Uji Rashid, Rakan-rakan Dipenjara 10 Tahun Cuba Rompak Kapal

JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada 12.49 pagi hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan dan senarai barang kes.

"Kesalahan yang dilakukan ini adalah berat, oleh itu setiap kamu dijatuhi hukuman 10 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapan dan empat kali sebatan," katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Muhamad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=616879

Mesej tersembunyi

hanya perlu lipat-lipat secara lintang-pukang maka muncullah mesej tersembunyi di wang kertas Amerika nih..

boleh terfikir pulak diorang ni yer huhuhu

moh kita tengok...

united we stand


trust no one


the kids are alright


the heat is on


the end is near


the american idol


holy shit


ahahaha tu dia wehh....

apa kata cuba lipat2 duit kertas ringgit kita
agak2 ada muncul tak mesej2 tersembunyi camtu

cer lipat tengok huhuhu


Siti Nurhaliza - All Your Love

All Your Love....album terbaru dari Siti Nurhaliza

satu perkembangan yang baik dari Siti yang berani mengeluarkan album inggeris walaupun ada
yang memprtikaikan kemampuannya.


“Lagu Melayu menjadi ‘makanan’ saya. Berilah apa pun saya dapat melakukannya.
Tetapi album ini sama sekali berbeza. Bukan saja dari sudut bahasa tetapi melodinya dan imej ditampilkan. Semua baru dan berbeza. Jika saya tidak melakukannya saya tidak akan tahu kemampuan diri.

jika dia tidak menghasilkan album Inggeris sekarang, dia tidak tahu kemampuannya. kata Siti lg


bagus Siti..pedulikan apa orang nak kata

moh layan lagu falling in love


Sedapnya batu-bata

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.

Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.”


wordless wednesday # 3




Gaun pengantin terpanjang

Seorang wanita Itali Elena De Angelis memakai gaun sepanjang 3 kilometer di hari pernikahannya.

perjalannannya dari rumah ke gereja diraikan oleh seluruh warga Casal di Princice dengan sama-sama mengangkat gaun tersebut.

bagi pencipta gaun itu Gianni Molaro beliau berharap gaun pengantin itu dicatatkan dalam Guinness Book of World Records.


dah macam ular dah rupanya