Konsert Michael Jackson di Malaysia tahun 1996

Konsert Michael Jackson dianjurkan oleh Jojo Entertainment dan ditaja oleh Mutiara Telecom. Tiket dijual di antara harga RM65 hinggalah RM350, dan dijangkakan lebih 60,000 penonton akan hadir ke lokasi asal di Stadium Shah Alam. Oleh kerana lokasi asal tidak dapat digunakan dan tiket juga telah terjual serta persiapan telah dilakukan, maka pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi konsert ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang hanya mampu memuatkan seramai 40,000 penonton. Memandangkan jumlah jangkaan penonton yang pastinya akan melebihi kapasiti Stadium Merdeka, maka konsert Michael Jackson telah ditambah sehari lagi, iaitu pada 29 Oktober 1996, hari Selasa!

Berikut adalah beberapa perkara menarik mengenai kunjungan Raja Pop, Michael Jackson selama 5 hari ke Malaysia pada 26 Oktober hingga 30 Oktober 1996 mengikut kronologi:

  •     Demonstrasi membantah kehadiran Michael telah diadakan pada hari Jumaat, 25 Oktober 1996 berhampiran Masjid Negara, Kuala Lumpur
  •     Michael tiba dari Singapura (selepas mengadakan konsert di sana) dengan jet peribadi yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz pada hari Sabtu, 26 Oktober 1996 jam 2.30 petang
  •     Lebih kurang 1,000 orang peminat menyambut ketibaan Michael di lapangan terbang tersebut
  •     Pihak pengurusan lapangan terbang turut memeriahkan suasana dengan menayangkan video klip Michael melalui skrin-skrin televisyen
  •     Michael diberi sambutan tradisional yang lengkap dengan tepak sirih, kompang dan bunga manggar, manakala bunga orkid telah ditabur di sepanjang laluan beliau di lapangan terbang (Nota: bunga orkid juga digunakan dalam konsert beliau semasa persembahan lagu Earth Song)
  •     Michael dijemput menaiki sebuah van bernombor plet BCN 2 milik Raja Muda Selangor lalu di bawa ke Hotel Concorde, Kuala Lumpur dengan diiringi oleh 2 buah motosikal polis trafik. Pihak polis menyangkal dakwaan bahawa Michael diberi layanan VIP sebaliknya iringan polis trafik tersebut adalah bagi mengelakkan kesesakan lalulintas yang mungkin terjadi akibat orang ramai yang ingin melihat Michael dari dekat

  •     Ketibaan Michael di Hotel Concorde disambut dengan paluan irama oleh alat muzik tradisional rebana ubi
  •     Michael dan rombongannya seramai 150 orang telah menyewa keseluruhan tingkat 17, 18, 19 dan 20 di hotel tersebut, termasuk bilik-bilik khas untuk membuat latihan tarian dan tempat simpanan barangan mainan
  •     Lebih kurang 500 orang peminat menunggu ketibaan Michael di perkarangan hotel, tetapi cuma 50 orang kanak-kanak dari Rumah Ozanam mendapat keistimewaan untuk masuk bertemu Michael di lobi hotel serta mendapatkan tandatangan beliau
  •     Orang awam tidak dibenarkan memasuki Hotel Concorde sehingga jam 7 malam pada hari ketibaan Michael. Hanya tetamu hotel yang berdaftar dan para jemputan khas dibenarkan masuk
  •     Michael hanya berehat seketika di hotel. Pada jam 6.15 petang hari yang sama, Michael dan para pengawalnya termasuk beberapa orang anggota polis telah pergi ke kompleks membeli belah 1 Utama di Bandar Utama. Para pengunjung 1 Utama seakan tidak percaya dan ramai peminat yang menjerit apabila melihat kelibat Michael yang kelihatan menuju ke kedai Toys R Us. Pengurus kedai barangan mainan terkenal itu yang terkejut dengan kehadiran Michael telah mengarahkan pintu kedai ditutup sementara Michael membeli barangan mainan seperti patung Superman & Batman, pistol air serta buku kanak-kanak. Setelah hampir 2 jam berada di situ, Michael dilaporkan membelanjakan sebanyak RM800

