Pengantin wanita tinggalkan pengantin lelaki kerana gagal jawab soalan matematik


New Delhi: Seorang pengantin perempuan meninggalkan majlis perkahwinannya selepas bakal suaminya gagal menyelesaikan soalan matematik paling mudah.

Wanita berkenaan menguji kemahiran matematik pengantin lelaki itu dan meninggalkan majlis berkenaan apabila dia tersilap memberi jawapan.

Soalan yang ditanya pengantin perempuan itu ialah: Berapa jawapan 15 campur enam?

Lelaki itu menjawab: 17.

Keluarga pengantin lelaki itu memujuk wanita berkenaan supaya meneruskan majlis itu, tetapi dia enggan.

Menurut wanita itu, dia ditipu lelaki itu mengenai tahap pelajarannya.

Polis terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu dan kedua-dua pihak kemudian menyerahkan semula hantaran yang diberikan sebelum majlis berkenaan.

Kebanyakan perkahwinan di India diatur keluarga lelaki dan perempuan.

Pasangan biasanya tidak dapat mengenali lebih rapat sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan. - Agensi

No comments:

Post a Comment