tiada barang dikenal pasti hilang dipercayai kerana pencuri terbabit tidak sempat mengambilnya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

"Polis masih melakukan siasatan sama ada suspek mempunyai rekod lampau atau ada terbabit dengan mana-mana sindiket tertentu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah,” katanya. - Sinar Harian



Tutorial gulung rambut yang tidak menjadi

Terkejut juga apabila melihat video di bawah ini.
Mana tidaknya, niat seorang wanita yang ingin berkongsi cara-cara menggulung rambut tidak menjadi apabila rambutnya tiba-tiba putus! Bukan sehelai dua tapi banyak pula tu.

Ini kerana alat penggulung rambutnya tidak berfungsi dengan baik. Sama ada ia terlalu panas atau sebaliknya tidak dapat dipastikan pula.

Apa-apa pun wanita ini sangat terkejut dan terlopong jugalah mulutnya. Kasihan! mungkin kerana alat berkenaan tidak berkuali tinggi.

Berhati-hatilah selepas ini okay - MyNewsHub






Perayaan Hari Menelan Pedang Sedunia


Aksi menelan pedang biasanya dipertontonkan di sarkas namun tidak untuk kali ini. Pada 23 Februari diadakan perayaan Hari Menelan Pedang  dunia. Seramai 200 peserta penelan pedang turut mengambil bahagian beraksi di hadapan orang ramai.

Acara tahunan ini adalah yang ketujuh kalinya diadakan oleh Persatuan Antarabangsa Penelan Pedang. Pertunjukan ini diadakan setiap Sabtu terakhir di bulan Februari sebagai "World Sword Swallowers Day". Para peserta ini akan beraksi dalam tempoh 24 jam walaupun berada di negara masing-masing.


Aksi nekad  ini dilakukan untuk memperingati acara kuno yang dilahirkan di era sebelum masihi oleh rakyat India.

"Orang-orang sebahagian besar tidak menyedari sumbangan dari aksi menelan pedang terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan kesihatan selama 150 tahun ini," kata Dan Mayer, president of Sword Swallowers Association International


Pada 1868 penelan pedang Dr. Adolf Kussmaul dari Jerman mengembangkan teknik mengeraskan endoskopi dan pada 1906 dilakukan rekod pertama esofagus penelan pedang.

"Menjadi penelan pedang ertinya menyedari adanya sebuah jalan terusan yang tidak dimiliki orang biasa," tutur George McArthur.

 "Sekali kamu mempelajarinya maka anda akan mempunyai kesan tertentu, seperti otot pada tekak dan menyedari jika ada sesuatu yang salah dengan tubuhmu."


Guru wanita naik minyak belasah murid


KETENGAH JAYA, Dungun – Perselisihan faham antara anak lelaki dengan rakan sebaya menyebabkan seorang ibu yang juga guru sekolah hilang pertimbangan apabila sanggup bertindak membelasah seorang murid tahun tiga.

Akibatnya, mangsa yang juga seorang cucu peneroka cedera akibat dipukul oleh guru berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah di Felda Ketengah Jaya beberapa hari lalu ketika hari persekolahan.

Sumber memaklumkan, guru terbabit dikatakan naik minyak selepas anak lelakinya mengadu berlakunya pertelingkahan antara dia dan mangsa ketika berada di sekolah pada 18 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, suspek dikatakan memanggil mangsa masuk ke bilik guru sebelum memukulnya dengan kasut, selain menumbuk di bahagian perut.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan perut.

Difahamkan, ketika guru wanita itu memukul mangsa, beberapa guru ada di lokasi terbabit dan hanya menyaksikan kejadian.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Ketengah Jaya berkaitan kejadian terbabit, selain turut mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya atas kecederaan dialami. - Sinar Harian




Remaja 14 tahun baling topi keledar pada polis

Motosikal suspek diperiksa ketika tiba di Pejabat Trafik Kulim
KULIM - Gara-gara takut di cekup polis, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bersama kekasihnya berusia 13 tahun sanggup membaling topi keledar kepada polis ketika cuba ditahan di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, kejadian berpunca apabila suspek yang masih bersekolah dan berasa cemas apabila ditahan polis.

Katanya, suspek cuba melarikan diri apabila di kejar polis, bagaimanapun suspek tidak dapat melepasi deretan kenderaan antara kereta di hadapannya kerana kesesakan jalan.

"Untuk memastikan polis tidak terus berlari mengejarnya, suspek mengambil tindakan membaling polis dengan topi keledarnya. Bagaimanapun tindakan dibuat suspek mengakibatkan dia hilang kawalan sebelum di tahan polis yang berada di tempat kejadian.

“Ketika pemeriksaan di jalankan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu manakala kesihnya tidak membawa kad pengenalan. Mereka kemudiannya di bawa ke Pejabat Trafik di Pekan Kulim untuk siasatan lanjut," katanya.

Akibat itu, polis mengeluarkan saman kepada suspek dan pemilik motosikal kerana membenarkan remaja bawah umur menunggang motosikalnya.

"Pemilik motosikal serta ibu bapa harus sedar, sekiranya anak mereka terlibat dalam kemalangan, pihak insurans tidak akan bertanggung jawab terhadap kemalangan terlibat dan pembayaran pampasan tidak akan dibuat terhadap mangsa,” katanya.

Ismail menasihatkan pemilik motosikal supaya tidak meminjamkan kenderaan kepada remaja bawah umur kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka. - Sinar Harian


Seorang lelaki dipenjara sehingga ibu memaafkannya


Berbuat dosa kepada ibu sendiri hukumannya lebih berat dibanding melakukan jenayah lainnya.

Mahkamah di kota Jeddah, Arab Saudi, memutuskan untuk menjatuhkan hukuman sebat 200 kali untuk seorang lelaki yang menganiaya ibu kandungnya sendiri. Bukan hanya dihukum sebat, mahkamah memutuskan lelaki itu akan dipenjara selama ibunya belum memberikan maaf.

Seorang ibu mendatangi balai polis dan melaporkan kelakuan anaknya sendiri yang kerap memukulnya. Bahkan, tangan si ibu patah akibat kekerasan yang dilakukan anaknya itu. Untuk menyokong laporannya itu, si ibu membawa surat keterangan doktor. Demikian dilaporkan akhbar tempatan, Okaz, Selasa (26/2/2013).

Selama proses perbicaraan, sang ibu tak henti-hentinya menangis. Namun, dia meminta mahkamah untuk mendisiplinkan anaknya  yang selalu menimbulkan masalah dan mengancam jiwanya. Tertuduh mengaku memukul ibunya kerana dia menganggap si ibu terlalu memihak kepada adik perempuannya ketika mereka tengah bertengkar.

Pendakwa meminta hakim untuk menjatuhkan hukuman seberat-beratnya agar tertuduh serik dan tidak melakukan kekerasan lagi terhadap orang tuanya atau orang lain. Mahkamah akhirnya memutuskan hukuman sebat 200 kali yang akan dilakukan dalam 10 sesi.