  •     Pada hari pertama (Ahad) konsert, peminat berkumpul di luar Stadium Merdeka seawal jam 3 petang (lihat gambar di hujung entri ini). Konsert bermula pada jam 9 malam
  •     Konsert malam pertama disaksikan oleh 40,000 penonton termasuk VIP seperti Raja Permaisuri Agong, kerabat Diraja, serta Menteri dan Datuk Bandar
  •     Dua buah lagu penutup konsert iaitu Earth Song dan Heal The World turut melibatkan penyertaan hampir 30 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada kanak-kanak hingga warga tua yang berperanan sebagai penyanyi koir
  •     Seorang lelaki warga tua yang memakai tanda nama Maryono turut kelihatan bertugas di Stadium Merdeka. Beliau yang dilihat memegang beg dan lampu minyak tanah dipercayai adalah seorang bomoh yang diupah oleh pihak penganjur bagi berdoa (atau mengamalkan lain-lain aktiviti perbomohan!) supaya hujan tidak turun di stadium yang tidak berbumbung itu (Nota: lokasi asal iaitu Stadium Shah Alam mempunyai bumbung yang boleh ditutup). Atas ketentuan Tuhan, hujan tidak turun semasa berlangsungnya konsert

  •     Pada hari ketiga (Isnin) Michael di Kuala Lumpur, pihak penganjur telah mengaturkan pertemuan beliau dengan 30 orang kanak-kanak (berumur 4 hingga 12 tahun) yang dipilih khas bagi berkenal mesra dengan Michael di Hotel Concorde. Kanak-kanak tersebut dijamu dengan pizza dan turut menerima barangan mainan yang dibeli sendiri oleh Michael sebelum itu di Toys R Us. Pertemuan selama 2 jam itu berakhir pada jam 10.30 malam dengan setiap seorang kanak-kanak mendapat tandatangan Michael. Salah seorang kanak-kanak bertuah itu, Mohamad Warith Zuhairi dari Subang Jaya telah menerima patung mainan Power Rangers dan tandatangan Michael pada lengan kirinya. Adik Warith yang berusia 6 tahun ketika itu berkata bahawa dia tidak akan membasuh atau membuang tandatangan Michael pada lengannya
  •     Semasa menginap di Hotel Concorde, Michael dilaporkan menikmati hidangan makan tengahari berupa ayam tandoori yang dimasak khas oleh chef peribadi beliau di dalam dapur bilik suite mewahnya

  •     Konsert hari kedua (Selasa) diakhiri dengan Michael menyebut berkali-kali "Saya cinta Kuala Lumpur"
  •     Kenyataan tidak rasmi menyatakan bahawa kos penganjuran 2 buah konsert Michael di Malaysia menelan belanja melebihi RM3 juta

  •     Pada hari terakhir (Rabu) Michael di Kuala Lumpur, pihak pengurusan dan pekerja Hotel Concorde seramai 200 orang telah mengaturkan majlis perpisahan dengan Michael di bumbung tempat letak kereta di tingkat bawah hotel itu pada jam 10.30 pagi. Mereka turut disertai oleh 15 orang pemuzik Kebudayaan Seri Wilayah yang memainkan muzik tradisional Melayu. Pada jam 10.50 pagi Michael 'menghadiri' majlis tersebut dari kejauhan nun dari bilik suitenya di tingkat 18. Kemunculan Michael di jendela dengan wajah yang tersenyum cukup bermakna kepada orang ramai di bawah. Berpuluh-puluh belon berwarna-warni yang bertulis "We'll Miss You" lantas dilepaskan ke udara. Belon-belon tersebut membawa sepanduk yang bertulis "Heal The World! Jumpa Lagi!". Michael terus tersenyum lalu menghembuskan ciuman serta mengangkat topinya kepada orang ramai di bawah

