Orang kuat

Satu acara untuk mencari orang yang paling kuat dan berdaya tahan telah diadakan di Perton, England kelmarin.

pertandingan yang bermula sejak tahun 1986 itu memerlukan peserta berlari menempuh pelbagai halangan antaranya meredah api, berenang dalam lumpur, mendaki, berlari sambil memikul batang kayu, meniarap di bawah kawat berduri.

disebabkan acara ini berisiko tinggi pihak penganjur mensyaratkan setiap peserta menandatangani perjanjian bahawa mereka tidak bertanggungjawab jika berlaku kematian kepada peserta...

mati kataklah jawabnya huhuhu



burung panggang hihi


tak cukup kuat lagi...terpaksa diselamatkan haha


tertelan air lumpurlah tu


lautan lumpur aku renangi


awek ni dah cukup kuat kot..berani ambil bahagian


kalau peserta perempuan mungkin boleh tersangkut nih hehe


yang berbadan besar sah tak muat nak masuk dalam tayar tu


selamba je brader ni


ala ringan je


ooppss

Yuna oh Yuna



ceria-ceria pagi hahaha..hari yang bahagia, gembira, senyum memanjang hehe. kenapa? sebabnya hari ni tak kedengaran glory..glory haha.

geng setan merah tak berkata apa, diam membisu hehe. kalau tak dari pagi sampai petang asek dok cerita pasal team dia je lah. bila dah kalah senyap jela kan huahaha.

ok dah, tak nak cerita pasal bola tapi pasal AJL malam tadi

aku tak tengok pon hanya bila Yuna muncul baru aku layan kejap sebab aku minat Yuna hihi

tak apalah Yuna, tak ada rezeki. kami tetap dibelakang anda.


baru lepas joging ke apa nih..tak minatlah kau huhu


gambar kredit: http://www.budiey.com/

Setan makan tanah

Terbaik......mulut setan merah dapat ditutup

THE REDS 2 -- RED DEVILS 1


1-0




1-1


2-1

Dirk Kuyt blasted Liverpool into the fifth round of the FA Cup

Mari kita melawat Netherlands

hujung-hujung minggu ni kalau tak kerja atau tak ada benda nak buat apa kata ikut aku melancong. hari ini kita melawat negara Netherlands atau lebih tepat lagi sebuah kampung di negara itu yang di kenali sebagai Giethoom. ia terletak kira-kira 5km dari southwest of Steenwijck

apa yang uniknya, kampung ini tidak mempunyai jalan raya. ia menghubungi antara satu sama lain dengan sungai. bila dah tak ada jalan raya sudah tentu kereta, moto, lori pon tak ada juga ye tak. udara bersih tanpa asap.

kampung ini mula femes apabila sebuah filem "fanfare" membuat penggambaran di sini pada tahun 1958 dulu. jadi tak hairanlah ia dikunjungi oleh ribuan pelancong dari seluruh dunia.

ok moh kita jalan-jalan menikmati panorama cantik kampung itu













rasa macam nak pindah duduk sini je. best. tenang, cantik

Adele best

kenal Adele tak? aku baru je berkenal-kenalan dengan dia.

dulu aku tak layan sangat Adele rasa cam tak best je tapi bila dengar balik lagu dia berulang kali aku rasa semacam...woww superb...

best...suara dia memang best

bertambah sorang lagi penyanyi wanita yang aku minat


banyak-banyak lagu dia, lagu yang ni tiap-tiap hari aku layan

"Rolling in the deep"

best sangat..

moh kita layan sama-sama

Impian yang belum menjadi kenyataan

(Anfield)

satu hari nanti aku akan berada di sini untuk menyaksikan
The Reds beraksi. semoga menjadi kenyataan. insyaAllah


esok 28 jan 2012
Reds akan berentap dengan musuh paling ketat, Manchester Utd
dalam FA cup.

semoga mulut si setan merah dapat ditutup seterusnya akan dapat
beraksi di Wembley.

~YNWA~

p/s: kalau kalah esok, minggu depan bernanah telinga kena kutuk huhuhu

Miss Cutey Yellowish


comelkan awek korea ni. namanya Ji Hyun Ji, 20, atau gelarannya Miss Cutey Yellowish. dia mendapat gelaran sedemikian kerana tidak gosok gigi selama 10 tahun...pehhh lamanya. aku tak gosok sehari pon dah lain macam dah huhuhu.

"Saya tidak tahu mengapa orang harus gosok gigi, kerana tak ada orang lain yang akan melihat ke dalam mulut anda,bagi saya, tumpukan sisa makanan itu akan menjadi perlindungan bagi gigi saya" kata Ji

menurut Ji, kali terakhir dia menggosok gigi ketika berusia 10 tahun ketika ibunya menggosok giginya.

Kebiasaan hari-harinya dia hanya mencungkil gigi depannya jika ada makanan melekat.


siapa yang sanggup jadi suaminya ek? aku tak nak hahaha