Hukuman sebat akan dilakukan di tempat awam, iaitu berhampiran pasar utama kota. Sementara hukuman penjara tidak ditentukan waktunya. Tertuduh akan tetap dalam penjara selama si ibu belum memaafkan perbuatannya. - kompas.com


Ayu Raudah tak percaya kakaknya Rozita Che Wan akan berkahwin

 
Keluarga terdekat pelakon Rozita Che Wan, 42 mengakui terkejut dengan pengakuan 'tiba-tiba' yang dibuat oleh pelakon itu untuk menamatkan zaman solonya dengan pelakon Zain Saidin, 29.

Adiknya, Ayu Raudah memberitahu Utusan Malaysia, beliau sendiri seperti tidak percaya membaca pengakuan Rozita mengenai hasrat untuk berkahwin pada Julai depan.

"Saya tidak tahu, memang saya tak tahu. Dia tak pernah cakap kepada kami," beritahu Ayu.

Menurut isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak itu, beliau pernah diberitahu bahawa Rozita terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan tidak merancang untuk melaksanakan majlis pernikahan pada tahun ini.

"Tetapi saya tidak tahulah, jika ini keputusan saat-saat akhir yang mereka buat," katanya. - Utusan Malaysia

Anda perlu tahu bahan yang terkandung dalam makanan segera


Burger daging

Mengandungi 4 gram lemak tulen, ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12 sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.


Ayam goreng

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh daripada lemak), banyak garam, MSG dan pewarna kimia. Ia membekalkan protein dan vitamin B6.


Kentang goreng

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C, tetapi ‘fries’ terlalu banyak lemak dan garam warna kemasannya adalah tiruan.


Susu kocak

Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu mengandungi protein, kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas sederhana.


Minuman berasaskan kola

Mengandungi 14 sudu teh gula dalam cawan besar, pewarna kimia dan kafein.


Garam

Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.


Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh mengenai kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah ‘aditif’ makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan.


Serat

Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, mengurangkan kolesterol dalam darah, mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera banyak diproses dan tidak mengandungi serat.


Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.


20 kampung di Russia tiada wanita

Seorang budak lelaki di Wilayah Krasnoyark dimana penduduknya hanya kaum lelaki sahaja

Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja.

Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita.

Kampung itu sebahagian daripada habitasi paling pedalaman di dunia dan ada beberapa kampung hanya mempunyai seorang penduduk sementara yang lain tidak lebih empat atau lima, lapor The Siberian Times.

Suhu di wilayah itu mencecah sehingga 40 darjah selius di bawah beku pada musim sejuk dan teramat panas pada musim panas.

Ketidakseimbangan jantina itu didedahkan pada Hari Pembela Negara, acara tahunan bagi memberi penghormatan terhadap peranan lelaki pada setiap 23 Februari.

Bagaimanapun, apabila diambil kira jumlah penduduk seluruh Krasnovarsk, wilayah kedua terbesar di Russia, jumlah penduduk wanitanya melebihi penduduk lelaki dengan angka 193,000. - Daily Mail



Kalau laki nggak ada 'burung' ngapain hidup?

Retno Purwati (39), ibu yang membunuh anak kandungnya, Vicky Ariska (9) dengan membenamkannya ke air diduga kemurungan. Retno bahkan memaki anaknya ketika membenamkan anaknya ke air.

"Kejadian bermula ketika si ibu yang baru pulang dari sekolah anaknya. Si ibu mengaku memang mahu membunuh anaknya kerana sesudah disunat, kemaluan anaknya semakin kecil dan tambah kecil," ujar polis Cakung Kompol Azhar Nugroho di lokasi kejadian Jalan Lele RT 05/RW 01 No 37 Kelurahan Jatinegara , Cakung, Selasa (26/2/2013).

Azhar menceritakan mangsa  telah disunat pada tahun 2012. Namun Retno kemudian bimbang kerana keadaan alat kelamin Vicky selepas disunat semakin mengecil.

"Kalau laki-laki nggak ada burung ngapain hidup!" kata Azhar meniru percakapan Retno ketika membenamkan anaknya ke air.

Sementara itu menurut Ketua RT 05/RW 01 Kelurahan Jatinegara, Hermanto mengatakan di rumah tersebut sering terjadi suami-isteri bergaduh gara-gara kemaluan anaknya yang terus mengecil selepas bersunat.

Hermanto mengatakan Retno tidak banyak bergaul. Walaupun demikian, Retno dikenali baik oleh jirannya.


Pisau terpacak di perut ditikam penyamun

WONG terbaring kesakitan selepas ditikam dua lelaki
bermotosikal.
 Kuala Lumpur: Seorang warga emas berusia 64 tahun nyaris maut ditikam dua lelaki bermotosikal yang bertindak menyamun mangsa dalam kejadian di belakang tokong Cina, Jalan Maharajalela, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Wong Kock Hin berseorangan melalui laluan pejalan kaki.

“Secara tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal lalu bertindak cuba menyamun mangsa. Difahamkan berlaku pergelutan menyebabkan suspek menikam perut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur.

“Mangsa rebah dengan pisau melekat di perutnya. Suspek memecut laju meninggalkan mangsa dan orang awam yang melihat kejadian itu menghulurkan bantuan,” katanya.

Zainuddin berkata, mangsa yang menetap di Bandar Bukit Jalil, dekat sini kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. - Sinar Harian


Lahad Datu: Polis tutup pintu rundingan dan bersedia mengambil tindakan terhadap pengikut Sultan Sulu


Lahad Datu: Polis menutup pintu rundingan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini, dan bersedia mengambil tindakan menggunakan kekuatan pasukannya bagi menamatkan pencerobohan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata penceroboh tidak mempunyai pilihan kecuali keluar dari lokasi persembunyian untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

Tegasnya, pasukan keselamatan akan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat daripada diganggu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu.

“Tiada lagi rundingan dan (kita) akan mengambil tindakan mengikut undang-undang jika mereka enggan mengikut arahan untuk pulang ke negara asal.

“Kita tidak peduli kumpulan terbabit daripada Kesultanan Sulu kerana mereka adalah pendatang dan melanggar kedaulatan serta keselamatan negara.

“Kesalahan cukup banyak dan boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan, selain memasuki negara ini tanpa dokumen,” katanya pada sidang media di Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Lahad Datu, di sini, semalam.

Sabtu lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata kerajaan melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh sehingga, semalam, susulan permohonan Manila bagi memastikan proses penghantaran pulang dilakukan secara baik.

Kerajaan Filipina sebelum ini meminta Malaysia memberi pertimbangan melanjutkan tempoh pengusiran sehingga hari ini.

Kumpulan itu menceroboh dan memasuki di Kampung Tanduo, pada 12 Februari lalu.
Sementara itu, Hamza menafikan laporan dua anggota kumpulan berkenaan ditembak mati seperti dilaporkan sebuah portal berita, semalam.

“Kita tidak tahu apa terjadi sama ada berlaku tembakan dan saya mengesahkan kalau adapun bukan daripada pasukan keselamatan kita,” katanya.

