Mayat tidak diterima bumi di pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


Mimaland dalam kenangan

Mimaland? apa benda tuuuu?? eheh..Mimaland atau nama penuhnya Malaysia In Miniature Land adalah sebuah taman tema yang dibuka pada tahun 1975 di Gombak.

tahun 1994 taman ini terpaksa ditutup akibat dari beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku antarnya tanah runtuh, budak mati lemas....

aku sebenarnya tak tau langsung pasal taman tema nih...pergi memang tak lah. lagi pun masa kecik-kecik dulu bila datang KL arwah ayah aku bawak pergi Zoo Negara je.

kalau nak tengok juga suasana di Mimaland suatu ketika dulu korang boleh layan movie...Gila-Gila Remaja, Tuan Besar, Mekanik


zaman gemilang





keadaan sekarang..terbiar




gambar dan info dicilok dari....

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=70953
http://majalah-mastika.blogspot.com/2010_02_01_archive.html


terima kasih kepada pemiliknya

Jauhi perbuatan syirik


SILA AMBIL PERHATIAN.. Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.

- syahirul.com-



http://www.facebook.com/ISLAMAllahMuhammad


Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa hari ini 1 Jun 2012

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.

Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

~Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

~Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

~Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

~Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

~Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
…dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.


~hati-hati~

Bila tiba cuti sekolah...

sekarang ni sekolah sedang bercutikan..pada masa inilah ramai yang naik pelamin, kenduri kawen sana sini

mengikut laman web jabatan Agama Islam Selangor, mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah dan hukumnya adalah sunat muakkad.

Antara hikmah Islam mengalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:

~Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
~Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
~Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
~Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim

Jika diperhatikan amalan dalam masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat atau mendoakan pasangan yang baru berkahwin. Apa yang biasa didengar adalah "Selamat Pengantin Baru", "Semoga bahagia hingga ke anak cucu" dan sebagainya.

Sebaliknya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh doa yang terbaik untuk diamalkan seperti mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohon keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan sunnah baginda.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada pasangan yang berkahwin, baginda berkata

‘Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.' (Riwayat Abu Daud)


ok, selamat pengantin baru kepada Aina Mardhiah dan pasangannya Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan

kepada musuh ketat, Husna, telah selamat bertunang dah. tahniah Husz. yeayy!!!


kepak kepong pakk ponggg!!!kompang dipalu....


Hukum tetamu tidak diundang makan kenduri

ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus...

1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu tak boleh makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput... jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan...

2) WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan... bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama... SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..