wordless wednesday # 3



isk...



Hepi bufday aRin

10 Ogos muncul lagi...



hari istimewa kpd Miss Azreen Marzuki



Hepi Bufday To You..Hepi Bufday To You..Hepi Bufday To Arin..

Hepi Bufday To Youuuu!!!



selamat hari lahir Arin...



semoga dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki olehNya,

sukses dlm kerjaya dan ceria2 bersama keluarga..



lagu birthday versi chipmunks hehe





Nak makan taik itik

tetiba je tekak rasa nak makan taik itik utk berbuka karang. cam mengidam pulak. ceh, mengalahkan pompuan mengandung huuuuuuu.



ooopssS jgn salah faham, taik itik bkn yg keluar dri punggung itik tu tpi kuih. kuih ni popular di Kelantan.



sadis betul namanya. sapelah yg letak nama tu isk..isk...iskk





ni haaa gambar kuihnya...dicilok dari lebai google







kuih ni tak sesuai dimakan hari-hari sebab rasanya manis. sesekali tu bolehlah buat lepas gian aku pun tak suka manis-manis.





menurut auntie wikipedia...



Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.







sape pernah makan????



Dulu-dulu bila puasa je main mercun...besttt

pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa. cepat betul masa berlalu. seperti biasala masuk je bulan puasa nih mesti ada yg putus jarikan akibat main mercun. aku dulu pun main gak mercun. best woooooo hehehe tapi tak pernah pulak meletup kat tangan.



aku main mercun yg biasa-biasa je. tak berani wehh nak main mercun yg pelik2



hokay inilah antara mercun yg aku main dulu-dulu. zaman kanak-kanak ribena dulu tu.





ini mercun papan. bila main mercun nih aku suka cucuk kat taik lembu. meletup je sure berterabur taik lembu tu. nasibla kalau kena kat muka ke apa hehe.





ini mercun bawang. best wooo main mercun nih. lagi pun ia tak bahaya cam mercun bola. bunyi pun ayu je peh peh peh camtulah lebih kurang bunyinya hehe.







yang ni pulak mercun katak. best gak nih. mercun ni akan melompat-lompat bila meletup. sebab tu kot ia dipanggil mercun katak.





mercun das ni pulak keluar kaler yg warna-warni. memang cantik. mercun inilah yg paling best buat main perang-perang.





mercun roket ni pulak bila mainnya terasa seolah-olah askar melancar peluru berpandu. pernah sekali aku main mercun ni hampir2 nak masuk kedalam rumah jiran. fuuhhh kalau tak meletup dalam rumah orng.





ini plug moto tpi boleh modified jdi mercun. pernah main tak?? best wa cakap lu. malaslah aku tunjuk cara2 buatnya. cara mainnya ia perlu dilambung dan biar ia jatuh terhentak diatas jalan raya. poMMmm. cuma kena hati2 lambung tu jgn smpai jatuh atas kepala. boleh biol wehh.





bunga api cap kucing ni pon pernah main gak. biasala layan adik2 main. tpi main pon sorok2 sikit takut nampak dek kengkawan sure kena gelak hehe.





(semua gambar dicilok dri lebai google...terima kasih kpd pemiliknya)



ada lagi yg aku main. nak cerita panjang pulak. malas aku nak taip2. korang pon mesti pernah main mercun ye tak ataupun paling kurang pun bunga api. mercun apa yg korang main ek?? cer citer



Pokok kurma menangis kerana rindukan Rasulullah SAW


Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah saw beratap batang pokok kurma. Jika Rasulullah saw berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pohon kurma. Kerana jumlah umat Islam bertambah, maka dibuatlah mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah saw ketika berkhutbah. Para sahabat pun membuat mimbar dari kayu. Setelah beres, Rasulullah saw datang ke mimbar untuk berkhotbah.

Namun, ketika naik mimbar terdengarlah rintihan seperti rintihan unta dan goncangan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.

Rasulullah saw tersenyum. Rasulullah saw turun dari mimbar dan mendatangi pohon kurma yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah saw meletakkan tangan baginda pada batang pokok kurma dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

Rasulullah saw berkata pada pohon kurma itu: "Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, engkau aku tanam di syurga, supaya para wali Allah boleh memakan buah buahmu. "

Batang kurma itu menjawab: "Saya memilih untuk ditanam di syurga sehingga wali wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat di dalamnya saya kekal."

Goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah saw kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya.

Rasulullah saw berkata: "Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana!"

Inilah kisah batang kering dari pohon kurma yang menangis kerana rindu kepada Rasulullah saw.

Bayangkan sebatang pokok kurma tidak mahu jauh dari Rasulullah saw, padahal cuma terletak beberapa meter, tapi pokok kurma tidak mahu jauh dari Nabi Muhammad saw.


bagaimana dgn kita. adakah kita merindui, mencintai Rasululullah SAW??

tepuk dada tanya iman


http://cintarindurasul.blogspot.com/2011/06/pohon-kurma-menangis.html

Qaryah Ramadhan di Kota Bharu

credit to: http://www.skyscrapercity.com

ya Allah rindunya......

suasana keunikan Ramadhan di Kota Bharu....Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV


semoga negeri Kelantan tercinta sentiasa di bawah naungan dan rahmat Allah. amin