Mengulas laporan media yang menyebut penceroboh dikatakan berbalah sesama sendiri, Hamza berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam perkampungan diduduki kumpulan itu.

Beliau juga mengesahkan penahanan empat individu di lokasi berdekatan kira-kira jam 4 pagi semalam.

“Saya tidak dapat menjelaskan selebihnya kerana masih dalam siasatan. Saya hanya boleh katakan mereka ditahan kerana tiada dokumen sah dan tidak bersenjata,” katanya.

Sehingga petang semalam, Hamza berkata, kapal disediakan Kerajaan Filipina untuk membawa pulang penceroboh masih di perairan negara itu. - Berita Harian



Gambar Jennifer Lawrence terjatuh di tangga semasa Anugerah Academy

 Berlaku insiden memalukan ketika Jennifer sedang melangkah ke pentas majis anugerah sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Academy ke-85 oleh aktor Jean Dujardin. Dia tiba-tiba terjatuh di tangga ekoran gaun yang dipakainya terlalu labuh dan berat.

Meskipun mengalami insiden yang cukup memalukan, Jennifer tetap berbangga apabila para tetamu memberikan penghormatan dengan standing ovation (berdiri dan memberikan tepukan gemuruh) kepadanya.

"Kamu semua berdiri kerana berasa sesuatu yang agak melucukan apabila saya terjatuh, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan.

"Semua ini memang gila dan sudah tentu saya tidak percaya dengan kemenangan yang diraih ini," ungkapnya sambil mengucup trofi Oscar yang dimenanginya hasil lakonannya sebagai Tiffany dalam filem Silver Linings Playbook itu ketika berucap di atas pentas.






Nyaris dibelit ular sawa


ALOR GAJAH - Tiga sekawan nyaris dibelit seekor ular sawa di sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Sungai Petai, di sini, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Ketika kejadian, tiga sekawan itu, Azman Jantan, 38, Ghazali Burok, 47, dan Iman Isa, 18, sedang memburu dua ekor babi berdekatan ladang ternakan lembu milik Azman sebelum menyedari ular berkenaan menyusur kurang satu meter di sebelah mereka.

Azman berkata, dia ditemani Ghazali dan Iman untuk memburu binatang buas yang sering mengganggu ladang ternakannya terkejut apabila terpandang ular sawa sepanjang kira-kira 6.5 meter.

“Saya terdengar bunyi sesuatu bergerak berdekatan kaki sebelum terpandang objek berwarna kelabu kehijauan itu dengan hujung ekornya melingkar dan kepalanya tegak ke arah dua babi yang kami buru.

“Selepas itu, saya terus menolak Ghazali ke hadapan manakala Iman yang berada di belakang saya segera mengundur,” katanya.

Menurutnya, berbekalkan lesen menembak sebagai anggota Rela, Ghazali melepaskan tembakan pertama dan mengena tepat pada kepala reptilia itu.

"Walaupun ditembak, ular sawa itu terus menyusur laju ke dalam semak sebelum tiga lagi tembakan peluru penabur dilepaskan dan mengena pada badannya," katanya. - Sinar Harian



Budak 12 tahun pandai mengubat

Muhammad Rafiq membacakanya ayat al-Quran kepada
orang yang dirawat.
 JIKA kanak-kanak lain mengisi masa lapang dengan bermain bola dan badminton, lain pula adik Muhammad Rafiq Rahmat, 12, yang mengisi masa lapangnya dengan mengubati penyakit.

Muhammad Rafiq dikatakan berkebolehan dalam mengubati penyakit sejak enam tahun lalu memenuhi masa terluang dengan tuntutan orang ramai yang mahukan perkhidmatannya.

Anak bongsu daripada empat beradik yang tinggal di Taman Desa Kiara, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, menggunakan kaedah membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, bermohon kepada ALLAH SWT agar menyembuhkan penyakit individu yang dirawat dan menghembus pada bahagian yang sakit.

Ibunya, Latifah Arifin, 48, berkata, keistimewaan yang dimiliki anaknya itu mula dikesan sejak berusia enam tahun.

“Saya menjadi tukang urut dan membantu merawat penyakit seperti gangguan makhluk halus secara tradisional diikuti bacaan ayat al-Quran sejak 12 tahun lalu.

“Namun, kedatangan seorang pesakit lelaki yang mengalami penyakit kayap diperut, membongkar keistimewaan Rafiq.

“Saya tidak dapat menolong lelaki itu. Namun Rafiq secara tiba-tiba menawarkan diri untuk membantu," ujar Latifah ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Dia menambah, anaknya itu melakukan hembusan dengan bacaan ayat suci al-Quran bagi merawat pesakit berkenaan yang kemudiannya beransur pulih.

Rata-rata pesakit yang pernah menerima rawatan daripada anaknya itu berkata hembusan anaknya akan meresap ke dalam kulit dan terasa sejuk.

Murid tahun enam di sekolah kebangsaan Cina, di sini, berkata, dia tidak menyangka dikurniakan kelebihan tersebut meskipun dalam usia muda.

“Niat saya hanya untuk bantu orang dan kelebihan yang ALLAH SWT beri ini akan saya gunakan sebaik mungkin.

“Walaupun saya masih muda, saya akan mempraktikkan ilmu ini kerana niat saya ikhlas untuk membantu merawat penyakit orang ramai,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor.
Latifah mengajar anaknya mengaji al-Quran setiap hari.
Dia yang masih belajar mengaji dengan ibunya, berasa bersyukur dikurniakan kelebihan itu.

Ikhtiar berubat

Latifah berkata, kebolehan anaknya itu tidak menjejaskan pelajaran kerana kaedah rawatan hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit.

Kaedah rawatan anaknya itu tidak memerlukan pengeras, cukup sekadar sumbangan ikhlas daripada pesakit.

“Ketika mengandung Rafiq, saya pernah bermimpi bertemu seorang lelaki yang mendakwa anak ini istimewa dan mempunyai kelebihan yang luar biasa.

“Sebaik saja bersalin, lelaki misteri tersebut muncul seketika untuk melihat anak saya sebelum hilang,” katanya.

Dia dan suami, Rahmat Deraman, 42, tidak akan menghalang anaknya mengubati orang kerana ia perkara baik. Bagi mereka, usaha anaknya itu hanyalah ikhtiar untuk merawat penyakit itu.

Sementara itu, seorang pesakit yang enggan dikenali berkata, dia menderita penyakit kayap di perut sejak sekian lama dan berputus asa kerana banyak tempat sudah pergi untuk mengubati penyakitnya itu.

“Selepas mendapatkan bantuan Rafiq, alhamdulillah dengan izin ALLAH, penyakit saya beransur pulih dan kini kembali sembuh," katanya.

Pesakit wanita berusia 62 tahun yang sebelum ini mengalami penyakit gatal-gatal di kepala hanya menggunakan sapuan ubat untuk menangani kegatalan.

