Saintis cipta robot amah

MAHRU-Z (kanan) mengambil sandwic dalam satu demonstrasi di Seoul pada Jumaat lalu.

SEOUL - Sekumpulan saintis Korea Selatan telah mencipta robot yang boleh berjalan, membersihkan rumah, memasukkan pakaian ke dalam mesin pembasuh dan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Menurut media semalam, robot 'amah' yang diberi nama Mahru-Z itu mempunyai kepala, tangan, kaki dan enam jari serta penglihatan tiga dimensi (3-D).

"Keupayaan terbaik Mahru-Z ialah kemampuan penglihatannya untuk memerhati objek, mengetahui tugas yang perlu dilakukan," kata Ketua Kognitif Pusat Robot di Institut Sains dan Teknologi Korea, You Bum-Jae.

"Robot itu boleh mengenali orang ramai, boleh membuka ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, menggunakan pembakar roti, mengambil sandwic, cawan dan mengambil pelbagai benda yang dilihatnya sebagai objek," tambahnya.

Saintis-saintis di institut itu mengambil masa selama dua tahun untuk mencipta Mahru-Z yang setinggi 1.3 meter dan berat 55 kilogram. - AFP

15 comments:

  1. hebat!! *clap3*

    ....tp, robot tetap robot, kan..??

    :)

    ReplyDelete
  2. nini:
    mmg hebat...robot ttp robot..xde perasaan..

    jgn bakar rumah dh la

    ReplyDelete
  3. robot utk seks pun da ade...memacam diorang nie...hurmmmmm

    ReplyDelete
  4. hahahahaha ~
    ~0~, kalau robot tuk seks tu ..
    tu aku betul2 xpaham. How ekk??

    ni robot jd amah
    tetiba malam2 g potong leher ko
    ingat daging yg nak kene masak tuk
    esok hari .. phewwww .. naya!!

    akhirnya, robot cuma ciptaan
    manusia yg ada cacat cela. Pluss
    xder kaseh sayang!

    beliau tau masak x??

    ReplyDelete
  5. err...makin pemalas lah mnusia...dah senang ade pembantu nak senang lgi....

    ReplyDelete
  6. hahhha
    lama2 makin sikitlah keje yg manusia leh wat dan makin ramailah menganggur
    haha

    eh,thanks sudi follow blog saya yg meraban

    ReplyDelete
  7. frodo:
    klu tau masak nape?..ko nk beli.
    xyah la..cri bini jer..bleh masak2 tuk ko

    ReplyDelete
  8. arin:
    mmg la arin..smua bnda nk mudah..senang & segera..

    mati pon cepat

    ReplyDelete
  9. hans:
    haha xyah la amik amah dri indon ye tak..

    blog ko ok apa

    ReplyDelete
  10. macam lembab jer buat keje
    nama pon MAH~

    tak payah la robot2
    saya nak buat semua sendiri

    ReplyDelete
  11. yuki:
    tak tau la aku lembab ke tak..
    tpi aku pasti xpandai masak punya.

    hahaa bagus2 wat sndiri kejer rumah

    ReplyDelete
  12. Ini tentu merisaukan persatuan orang orang gaji dan juga agen dari Seberang..

    ReplyDelete