  •     Acara terakhir yang sepatutnya disertai oleh Michael di Kuala Lumpur ialah pertemuan khas dengan 50 orang kanak-kanak daripada Tasputra Perkim, Spastic Home dan Rumah Ozanam. Acara tersebut yang melibatkan pemberian barangan mainan dan makan tengahari dijadualkan berlangsung selama 30 minit di Hard Rock Cafe bersebelahan dengan Hotel Concorde. Malangnya Michael cuma meluangkan masa 3 minit sahaja di situ kerana beliau dikatakan merasa kurang senang melihat ramai orang dewasa juga turut serta berada di situ bersama-sama dengan peminatnya yang paling utama iaitu kanak-kanak. Hard Rock Cafe yang ditutup kepada orang awam sempena acara tersebut telah dihias cantik dengan belon dan turut disediakan hidangan istimewa, tetapi kehadiran ramai ibu bapa kepada kanak-kanak yang tidak diundang telah menyebabkan Michael meninggalkan acara tersebut. Kanak-kanak dari Rumah Ozanam yang baru tiba dengan bas hanya sempat melihat Michael bergegas keluar. Namun begitu, semua kanak-kanak yang hadir tetap menerima barangan mainan yang ditinggalkan oleh Michael

  •     Sebaik sahaja meninggalkan Hard Rock Cafe, Michael diiringi ke lobi hotel sambil kelihatan tersenyum dan melambai tangan ke arah ratusan peminat yang memanggil namanya serta jeritan selamat jalan dan "Bye, Michael!". Kelibat Michael hilang setelah beliau masuk ke dalam van Toyota yang membawanya ke lapangan terbang untuk berlepas ke destinasi konsert yang seterusnya di Bombay, India
  •     Michael dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz lebih kurang jam 12 tengahari. Walau bagaimanapun, 2 buah jet peribadi (Boeing 707) milik Michael yang sepatutnya berlepas pada jam 1 petang telah terkandas apabila tidak mendapat pelepasan untuk mendarat di Madras, India. Hanya pada jam 2.30 petang (Rabu, 30 Oktober 1996) jet yang membawa Michael dibenarkan terbang meninggalkan Malaysia

Jom layann!!!!!!!!  Michael Jackson - Beat it live in Malaysia



kredit: ANX


Adat pelik perkahwinan di seluruh dunia


Culik

Di Itali, sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat 'sah nikah'.

Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama


Kahwin dengan anjing

Di Khanyan, sebuah daerah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Calcutta, India pula suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau.

Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.

Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu.

Apabila upacara pernikahan 'mengusir syaitan' selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.

"Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti," kata bapanya.

Tutur Handsa, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan anjing jantan bernama Bacchan itu.


Makan isi perut kambing biri-biri

Lain pula halnya di Scotland apabila pengantin lelaki disuruh makan isi perut kambing biri-biri. Malah, lebih malang pasangannya akan disiram dengan telur mentah, air kotor, sos dan yogurt.

Ritual ini dikatakan bagi memastikan pasangan itu tidak bertelingkah selepas berkahwin.


Menggemukkan badan

Di Mauritius, wanita yang menjadi kegilaan lelaki ialah wanita bertubuh berisi.

Malah, sejak kecil lagi ramai anak perempuan ditempatkan di beberapa buah khemah di Gurun Sahara bertujuan untuk 'menggemukkan' mereka.

Mereka wajib makan dua kilogram daging unta sehari di samping 19 liter susu kambing

Cerita Tijanniya Mint, 14, yang telah mengikuti program berkenaan, pada mulanya ibunya ingin menghantarnya bercuti di gurun sambil menikmati makanan yang lazat.

"Pastinya saya gembira sambil ibu menjanjikan apabila saya pulang kelak saya akan berubah menjadi seorang gadis yang cantik," tutur Mint.

Selama 10 hari bersama lima gadis lain berumur antara 7 hingga 12 tahun, rutin makanan mereka setiap hari ialah minum susu kambing dan makan daging unta dalam jumlah yang banyak.

Jika mereka memuntahkan makanan tersebut mereka akan dipukul oleh seorang penjaga wanita tua.

"Sasaran utama program itu ialah menjadikan bentuk badan mereka membesar seperti belon," kata penjaga gadis di khemah itu, Aminetou Mint Elhacen, 50.