"Setelah Rafiq membacakan ayat dan menghembus ke atas kepala saya, syukur rasa gatal itu kian terasa semakin berkurang," katanya.- Sinar Harian

Guna bomoh untuk menang pilihan raya


SHAH ALAM - Cerita orang politik menggunakan bomoh untuk memanjangkan karier politik mereka bukan sesuatu yang baru kerana sering diperkatakan sebelum ini.

Memang sukar untuk percaya dalam zaman moden ini masih ada pemimpin yang melakukan perkara-perkara seperti itu demi mencapai cita-cita politik, tetapi memang tidak mustahil ia masih berlaku.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz mendedahkan beberapa pemimpin parti politik pernah menemuinya untuk mendapatkan petua agar lebih disenangi rakyat.

Di Indonesia, ahli-ahli politiknya, termasuk nama-nama besar, tidak akan melakukan sesuatu kecuali setelah mendapatkan nasihat bomoh. Presiden Sukarno dikatakan mempunyai berpuluh-puluh bomoh yang berkhidmat untuknya.

Di Afrika, peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Czar Nicholas dari Russia juga mempercayai Rasputin dalam pentadbirannya kerana beliau percaya bahawa bomoh yang berjanggut panjang itu mempunyai kuasa mistik yang boleh meramal masa depan.

Apa yang pelik, orang kita pun terpengaruh dengan cara orang lain, semuanya bagi satu tujuan, iaitu untuk menang pilihan raya.

Hal ini mengingatkan kita kepada satu tragedi menggemparkan negara satu ketika dahulu, di mana seorang ahli politik, Datuk Mazlan Idris, telah menjadi mangsa kepada bomoh, Mona Fandey.

Mazlan, yang ketika itu adalah Adun Batu Talam, bukan saja dibunuh, malah tubuhnya dikerat 18 bahagian.

Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang, selepas mengadakan pertemuan dengan Mona Fandey, dan suaminya, Mohamed Affandi Abdul Rahman.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah antara yang menegur ahli-ahli politik agar tidak mencari bomoh untuk menang dalam pilihan raya.

Beliau berkata, bukan bomoh yang boleh memberi kemenangan, tetapi budi yang baik, tingkah laku yang sopan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat.

Sebuah akhbar sebelum ini turut mendedahkan bahawa ada ahli politik yang ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas, menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.

Demi cita-cita politik, mereka, yang sebahagian besarnya golongan veteran, sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.

Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Mengenai perkara ini, Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz, meminta mana-mana ahli politik yang menggunakan khidmat bomoh untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang, supaya bertaubat.

“Perbuatan itu salah dan syirik," katanya.

Sejauh mana penggunaan bomoh dalam mencari dan mengekalkan pengaruh politik, payah diperjelaskan, tetapi yang pasti, pada setiap pemilihan parti atau PRU, perkhidmatan bomoh sangat laris. - Sinar Harian



Kisah seorang rocker kampung bernama Amy Mat Piah


Mengambil latar cerita era kegemilangan muzik rock tahun 80-90an, Rock Oo! terbitan Grand Brilliance (GB) memaparkan erti perjuangan, persahabatan, ketabahan, impian dan air mata sebelum kejayaan berada dalam genggaman. Ia bukan filem komedi yang kerap kali menonjolkan elemen slapstik namun setiap paparan mampu membuatkan penonton ketawa selain turut merasakan kesedihan.

Ada sendu dan pilu, ia adalah perjalanan sebenar kumpulan rock yang datang dari kampung menuju ke ibu kota semata-mata untuk mengejar impian mereka. 'Dikapur' dek pengurus dan promoter konsert adalah perkara biasa, namun Rimba Bara tegar untuk terus mengejar cita-cita.

Mengiringi setiap tragedi dan kisah yang berlaku dalam filem berkonsepkan muzikal ini, Mamat memilih lagu rock yang malar segar seperti Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata & Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana & Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat Ini (Medicine), Sejuta Wajah, Teratai (Sweet Charity), Untukmu Sayang (Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi Cintaku (Bloodshed) serta Suci Dalam Debu (Iklim).

Semua lagu itu popular pada dekad 80-an dan awal 90-an serta diminati hingga sekarang. Dengan gandingan pelakon hebat, jalan cerita yang membuatkan kita ketawa dan sebak silih berganti, tidak keterlaluan dikatakan Rock Oo! adalah salah sebuah filem terbaik daripada Mamat.

Mamat juga bertuah kerana Rock Oo! ditunjangi pelakon hebat seperti Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Soffi Jikan (Zul Kapan) dan Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah). Tiada siapa dapat menafikan kehebatan mereka dan peminat Que pasti terubat dengan lakonannya yang sudah dua tahun menyepi tanpa sebarang filem dan drama.

Khir yang mengasah bakat lakonannya di pentas teater belum ada pencabarnya. Soffi kini berada di puncak kejayaan dan tanpa dialog yang berjela-jela, Pekin berjaya menjiwai wataknya sebagai gitaris handalan. Dia adalah lambang gitaris yang menjadi rebutan ramai peminat wanita dan berwajah kacak seperti Slash dan Johnny Depp.

Rimba bara vs Malaikat Maut

Rock Oo! bergerak atas semangat, keazaman dan semangat seorang rocker kampung iaitu Amy Mat Piah yang berpegang pada kata-kata 'pantang anak petani moden mengundur kalah'. Dia sanggup berjuang-juang bermati-matian demi mempertahankan minat dan cita-citanya untuk bergelar penyanyi rock terkenal.

Malang sekali, walaupun gayanya hebat mengalahkan Amy Search, tetapi nyanyian vokalis Rimba Bara ini sering 'ke laut'! Dia sebenarnya tidak berbakat sebagai penyanyi. Namun dia tetap bersungguh mahu menghidupkan semula Rimba Bara yang hampir terkubur kerana gagal bersaing dengan Malaikat Maut dengan vokalis utamanya, Zul Kapan.

Mamat berjaya menyeimbangkan keempat-empat artis berbakat besar ini pada kedudukan yang saling tidak membayangi watak masing-masing.

"Saya mengenali Khir sejak dia berlakon teater dan dia memang hebat. Dia adalah rakan baik Que dan senior kepada mereka semua. Jadi sama ada di luar dan dalam filem, saya tetap meletakkan Khir pada tempat yang sepatutnya. Saya tidak boleh meletakkan Khir di bawah Que dan yang lain-lain.

"Sebenarnya dalam filem ini, sama ada watak Khir, Que, Soffi dan Pekin sama penting. Pada mulanya Que tak mahu berlakon selepas dua tahun dia berehat tetapi saya katakan padanya, kalau dia tak mahu berlakon dalam Rock Oo!, saya tak akan buat filem ini kerana Amy Mat Piah adalah penggerak kepada filem ini," katanya ketika ditemui di majlis previu filem Rock Oo! di Damansara, Khamis lalu.

Mamat berkata, dia lega apabila Que akhirnya tewas atas pujukan Khir juga, pelakon itu akhirnya muncul dalam Rock Oo!

Katanya, mereka juga merakamkan semula lagu Teratai daripada Sweet Charity menggunakan suara sebenar Khir untuk Que 'miming' dalam satu babak filem ini.

Namun, dia dilihat tidak serasi dengan suara Khir sebelum mereka membuat keputusan merakamkan lagu itu menggunakan suara Que sendiri dan hasilnya menjadi.

Mamat berkata, dalam Rock Oo! Amy Mat Piah ialah seorang pemuda kampung yang meminati lagu balada, tetapi terikut-ikut menyukai lagu rock apabila demam muzik rock melanda.

"Ketika itu semua orang nak jadi mat rock. Gaya Amy adalah seorang rocker sejati tetapi tidak ada bakat dalam menyanyi. Namun, dia berusaha memujuk Jijo dan Mi Black untuk menghidupkan semula Rimba Bara dengan harapan dia dipilih menjadi vokalis utama kumpulan itu," katanya.

Rock Oo! adalah sekuel filem Rock yang diterbitkan pada 2005. Kali ini dengan 'tagline', 'Biar putus cinta, jangan putus tali gitar' sudah cukup membuatkan penonton boleh membayangkan komedi yang bakal dipersembahkan.

Pekin diburu kebimbangan

Pekin Ibrahim sanggup membeli gitar dan berlatih bermain gitar setiap hari semata-mata mahu menjiwai watak pemain gitar, Slash Haji Tapah supaya kelihatan seperti pemain gitar hebat pada era 80-an.

Selepas membeli gitar, pelakon berbakat besar ini turut bermain gitar di depan Mamat bagi meyakinkan pengarah itu. Malah, dia juga membuat persediaan rapi kerana takut untuk berlakon di samping Que Haidar, Khir Rahman dan Soffi Jikan yang disifatkannya lebih hebat daripadanya.

"Saya takut dan segan untuk berlakon dengan mereka, jadi seboleh-bolehnya saya membuat persediaan rapi. Saya juga menghayati cara Sham Kamikaze memetik gitar. Saya rakamkannya dengan telefon dan cuba meniru gayanya," katanya.

Pekin juga berdepan cabaran kerana wataknya tidak ada dialog namun dalam masa yang sama perlu membuatkan penonton kasihan dan sayangkannya.

"Dalam diri setiap orang termasuklah bintang rock, pasti ada sifat penyayang. Nampak ganas tetapi dalam hati tetap ada taman," katanya. - Harian Metro


Pemilik mata warna coklat lebih dipercayai


London: Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian.

Dalam satu kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE, penyelidik diketuai Karel Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech, menyiasat faktor yang menentukan wajah boleh dipercayai. Pengaruh interaksi sosial

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan penampilan wajah secara ketara mempengaruhi pelbagai interaksi sosial.

Persepsi wajah memberi maklumat berkaitan kepercayaan, berikutan itu ia memberi memberi kesan ke atas kejayaan ekonomi, sosial dan reproduktif seseorang individu.

Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria. Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah.

“Sejumlah besar subjek mendapati wajah bermata coklat lebih dipercayai berbanding biru, tidak kira sama ada mereka lelaki atau wanita,” kata salah seorang penyelidik berkenaan.

Wajah lelaki bulat bermulut besar dan dagu lebih lebar dilihat lebih dipercayai berbanding runcing, bagaimanapun bentuk wajah wanita tidak banyak memberi kesan sejauh mana mereka boleh dipercayai.

Penyelidik juga menjalankan ujian ketiga, memberi peserta gambar wajah lelaki yang sama kecuali satu variasi: warna mata. Ketika ujian ini mereka mendapati kedua-dua warna mata dianggap boleh dipercayai.

Mereka juga mendapati kunci untuk dianggap boleh dipercayai bukan datangnya dari warna mata, namun daripada kriteria wajah yang dikongsi individu bermata coklat.

Sebagai contoh, lelaki bermata coklat secara umum memiliki bibir lebar dengan sudut lebih menaik, dagu lebar, mata besar dan kening lebih rapat antara satu sama lain, kriteria dianggap maskulin dan lebih dipercayai. - BH



Penyamun baik hati tawar diri buat susu anak

Mohd Nasrudin memangku Mohd Rayyan Zikri yang berkemungkinan masih fobia kerana melihat penyamun bertopeng dan cuba dipujuk Mustafa
HULU TERENGGANU - “Walaupun salah seorang penyamun tawarkan diri untuk membancuh susu anak, tetapi saya memohon jasa baiknya agar membiarkan saya berbuat demikian,” cerita Wan Habibah Wan Ismail, 31.

Wan Habibah menceritakan detik cemas setelah rumah mentuanya, iaitu Imam Masjid Kampung Bukit Diman, Mustafa Khatib Mohamad, 67, dimasuki tiga penyamun bertopeng kira-kira jam 3 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Wan Habibah dan lima ahli keluarganya yang lain bukan sahaja diikat di dalam bilik, tetapi turut kerugian kira-kira RM15,000 termasuk wang tunai, barang kemas dan beberapa telefon bimbit.

Menurut Wan Habibah, beberapa minit sebelum kejadian, suaminya Mohd Nasrudin, 34, sedang membuai anak mereka, Mohd Rayyan Zikri, 2, yang menangis sebelum bilik tidur diserbu penyamun secara tiba-tiba.

“Suami diarah tunjuk bilik tidur mentua dan dia hanya mampu menurut kerana penyamun memegang pisau. Saya kemudiannya dibawa ke bilik tidur adik ipar, Mohd Nurul Hadi, 32, dan semua ahli keluarga lain juga turut dikumpulkan bersama," katanya.

Wan Habibah berkata, ketika itu anaknya menangis lalu salah seorang penyamun terbabit membawa Mohd Rayyan kepadanya.

"Saya meminta mereka lepaskan ikatan kerana ingin membancuh susu.

“Kemudian saya dibawa masuk kembali ke dalam bilik tidur dan tidak mengetahui apa yang terjadi sehinggalah mereka beredar,” katanya di sini, semalam.
Diikat, kepala ditutup kain

Bagi Mustafa, walaupun terpaksa menanggung kerugian, namun dia tetap bersyukur kerana seluruh ahli keluarganya terselamat.

“Mohd Nasrudin mengejutkan saya yang ketika itu dibawa penyamun ke dalam bilik tidur. Kedua-dua tangan saya dan isteri, Zawiyah Abd Majid, 58, diikat dan kemudiannya kepala kami ditutup dengan kain.

“Mereka berada di dalam rumah saya kira-kira satu jam. Berkemungkinan, penyamun berkenaan menggunakan pintu sama untuk masuk dan keluar iaitu melalui tingkap dapur.

“Selain saya dan isteri, turut berada di rumah ini ialah dua anak, Mohd Nasrudin dan Mohd Nurul Hadi bersama isteri masing-masing.

"Syukurlah, tiga cucu saya juga tidak diapa-apakan, begitu juga isteri Mohd Nurul Hadi, Maswani Mat Zaki, 32, yang sarat mengandung,” ujarnya.

Tambah Mustafa, kejadian seumpama itu pertama kali terjadi kepada mereka sekeluarga dan menyifatkan ia salah satu ujian ALLAH SWT untuknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata. - Sinar Harian



Neelofa rimas bercakap soal lelaki, jodoh dan isu-isu peribadi

BARU sahaja mencecah usia 24 tahun. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi dan sudah pasti angka tersebut melambangkan fasa remaja yang masih ditempuhi.