Berdasarkan kepercayaan Moors yang diamalkan, wanita bertubuh gemuk simbol kekayaan suami mereka tetapi adat resam ini sudah berkurangan sejak kempen kesedaran kesihatan yang dijalankan kerajaan.


Dilarang buang air 

kesukaran pasti dialami pasangan pengantin di Kalimantan, Indonesia.

Mereka dilarang membuang air besar dan air kecil selama 72 jam selain tidak boleh menggosok gigi dan mandi.

Sekiranya peraturan itu dipatuhi, mereka didakwa akan hidup bahagia dan dikurniakan zuriat yang ramai serta sihat


Rentung bersama durian

Keadaan tangan Kamal yang sudah terkeluar dari tingkap dan badan bersandar pada pintu dipercayai cuba berusaha keluar daripada van berkenaan sebelum ia terbakar.

 JASIN - Seorang peniaga buah-buahan terpaksa menanggung kesakitan akibat tersepit hampir 30 minit sebelum akhirnya rentung apabila van yang dipandunya terbakar selepas terbabas di Kilometer 32, Jalan Ghaffar, Sungai Rambai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi semalam, mangsa, Kamal Abd Kadir, 43, dikatakan rentung bersama barangan niaganya berupa payung, generator dan buah-buahan termasuk durian di dalam van jenis Nissan Vanette tersebut.

Sinar Harian difahamkan, Kamal yang juga bapa kepada empat anak dan tinggal di Taman Muhibah, Muar, Johor baru balik daripada berniaga di Klebang, Melaka Tengah seperti kebiasaannya.

Menurut sumber pula, mangsa yang memandu sendirian dari arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala Sungai Mati, Muar, Johor dipercayai terbabas di selekoh lalu masuk ke dalam parit.

“Akibatnya, mangsa yang tidak sempat mengawal kenderaan terbabas ke dalam parit menyebabkan kakinya tersepit di bawah stereng.

“Sebelum van berkenaan terbakar, mangsa dikatakan menjerit meminta tolong dan ia dapat didengari penduduk yang menetap di kawasan berkenaan,” katanya.

Seorang pemandu kenderaan lain yang menyedari kemalangan itu berlaku ketika melalui kawasan tersebut kemudian berhenti lalu menghubungi talian kecemasan sebelum sepasukan bomba dari Merlimau tiba dan memadamkan api yang marak.

Adik mangsa, Kasturi, 35, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas seorang rakan memaklumkan van kepunyaan abangnya terbakar akibat kemalangan.

“Sebelum itu saya dah rasa pelik kerana sewaktu datang ke rumah abang untuk ambil kuih, kakak ipar, Norlida Husin, 41, memberitahu arwah belum lagi balik sejak malam tadi.

“Sedangkan katanya, abang saya ada menelefonnya kira-kira jam 12 tengah malam memberitahu sedang berkemas pulang,” katanya.

Kasturi berkata, sejurus dimaklumkan rakan, dia terus membuat pengecaman van di Balai Polis Merlimau sebelum melihat mayat abangnya di bilik mayat, Hospital Jasin.

“Hanya selepas melihat mayatnya baru saya menghubungi ahli keluarga termasuk kakak ipar,” katanya .

Menurutnya, arwah yang ditemui kali terakhir dua minggu lalu meninggalkan empat anak dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Kampung Rawang, Muar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi.


[sinar harian]


Gempar jumpa kulat aneh

Azizah menunjukkan kulat aneh menyerupai spesies kulat gano yang ditemui di dalam kolam di tepi rumahnya di Kampung Kok Pasir

 TUMPAT – Kemunculan kulat gergasi yang menyerupai spesies kulat gano di Kampung Kok Pasir di sini, menjadi tumpuan orang ramai.

Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.

Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai  yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.

Malah, kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.

Azizah berkata, dia menemui kulat gergasi itu pada 1 Muharam (15 November), tumbuh subur di batang pokok sagu yang dibuang ke dalam kolam selepas ditebang tiga tahun lalu.