Namun banyak yang sudah ditempuhi oleh figura yang seorang ini dalam usianya yang masih hijau. Cukup untuk melambangkan kegigihannya.

Awal pembabitan Neelofa Mohd Noor sudah diterjah dengan pelbagai kontroversi. Dituduh bercakaran dengan pelbagai nama, ramai yang mula sangsi pada wanita yang seorang ini.

Tak usah menyelak kembali sejarah tersebut memandangkan segala-galanya sudah tinggal kenangan. Di sebalik sisi negatif seperti yang dilemparkan umum, ada banyak kebaikan yang mengiringi.

Dia sudah tidak lagi melatah saat terhimpit cerita buruk. Sikap positif yang ditunjukkan Neelofa sejak akhir-akhir ini juga cukup menyerlahkan lagi persona dirinya.

Pun begitu, walaupun banyak kontroversi berjaya ditolak ke tepi, itu masih belum membuatkan khalayak menyayanginya sepenuh hati.

Tidak pernah kisah dengan apa juga persepsi yang dilemparkan umum kepadanya, Neelofa yang cukup mesra disapa Lofa yakin dia hanya melakukan yang terbaik untuk dirinya.

"Siapa saya untuk memenuhkan semua impian orang atau nak buat orang gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya juga orang biasa dan tak pernah lari daripada melakukan kesalahan.

"Cuma dalam usia begini saya telah menghadapi segala-gala. Apa lagi yang orang tak kata pada saya? Kontroversi apa lagi yang tak pernah saya lalui?

"Bukan meminta perkara tersebut terjadi lagi tetapi apa yang boleh saya katakan kontroversi itu cukup untuk mematangkan saya dalam pelbagai sudut.

"Setiap kali saya berjaya atasi masalah, itu adalah detik paling manis sebenarnya. Apa yang penting saya juga tidak mahu dilabel dengan pelbagai kata-kata kurang manis," tegas Neelofa.

Ego menurunMELALUI hari-hari lalu dengan penuh rasa syukur, Neelofa tidak mahu terus dikaitkan bercakaran dengan sesiapa pun lagi. Dia mahu segala kekeruhan yang mengiringi kariernya sebelum ini dibuang jauh-jauh tanpa perlu diungkit lagi.

"Saya sebenarnya letih untuk dikaitkan bergaduh dengan orang itu, bercakar dengan orang ini. Cukup-cukuplah beberapa nama terkait dengan saya selama ini.

"Sebagai manusia biasa saya juga mahukan kedamaian. Saya tak mahu hidup saya dikatakan bermusuh dengan orang itu, orang ini sampai saya rasa rimas.

"Padahal kadangkala antara kami tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma bila cerita yang bertebar ditokok tambah, itu yang menambah 'perisa' menjadikan seolah-olah saya bersalah.

"Saya juga sudah masak dengan 'permainan' ini dan kalau boleh cukup-cukuplah sebab saya tak akan ambil pusing lagi," jelas pengacara MeleTOP ini.

Adakah ego Neelofa semakin menurun sejak akhir-akhir ini? Saat ditanya tentang isu tersebut, dia dengan tenang mengakui kebenarannya.

Sudah tiba masa untuknya lebih rasional dalam menghadapi apa sahaja halangan daripada terus terbelenggu dek emosi negatif.

"Mungkin ada benarnya ego saya semakin menurun sejak usia menginjak. Saya anggap perubahan ini adalah perubahan yang positif untuk diri sendiri. Kalau terus dengan ego, sampai bila pun isu lapuk tak akan selesai.

"Saya juga tidak mahu terus merosakkan diri dengan memikirkan masalah yang tak selesai. Daripada berterusan lebih baik saya segera menjernihkan keadaan.

"Setidak-tidaknya hidup saya lebih tenang dan boleh fokus kepada perkara yang lebih penting," jelasnya lagi.

Jodoh"Saya tidak penat tetapi sebenarnya rimas nak bercakap soal lelaki, jodoh dan isu-isu peribadi. Kalau boleh memang saya enggan ulas lagi memandangkan terlalu banyak kisah itu keluar sebelum ini," tegas Neelofa.

Bagi duta tilam King Koil ini, dia sebenarnya kasihan dengan Hans Isaac yang sering kali terpalit setiap kali ceritanya menghiasi kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar.

Tidak adil untuknya terus mengaitkan nama Hans memandangkan isu ini seharusnya tidak digembar-gemburkan untuk kebaikan bersama.

"Saya masih muda dan soal jodoh ini masih jauh untuk saya sebenarnya. Tapi orang selalu bertanya sampaikan saya rimas untuk beri apa-apa jawapan.

"Kalau saya kata macam ini, esok akan keluar macam-macam berita. Saya lebih rela isu ini ditolak ke tepi memandangkan banyak perkara lain yang boleh diketengahkan.

"Dia mungkin tidak ada masalah dengan isu macam ini tapi saya juga perlu jaga hati keluarga. Kalau asyik cerita cinta sahaja yang keluar, macam mana pula kata keluarga saya.

"Sebab itu saya mohon agar tidak terus dikaitkan dengan Hans buat masa ini. Biarlah kami tumpu tugas dan bisnes masing-masing sebelum cakap soal jodoh," pintanya. - Utusan Malaysia


Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 terima 7 anugerah paling teruk


FILEM The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 menerima tujuh anugerah paling teruk termasuk Gambar Paling Teruk Anugerah Tahunan Razzie ke-33 yang berlangsung malam tadi, sehari sebelum majlis anugerah berprestij, Oscar.

Episod terakhir siri Twilight itu juga membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Paling Teruk, yang dimenangi Kristen Stewart, Pelakon Pembantu Paling Teruk (Taylor Lautner) dan Bill Condon dinobatkan sebagai Pengarah Paling Teruk.

Lautner juga berkongsi anugerah apabila dinobatkan Pasangan Paling Teruk di Skrin bersama Maskencie Foy, yang memegang watak separuh manusia dan separuh pontianak, Renesmee.

Dalam pada itu, filem ini juga menerima Kelompok Pelakon di Skrin Paling Teruk dan Sambungan Paling Teruk. Bagaimanapun Stewart tidak menghadiri majlis tersebut untuk menerima anugerah  sama seperti pemenang sebelum ini, Halle Berry dalam Catwoman pada tahun 2004, Sandra Bullock dalam All About Steve pada 2009.

Stewart dijadualkan menjadi penyampai pada malam anugerah Oscar.

Beberapa bintang Twilight terselamat daripada menerima anugerah tersebut dalam kategori masing-masing.

Robert Pattinson ‘tewas’ kepada Adam Sandler dalam That’s My Boy untuk anugerah Pelakon Lelaki Paling Teruk.

Ashley Green pula berjaya mengelak apabila Rihanna dianugerahkan Pelakon Pembantu Wanita Paling Teruk dengan penampilannya dalam Battleship.

Ini merupakan pertama kali filem Twilight menerima  anugerah Razzie untuk gambar Paling Teruk. - Sinar Harian

Loji nuklear AS bocor


SEATTLE: Enam tangki bawah tanah di Pusat Simpanan Nuklear Hanford di Sungai Columbia, selatan Washington bocor dan membebaskan sisa radioaktif tetapi tidak memberi risiko kepada kesihatan umum, kata Gabenor Jay Inslee, kelmarin.

Inslee diberitahu, satu tangki bocor di loji senjata nuklear tidak digunakan lagi minggu lalu oleh Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat, Steven Chu tetapi diberitahu Chu bahawa kebocoran sisa membabitkan enam tangki.

“Setakat ini, tiada risiko kesihatan berkaitan dengan kebocoran yang baru diketahui ini, lebih lapan kilometer dari Sungai Columbia. Namun, ia berita membimbangkan kepada penduduk Washington,” kata Inslee dalam kenyataan pejabatnya.

Gabenor memetik Chu sebagai berkata, jabatannya mulanya tidak menyedari kebocoran lima lagi tangki kerana tidak cukup kakitangan untuk menganalisis data yang ada.

“Ini jelas menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana keadaan 149 tangki mengandungi cecair dan sisa radioaktif di Hanford,” katanya.

Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan seminggu lalu, Jabatan Tenaga berkata penurunan paras cecair dalam tangki T-111 di Hanford menunjukkan ia bocor pada kadar 568 hingga 1,136 liter setahun.

Jabatan itu memberitahu, pemantauan terhadap telaga tidak menunjukkan perubahan besar dalam kepekatan bahan kimia atau radionuklid dalam tanah.

Jabatan Tenaga berkata, T-111 adalah tangki simpanan bawah tanah dengan kapasiti dua juta liter dibina antara 1943 dan 1944 serta mula digunakan pada 1945. Ia dikelaskan sebagai bocor dijangka pada 1979 dan projek penstabilan sementara selesai pada 1995.

Tangki berkenaan kini menyimpan 1.7 juta liter sisa campuran pepejal dan cecair dengan kepekatan seperti lumpur, kata jabatan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan jika lima tangki yang dikenal pasti bocor bersaiz sama seperti T-111 atau bocor pada kadar sama.

“Chu bersungguh-sungguh untuk membersihkan nama Hanford. Beliau yakinkan saya akan lakukan apa terdaya untuk menangani isu kebocoran tangki. Beliau juga beri jaminan kepada saya akan ada pemantauan tambahan untuk tangki lain.

“Kami setuju Washington dan kerajaan persekutuan mesti adakan perbincangan teliti dan jelas mengenai keperluan tangki simpanan tambahan,” katanya.

Pusat Simpanan Nuklear Hanford seluas 1,517 kilometer persegi dibina berhampiran bandar Hanford di sepanjang Sungai Columbia pada 1943 sebagai sebahagian Projek Manhattan, program membangunkan bom atom pertama kerajaan Amerika. REUTERS


Pondan berang port diserbu

Sekumpulan pelacur pondan warga Thailand yang ditahan dalam operasi yang dilakukan Jabatan Imigresen, kelmarin.
IPOH - Gara-gara enggan ditahan pihak berkuasa, beberapa pondan bertindak agresif dengan mencakar dan menggigit anggota Jabatan Imigresen dalam satu serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini malam kelmarin.

Kumpulan pondan yang berasal dari Thailand ini turut diberikan jolokan ‘bapok tangga’ kerana berpakaian seksi dan didapati bergiat aktif di sekitar tangga premis kedai bagi mendapat perhatian pelanggan.

Pelacur pondan yang berusia antara 24 ke 28 tahun itu cuma mengenakan bayaran RM30 hingga RM50 jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks daripada mereka.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas aktiviti jijik mereka berjaya dihidu Jabatan Imigresen di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, pihaknya terlebih dahulu mengintip pergerakan pelacur pondan terbabit sebelum menyerbu lokasi mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, sewaktu serbuan dijalankan, pelacur pondan warga Thailand itu terkejut malah ada dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan bagi mengelakkan diri dicekup.

“Malah, empat daripada pondan terbabit turut ‘mengganas’ sebelum anggota kami berjaya menghentikan tindakan agresif mereka itu.

“Selain itu, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Irwan berkata, seramai 27 anggota bertindak melakukan operasi di beberapa buah di sekitar bandar raya ini.

Katanya, dua rumah yang disasarkan adalah di Kampung Kepayang, Fair Park dan Tanjung Rambutan.

“Dalam serbuan di Kampung Kepayang, Fair Park, kami memberkas dua lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia berusia antara dua hingga 35 tahun yang didapati tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini.

“Operasi turut dilakukan di sebuah rumah di Tanjung Rambutan, di sini, sebelum empat lelaki warga Myanmar berusia 23 hingga 36 tahun diberkas kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir pada jam 2 pagi itu dianggap berjaya berikutan ramai pendatang asing berjaya diberkas hasil dari intipan dan maklumat awam. - Sinar Harian



Buaya sesat masuk kolam ikan

ANGGOTA JPAM menangkap buaya yang tersesat masuk ke dalam kolam ikan
Papar: Dua lelaki, termasuk seorang anggota Pertahanan Awam (JPAM), bergelut dengan seekor buaya lebih tiga jam sebelum menumpaskan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu yang tersesat masuk ke kolam ikan di Kampung Beringgis, dekat sini, malam kelmarin.

Wan Reman, 30, yang juga penjaga kolam ikan berkenaan bersama anggota JPAM Kota Kinabalu terbabit, Zaharin Jumarin, 29, tidak cedera, tetapi dalam keadaan lemah selepas bertarung lebih tiga jam.

Dalam kejadian jam 11 malam, Wan yang berehat di rumahnya berhampiran kolam terbabit yang juga kawasan pusat memancing di Kampung Beringgis Papar pada mulanya terkejut selepas beberapa kaki pancing menjerit mengatakan ada buaya di dalam kolam ikan.

“Saya kemudian keluar untuk melihat apa berlaku, dan beberapa kaki pancing memaklumkan mereka melihat buaya di dalam kolam ikan berhampiran pondok memancing di kawasan berkenaan.

“Ketika memeriksa, saya terkejut melihat seekor buaya berlegar-legar di kawasan kolam, dipercayai tersesat kerana kawasan itu berhampiran paya bakau,” katanya ketika ditemui semalam. - Harian Metro


Gara-gara curi pisang seorang pemuda maut dibelasah

BUNGKUSAN guni berisi pisang yang didakwa dicuri dan motosikal milik mangsa di Kampung Rahmat Luar, Tanah Merah, Kelantan semalam.
TANAH MERAH – Gara-gara didakwa mencuri pisang, nyawa seorang pemuda melayang apabila dibelasah sehingga mati dengan kayu oleh beberapa orang lelaki dalam kejadian di Kampung Rahmat Luar di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Mohd. Khairul Azman Mohd. Shaufi yang berusia 37 tahun cedera parah di kepala setelah dibelasah oleh suspek-suspek sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.