“Sebelum kulat ini muncul, ada buih dalam kolam tersebut dan saya sangkakan ada kura-kura.

“Saya ambil kayu lalu menjoloknya ke dalam kolam, tetapi tiada apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia berusaha mencabut kulat yang melekat di batang pokok sagu itu, tetapi tidak berhasil.

Azizah berkata, disebabkan kulat itu besar dan berat, dia terpaksa meminta bantuan suami, Nawi Mahmod, 63, untuk mencabutnya dan membawanya ke rumah.

“Saya terpaksa gunakan kereta sorong mengangkutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah,” katanya yang mempunyai sembilan anak.

Menurutnya, sejak kulat itu muncul, ia membawa rezeki kepadanya kerana orang ramai sentiasa datang untuk melihat dan mengambil air penawar.

“Selepas beberapa minggu, saya dapati kulat ini hidup kerana ada kelopak baru tumbuh dan saya percaya, ia adalah spesies kulat gano yang mampu merawat pelbagai penyakit,” katanya.

Azizah berkata, ibunya, Rokiah Idris, 80, yang tidak dapat berjalan akibat serangan  strok minggu lalu, dipercayai pulih selepas beberapa kali meminum air rendaman kulat tersebut


[sinar harian]


Harimau Malaya terima layanan buruk di Thailand

Skuad negara terpaksa menjalani latihan ringan di atas padang yang ditakungi air di Stadium Express-way semalam.

Pengurusan Harimau Malaya buat aduan mengenai layanan buruk tuan rumah

Pihak pengurusan pasukan kebangsaan membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai keadaan padang latihan Harimau Malaya, yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.

“Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya,” kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Jaran Buraprat, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan skuad negara, petang semalam.

Layanan yang diterima Harimau Malaya agak berbeza dengan layanan lima bintang disediakan Malaysia kepada Thailand ketika berkunjung ke ibu negara untuk perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu termasuk menyediakan padang latihan tertutup dan anggota keselamatan.

Macam bendang padi

Skuad Harimau Malaya dikejutkan dengan tindakan penganjur Piala Suzuki AFF dan tuan rumah, FAT hanya menyediakan padang awam sebagai tempat latihan di Bangkok, petang semalam.

Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.
“Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.

“Sedangkan ketika skuad Thailand datang ke Kuala Lumpur tempoh hari, kita beri layanan begitu baik, jagaan pihak polis dan padang latihan tertutup (Kompleks Latihan Maybank, Bangi) supaya mereka dapat buat latihan sulit tanpa gangguan,” katanya.

Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."


[berita harian]

15 pintu syaitan

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
- putus asa daripada rahmat “ALLAH”


15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

sumber: facebook


Poster Mickey Mouse tahun 1928 dijual $100,000

Satu poster filem Mickey Mouse tahun 1928 telah dijual dengan harga lebih USD$100,000. Poster ini telah dibeli oleh pembeli misteri dalam satu acara lelongan di Dallas, Texas, AS.

Poster berwarna ini merupakan salah satu dari gambar edisi pertama karakter ikonis Walt Disney yang berjaya diselamatkan. Poster ini dijual oleh keluarga seorang kolektor yang telah meninggal dunia di California (AS).

Mickey menggantikan karakter sebelumnya, Oswald the Lucky Rabbit, karya Disney, untuk Universal Studios dan untuk kali pertama tampil dalam Steamboat Willie.

Poster ini menggambarkan Mickey sedang tersenyum, dengan tulisan "Karakter Kartun Terlucu di Dunia", dan melambaikan tangan yang dipakai sarung tangan.

Pengarah Heritage Auctions, Grey Smith, menyebut bahawa poster itu merupakan ''bahagian penting dari harta karun budaya pop"

Tahun lalu, sebuah filem kartun yang menampilkan Oswald the Lucky Rabbit, dengan judul Hungry Hobos, pada 1928, terjual dengan harga USD$25.000. Filem 16 mm itu ditemukan di Arsip Film Huntley, Herefordshire

suka mickey tak? aku suka kekeke