Polis kemudian menahan empat lelaki yang berumur antara 28 hingga 37 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah dilihat oleh seorang suspek sedang memikul seguni pisang di Kampung Jakar di sini yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Kampung Rahmat Luar.

“Suspek cuba menangkap si mati, berlaku pergelutan tetapi mangsa berjaya melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di situ.

“Selepas itu, suspek telah memaklumkan kepada bapa saudara dan dua lagi rakannya untuk mencari mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Aziz seterusnya berkata, empat lelaki itu kemudian terserempak dengan mangsa di Kampung Rahmat Luar dan memukulnya sehingga cedera parah.

Mohd. Khairul yang bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai isteri serta empat orang anak disahkan meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan mangsa didapati mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah. - Kosmo



Pemain Manchester City kena demam Harlem Shake

Demam tarian baru, Harlem Shake, rupanya juga melanda Liga Perdan Inggeris. Manchester City memuat naik video Harlem Shake versi mereka.

Para pemain dan staf Manchester City ikut serta mengambil bahagian dalam pembuatan video Harlem Shake. Diantaranya adalah Edin Dzeko, Joe Hart, James Milner, Joleon Lescott, Micah Richards, Scott Sinclair dan Aleksandar Kolarov.




Seorang wartawan pengsan semasa siaran langsung


CANBERRA - Seorang wartawan pengsan ketika liputan siaran langsung acara akrobatik pesawat. Ekoran kejadian itu siaran langsung itu terus dihentikan.

Wartawan, Grant Denyer, melakukan liputan Air Show yang diadakan di Australia. Ia melakukan siaran langsung didalam pesawat yang  melakukan aksi akrobatiknya.

Namun, ketika pesawat melakukan manuver dengan berputar-putar di udara, Denyer tampak pucat. Walaupun dilihat ketakutan, Denyer sempat bergurau dengan pengacara, Melissa Doyle yang ada di studio.

“Bertenang,  saya belum muntah,” kata Denyer, seperti dilapor  Mirror, Rabu (20/2/2013).

Beberapa saat kemudian terlihat kepala Denyer beralih dari posisinya, ia juga terlihat pening dan akhirnya wartawan itu pengsan.

Akibat kejadian ini membuat Doyle yang berada di studio terus menghentikan siaran langsung tersebut.

Seperti diketahui kejadian ini bukan yang pertama kali dialami oleh seorang wartawan ketika siaran langsung. Banyak kejadian tak terduga yang sering dialami oleh seorang wartawan ketika  melakukan liputan bahkan semasa siaran di dalam studio. - okezone.com

Saintis dakwa minum kopi panjangkan umur setahun


Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia.

Kajian dilakukan ke atas 500,000  warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari.

Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus.

“Tetapi sekiranya individu mengambil lebih daripada dua atau tiga cawan, ia tidak memberi manfaat malah dianggap tidak sihat kerana kandungan kafein boleh memberi risiko kepada masalah jantung, strok, kencing manis dan Parkinson," katanya.

Menurutnya, hipotesis kajian dari individu berusia  50 dan 71 itu telah dilakukan sejak 12 tahun lalu dan menunjukkan bukti kukuh.

“Tabiat minum kopi dikaitkan dengan tingkah laku yang mampu menghindari seseorang daripada mengambil minuman beralkohol, karbonat ataupun memakan daging berkalori tinggi," katanya.

Beliau berkata, kopi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.

“Sebatian berbeza dalam kopi adalah penting, iaitu pengambilan tanpa gula adalah yang terbaik,” katanya.

Dr Freedman berkata, pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak memudaratkan kesihatan malahan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan meskipun pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan.

"Kajian menunjukkan kesan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko diabetes iaitu dua kali adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi," katanya.

Menurutnya lagi, kajian membuktikan selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati.

"Kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti fizikal seperti mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam akan lebih segar setelah meminum kopi," katanya. - Jurnal Penyelidikan Kafein. - Sinar Harian


Nyaris telan mata kail dalam lauk ikan haruan

Abdul Rizal memegang mata kail yang nyaris ditelan isterinya
 TEMERLOH – Seorang guru yang baru enam hari melahirkan anak nyaris tertelan mata kail ketika menikmati hidangan nasi bungkus berlauk singgang ikan haruan yang dibeli di kafe Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

Suaminya yang juga seorang guru, Abdul Rizal Anzah, 35, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang, Rabu lalu ketika dia sedang menemani isterinya menikmati hidangan terbabit di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Menurutnya, ketika asyik menyuap makanan tersebut, mereka terpandang mata kail yang masih terlekat pada ikan haruan berkenaan.

“Isteri saya baru makan tiga suap nasi dan ketika mahu meneruskan suapan seterusnya, kami terpandang mata kail yang masih terlekat pada kepala ikan haruan itu.

“Kami berdua sangat terkejut dan mengambil beberapa gambar mata kail berkenaan dengan telefon bimbit sebelum bertanyakan hal tersebut kepada kakitangan hospital bertugas," katanya.

Abdul Rizal berkata, hasil nasihat kakitangan berkenaan, beliau segera ke kafe untuk bertemu pengurusnya namun hampa kerana tiada respons selepas lima minit menunggu.

"Kerana kecewa, saya kemudian menulis laporan lengkap mengenai penemuan mata kail dalam makanan tersebut sebelum memasukkannya dalam peti cadangan di lobi HosHAS.

"Saya juga membuat laporan polis kira-kira jam 12.05 pagi, selain mengirimkan e-mel kepada pengurusan Hoshas berhubung perkara itu," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga tengah hari semalam, beliau tidak menerima sebarang respons mengenai perkara tersebut sehingga terpaksa membuat kenyataan media.
Abdul Rizal memegang laporan polis yang dibuatnya
berhubung penemuan mata kail dalam lauk singgang
ikan haruan dibeli di kafe HosHAS.
“Saya bukan hendak mencari publisiti, kalau boleh saya tidak mahu perkara ini berpanjangan tetapi pihak terbabit gagal memberikan kerjasama selain tidak memberi respons terhadap masalah yang berlaku.

"Tahap kebersihan makanan di kafe berkenaan wajar dipersoalkan kerana jika ikan haruan berkenaan dibersihkan dengan teliti tentunya perkara ini tidak berlaku," katanya.

Beliau berkata, nyawa isterinya mungkin terancam sekiranya tertelan mata kail tersebut.

"Nasib baik kami nampak, kalau tidak mungkin isteri tertelan mata kail itu dan tentunya perkara lebih sulit berlaku kerana ia mungkin melibatkan nyawa," katanya.

Sementara itu Pengarah Hoshas, Datuk Dr Bahari Awang Ngah mengesahkan ada menerima emel daripada Abdul Rizal mengenai perkara tersebut dan sedang melakukan siasatan mengenai kejadian.

"Jika benar berlaku, ia sememangnya tidak patut dan bagaimanapun, kita sedang menyiasat perkara itu," katanya. - Sinar Harian